Monday, December 12, 2011

Ada Yang Minat Superbike?

Sejak pergi ke MotoGP Sepang haritu, perasaan untuk memiliki sebiji jentera superbike samaada 600 atau 1000 semakin meluap. Target cuba diletak pada tahun 2012…sebelum MotoGP Sepang 2012.

Boleh ke??? Pepatah melayu kata “Kalau nak seribu daya”. Haha..insyaAllah. maknanya kalau aku betul-betul nak aku kena berjimat sedikit mulai sekarang.

Moto mana pilihan korang?

600cc…pilihan yang ada R6, CBR600, ZX6R atau GSX6R. Kalau ikut design aku lebih minat R6…tapi harga baru dalam RM68K. Untuk terpakai model-model 600cc sekitar tahun 2000 ni kurang menarik dari segi rekabentuk. Ini mengikut citarasa aku. Citarasa korang aku tak pasti.

1000cc….pilihan yang ada cukup banyak dari baru dan terpakai. Kalau terpakai harga dalam lingkungan 600cc baru. CBR1000RR, ZX10R, R1, GSX1000RR..

Dalam pengamatan rekabentuk dan harga yang aku buat, aku rasa CBR1000RR tahun 2004-2006 dan ZX10R 2008 agak boleh diterima dalam lingkungan harga RM60K – RM65K.

Tapi aku rasa CBR1000RR tahun 2004-2006 lebih mantap. Reka bentuk model CBR1000RR Rabbit terbaru agak sedikit kurang menyengat. Banyak lengkungan yang pada pendapat aku kurang menyerlah dan mengganas. Kepala dan ekor macam tidak balance.

Kenapa CBR1000RR ini best???? Jom tengok video kat bawah ni.

AMARAN : VIDEO INI ADA UNSUR 18SX



Hahahha…korang dah tau kenapa motor ini best? Hahhahha… Sebenarnya CBR1000RR ini diambil DNAnya dari model RC211V model Honda dalam MotoGP. Itu pasal lah besttttt….



Doakan agar misi aku berjaya memilikinya…insyaAllah!

Thursday, December 1, 2011

Hadiah Berkhatan Khir

Besok Khir akan berkhatan. Temu janji dengan doktor telah dibuat jam 2.00 petang selepas sembahyang Jumaat.

Katanya… “berkhatan akan dapat hadiah kan ayah??” hhmmmm….nak hadiah pulak. Oklah…Khir. Hadiah yang diminta bukannya murah….Sony PSP!!! Adooiii…dah ada PS2 kat rumah pun nak PSP pulak.


Lari la budget ayah nak simpan duit beli CBR macam ni….hahhaha. Tak pe la sebabkan berkhatan Khir ayah belikan juga PSP untuk Khir.

Terbang duit ayah!!!!

Wednesday, November 30, 2011

Majlis Aqiqah Aireen Dan Berkhatan Khir

1 Muharam 1433H bersamaan 27 November 2011 telah selamat dijalankan Majlis Aqiqah Aireen dan berkhatan Khir di kampong.

Ada 3 lagi majlis perkahwinan di kampong telah mengakibatkan tetamu berpecah kemajlis-majlis lain. Agaknya tarikh 1 Muharam menjadi pilihan pasangan yang nak berkahwin bukan bermakna untuk berhijrah tapi tarikh itu jatuh pada hari ahad sekali gus mendapatkan cuti ganti hari Isnin.





Apapun majlis kami disambut meriah dengan kehadiran sanak saudara dan tetamu.

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Baham Garuda di Final Sukan SEA 2011

Rasanya majoriti rakyat Malaysia berada di depan kaca TV atau skrin besar di kedai mamak malam tadi. Suatu perlawanan yang begitu menarik dan mendebarkan. Tahniah skuad Harimau Muda yang telah membaham Sang Garuda dengan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 dalam 120 minit permainan. Gol penyamaan Malaysia dijaringkan oleh Asaruddin Putra dengan tandukan masuk selepas Indonesia mendahului juga melalui tandukan oleh Gunawan.

Perlawanan semalam begitu sengit antara kedua-dua pasukan. Permainan pantas dan kedua-dua pasukan nyata amat menghiburkan. Walaupun skuad Malaysia ketinggalan 1 gol diawal minit permainan, semangat Harimau Muda nyata tidak tengelam dalam sorakan puluhan ribu penyoking Indonesia.

Sebanarnya kita boleh menang 2-1 dalam masa 90 minit permainan jika penyerang kita Fakri dapat bermain dengan lebih tenang dan fokus. Mungkin faktor kemarau gol yang dialami Fakri sedikit menghilangkan keyakinan beliau.

Kemenagan yang sungguh bermakna kerana Malaysia telah dapat mengalahkan Indonesia dua kali berturut turut dalam masa selang 2 hari di stadium keramat mereka. Malaysia juara kumpulan A dan juara bolasepak sukan SEA 2011 dengan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan kerana berjaya mengekalkan pingat emas dua kali berturut-turut. Ketangkasan Khairul Fahmi banyak membantu Malaysia mengekalkan pingat emas semalam.

Teruskan mengaum dan membahan Syiria dalam pusingan kelayakan olimpik esok di Bukit Jalil. Jadikan pingat emas pembakar semangat yang lebih buat skuad Negara. Kami akan terus menyokong tak kira dimana.

Aaaauummmm!!!!!

Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011 : Tahniah, Syabas dan Cuba Lagi

Hari ini keputusan UPSR telah pun keluar. Ada bermacam ragam. Yang menangis kegembiraan, menangis kedukaan, tersenyum, tersengeh, terkedu dan ada juga tak memberikan respon apa-apa terhadap keputusan yang dicapai.

Tahun ini peratusan kecemerlangan 5A di Sek Keb Taman Rakan tempat kakak berlajar menurun berbanding tahun 2010 dengan kelulusan hanya 82%. Kalau tak silap pendengaran, yang dapat 5A hanya 34 orang dan 4A1B juga 34 orang.

Tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2011. Tahniah juga buat yang anak-anak yang mendapat tempat kedua 4A1B dan ketiga 3A2B.

KHAS BUAT KAKAK

Hanya hadiah 3A2B sahaja yang mampu kakak berikan kepada ayah dan ibu. Walaupun ayah dan ibu amat berharap keputusan lebih baik dari itu, kami bersyukur kepada Allah. Pastinya kalau kakak tidak lalai dan leka, ayah percaya 5A bukanlah susah buat kakak.

Jadikan pengalaman hari ini untuk kakak perbaiki diri dari segala segi, pembelajaran, tanggungjawab dan tingkah laku. Kalau boleh diundur masa tentu 11 bulan lepas kakak akan belajar lebih bersungguh dan tinggalkan aktiviti yang melalai dan merugikan. Betul tak??

Masih ada peluang lagi untuk ke asrama penuh di tingkatan 4. Masuk tingkatan 1 pada Jan 2012 nanti jangan lagi ulangi kesilapan yang sama.

Buat anak-anak yang kurang berjaya dalam UPSR 2011 termasuk kakak…ingat pesanan ini…

Masa tidak akan menunggu kita…UPSR 2011 telahpun menjadi sejarah. Yang penting sekarang teruskan usaha. Perjalanan hidup baru bermula. Ada banyak lagi halangan selepas ini. Hanya yang rajin berusaha akan berjaya. Tinggalkan perkara yang tidak berfaedah. Insyaallah kejayaan akan dimiliki.

Tuesday, November 15, 2011

Perlukah Oil Treatment??


Mungkin ada diantara kita yang sering mendapatkan oil treatment sebagai tambahan kepada minyak pelincir sedia ada.

Persoalannya perlukah berbuat demikian??

Kalau diperhatikan baik-baik pembuat minyak pelincir ternama seperti Petronas, Shell dan Mobil telah menghabiskan jutaan ringgit untuk R&D minyak pelincir mereka. Pelaburan yang dibuat dalam sukan F1 bukanlah mudah dengan modal yang kecil. Ia mengamil masa yang lama untuk memastikan produk yang dikeluarkan benar-benar teruji untuk jangka hayat kenderaan korang.

Tanpa kita sedar oil treatment yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak terkenal mendakwa produk mereka boleh membaik pulih (treatment) terhadap minyak pelincir syarikat-syarikat gergasi ini. Dimana punca R&D mereka pun kita tidak tahu. Ada sesetengah mendakwa oil treatment mereka diuji oleh NASA dengan jentera penggangkut di tapak pelancaran. Sejauh mana kebenarannya masih boleh dipersoal.

Jadi, perlukah oil treatment untuk kenderaan korang??? Sekiranya oil treatment ini perlu apa tujuannya?


Kebiasaannya oil treatment digunakan untuk memekatkan minyak sediaada untuk kegunaan enjin yang sudah lusuh atau enjin tua. Sudah semestinya enjin yang lusuh dan tua telah mempunyai celahan yang besar diantara piston dan bore enjin. Maka oil treatment digunakan untuk memekatkan kelikatan minyak sediaada sekaligus menutup ruang celahan piston dan bore enjin.


Dalam ertikata lain oil treatment bahan additif untuk merawat minyak enjin tetapi bahan additive untuk memekatkan kelikatan minyak sediaada.

Pemilihan kelikatan minyak amat penting dalam pemilihan minyak enjin. Ia juga bergantuk kepada usia enjin kenderaan tersebut. Bagi enjin baru disyorkan untuk menggunakan kelikatan yang lebih rendah (fully syntactic) manakala enjin lama perlu kepada kelikatan yang lebih tinggi. Memadai dengan mineral oil sahaja.

Jesteru, bagi aku oil treatment ini tidaklah perlu sama sekali. Sebaliknya pilih minyak enjin yang sesuai dengan usia enjin korang dan servis enjin korang mengikut tahap yang disyorkan oleh pembuat minyak enjin. Fully Syntactic 10,000 km, Semi Syntactic 7,000 km dan Mineral 5,000 km.

Jangan terpedaya dengan iklan di kaca TV. Buat research untuk tambah pengetahuan.

Friday, November 11, 2011

11-11-11

Sesungguhnya kita bertuah kerana pada tarikh ini 11-11-11 kita masih lagi dikurniakan nyawa dan masih boleh menyedut udara free yang dikurniakan Allah kepada kita.

Kita tidak akan bertemu lagi tarikh ini dimasa-masa akan datang. Walaupun 10 tahun lagi jika umur kita masih panjang kita akan hanya berjumpa 12-12-12. Sesungguhnya berbuat baiklah kita dan dihari Jumaat yang mulia ini banyakkanlah berzikir pada yang maha ESA.

Esok tarikh 11-11-11 akan menjadi sejarahnya yang tersendiri.

Thursday, November 10, 2011

Terkini : 17 Nov 2011 Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2011


Seperti yang aku jangkakan dalam Entri Terdahulu keputusan UPSR 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 17 Nov 2011.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan dilaman webnya bahawa Majlis pengumuman analisa keputusan akan diadakan di Putrajaya jam 10.00 pagi. Rujuk laman Kementerian Pelajaran Malaysia di LINK ini.

Berdebar pulak aku memikirkan apakah keputusan yang akan dicapai oleh kakak. Semoga semuanya TERBAEEEKKK!!!!

Wednesday, November 9, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Waillahilham

Hari ini hari akhir hari raya haji. Masih sempat lagi menjalankan ada ibadah korban hari ini. Belum terlambat juga aku nak ucapkan selamat hari Raya Aidil Adha buat semua.

Satu nasihat ikhlas…..jangan terlalu banyak makan daging korban…..nanti ada yang kena darah tinggi.

Kepada yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini semoga tuan puan mendapat haji yang mabrur. Buat yang menunaikan ibadah korban semoga ibadah kita diterima Allah SWT.

Wasalam…..

Wednesday, November 2, 2011

Gantian iPhone Dari Maxis Telah Tiba...

Pagi tadi aku terima message dari Maxis menyatakan gantian iP4 aku dah sedia untuk diambil. Hari ini genap 11 hari aku tanpa iPhone. Boleh tahan juga Apple dgn Maxis ni. Janji 14 hari tapi 11 hari dah sedia untuk diambil.

Hoorayyyy…akhirnya hari yang bosan tanpa iPhone telah tamat. Lunch time tadi aku ke Maxis Center Taman Segar. Aku tanya pada pegawai situ….”repair ke tukar?”…..dia jawab ”tukar baru…”. Hahhahha…maknanya aku dapat brand new iP4 selepas hampir setahun guna. Lebih tepat lagi iP4 aku akan genap setahun pada 17 Nov 2011.

Balik je ke office aku terus restore backup dari iTune. iP4 baru ini masih gunakan iOS 4.3.5 jadi terpaksalah aku update semula ke iOS 5.

Lebih kurang 10 minit semuanya selesai dari update ke restore backup.

Life resume as normal….

Tuesday, November 1, 2011

Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online


Ada satu laman web yang diwujudkan dibawah NKRA Pendidikan untuk memudahkan ibubapa memantau prestasi peperiksaan anak-anak. Dikenali sebagai SAPS (Sistem Analisis Perperiksaan Sekolah). Kini para ibu bapa boleh mengakses keputusan peperiksaan anak-anak secara online.

Ia amat berguna kepada ibubapa yang mungkin tinggal berjauhan dengan anak anak.

Syabas kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mewujudkan sistem ini. Walaupun segelintir guru merunggut dalam mengemaskinikan data, tetapi hasilnya amat berguna buat ibu bapa.

Keputusan UPSR juga boleh disemak di laman web ini. Walau bagaimanapun keputusan UPSR 2011 masih belum keluar buat masa ini. Untuk keputusan peperiksaan akhir tahun bolehlah disemak sekarang.

Laman web SAPS KLIK DISINI

No Plat G1M


Pernah korang lihat no plat kenderaan G1M?

Aku pernah lihat sekali dekat sekitar taman perumahan aku. Kalau tak silap kereta Audi plat G1M####

Plat G1M ini bermaksud Gagasan 1 Malaysia. Syarikat yang dilantik untuk menguruskan penjualan no kenderaan ini adalah Syarikat Tai Wai TW International Group di Seri Petaling.

Harga untuk plat G1M adalah RM1 Juta manakala G1M adalah RM300 Ribu!!

WOW…kalau plat sahaja RM1juta berapa pula harga keretanya???

Harga paling murah adalah RM1,500.00

Hasil dari jualan no plat ini akan digunakan untuk projek "7 Summit Expedition”

Laman web G1M ada di http://www.g1m.com.my/

Monday, October 31, 2011

Tarikh Keputusan UPSR 2011...


Bila agaknya keputusan UPSR 2011 akan dikeluarkan??? Kebanyakan ibubapa yang anaknya menduduki perperiksaan UPSR hari tu tentu tak sabar dan ternanti-nanti akan keputusannya.

Begitu juga dengan aku…apalah agaknya keputusan kakak nanti. 5A????

Persekolahan 2011 hampir tamat lebih kurang 2 minggu lagi. Lepas itu anak-anak akan cuti panjang sehingga sesi 2012 dibuka. Peperiksaan akhir tahun juga telah tamat. Sekarang ni pergi sekolah hanya penuhi syarat hari belajar. Hakikatnya dah tak belajar pun…

Kalau mengikut trend 3 tahun lepas keputusan UPSR akan keluar pada minggu kedua bulan November. Bermaksud ada lagi lebih kurang 2 minggu juga lagi. Aku jangkakan pada 17 November 2011, iaitu hari Khamis sebelum cuti panjang. Hari Khamis dipilih kerana ianya adalah hari akhir sesi persekolahan 2011 bagi negeri seperti Kelantan dan Kedah.

Sama-samalah kita nantikan dan berdoa agar anak-anak atau adik-adik kita berjaya dengan keputusan yang cemerlang.

Aminnn….

Thursday, October 27, 2011

Panduan Memilih Tayar


1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika terlalu besar dengan keupayaan kereta, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

2. Jika sudah memilih saiz tayar yang bersesuaian, perhatikan pula bahagian tepi tayar. Jika diperhatikan betul-betul, terdapat rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun). Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilang. Justeru, pastikan anda menyemak tarikh tayar dikilang.

3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50R16 91W membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. 91 bermaksud beban yang mampu ditanggung manakala W pula adalah kelajuan maksimum yang boleh ditanggung oleh tayar tersebut.

4. Penting juga dalam pemilihan bunga tayar. Bunga berbentuk V amat baik dalam kendalian jalan basah. Bunga jalur pula sesuai untuk jalan kering. Pilih corak bunga yang kecil berbanding besar kerana ini boleh menghasilkan bunyi yang lebih senyap.

5. Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (sesuai untuk empat tayar bersaiz sama).

6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.


Semak saiz tayar yang bersesuaian dengan kenderaan anda kat LINK ini.


Tuesday, October 25, 2011

MotoGP 2011 : Tribute To Marco Simoncelli

Kepada peminat sukan MotoGP tak kira dimana anda berada yang nak sampaikan tribute kepada keluarga Marco Simoncelli boleh berbuat demikian melalui laman web MotoGP. Klik LINK ini


Tribute Dari Dato’ Mokhzani Mahathir selaku Pengerusi SIC:


"On behalf of Sepang International Circuit (SIC), I wish to extend our deepest sympathies and condolences to Marco Simoncelli’s family members, teammates, fellow riders and the whole MotoGP family. We share the painand shock of the tragic and heartbreaking loss of Marco Simoncelli on 23 October 2011"

Ucapan lanjut boleh dibaca di laman web SIC. Klik LINK ini.


RIP Marco Simoncelli. Lost a rising MotoGP star....

MotoGP 2011 : Gambar Sekitar Hari Perlumbaan

Kat bawah ni gambar-gambar yang sempat aku ambil hari Ahad lepas sebelum keputusan penganjur membatalkan perlumbaan MotoGP.





GAMBAR ATAS : Minit-minit terakhir sebelum Marco Simoncelli terbabit kemalangan yang meragut nyawanya

















Sunday, October 23, 2011

MotoGP 2011 : Marco Simoncelli Maut Di Litar Sepang






Itulah nasib yang menimpa penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini kelahiran Itali ini. Aku tidak sempat menyaksikan secara lansung kerana berada di kerusi menghadap grid permulaan.

Beliau terlibat dalam kemalangan dengan Colin Edwards dan Valentino Rossi petang tadi. Motosikal No 58 Simoncelli terbabas masuk ke laluan dalam selekoh. Sebaik kemalangan Simoncelli terbaring di atas trek dengan topi keledarnya tercabut dan terpelanting. Dia dibawa oleh ambulans ke pusat perubatan litar Sepang, tetapi diumumkan dia telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala, leher dan dada.

Penganjur mengumumpan pembatalan perlumbaan MotoGP sebagai penghormatan buat Marco Simoncelli.







Saturday, October 22, 2011

Jom Ke MotoGP Esok



Esok bercadang nak ke Sepang International Circuit. Tengok Moto GP. Tahun lepas tak dapat peluang. Tahun ini balas balik. Tiket main grandstand…hahhah

Rossi tahun ini tak menyengat la…Ducati macam lemau je…hehehe lantak pi la dengan Ducati. Yang penting team aku Repsol Honda tetap mengungguli carta..hahhaha

Jumpa kat sana esok….

Thursday, October 20, 2011

Update ke iOS 5

Pada yang bukan kaki jailbreak….baiklah korang update iOS 4.x.x korang tu ke iOS5. Banyak cirri-ciri terbaru yang ada kat dalam tu… Mengikut laman web Apple ada lebih kurang 200++ new features dalam iOS5.

Untuk yang tak tau cara…ikut je tutorial kat sini

Sebelum boleh download iOS5 ni korang kena update iTune korang ke version 10.5 dulu..

Download iTune kat sini http://www.apple.com/itunes/download/

Lepas download iTune, launch kan program. Sambungkan iPhone korang kat PC atau notebook. iTune akan detect iOS apa yang ada kat dalam iPhone korang… nanti akan keluar pop up ….’new version iOS5 available’.…klik pada download sahaja….


Kenapa aku suruh download sahaja….pasal download makan masa yang agak lama. so korang boleh disconnect iPhone dari PC lepas itu.

Tunggu habis download. Bila dah habis download, sambungkan semula pada iTune dan iTune akan terus buat backup dan update ke iOS5.

Selamat mengupdate!!!!

Best ke iPhone 4s

Apple baru sahaja melancarkan produk terbaru iPhone 4s dipasaran. Kegilaan peminat terhadap produk iPhone ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Aku percaya apabila ada dipasaran tempatan pesta Q panjang di Maxis Center akan berulang.

Apa yang bagus iPhone ni????...Hahhah…haya penguna iPhone sahaja yang dapat jawab…bukan setakat style, tapi apa yang boleh dibuat oleh handphone itu sendiri…

Sebenarnya tadi aku baru balik dari Maxis Center untuk claim warranty iPhone 4 aku yang dah semacam hangggg memenjang. Nasib baik warranty ada lagi lebih kurang sebulan….hhahah.

3 bulan lepas iPhone 4 wife aku dah jadi gitu….Maxis tukar baru…harap-harap aku punya pun ditukar baru le…

Aku tanya staff Maxis kat situ bila iPhone 4s akan masuk Malaysia. Katanya Apple masih belum ada stok untuk Maxis. Tapi kemungkinan besar dalam hujung tahun ini juga.

Bagi aku eemmmm…mungkin tak tukar ke iPhone 4s kot…aku nak tunggu iPhone 5 baru aku tukar…Walau macammanapun Siri pada iPhone 4s ni boleh buat poket aku goyangggg….



Saturday, May 14, 2011

GPS Software Terbaik

Aku dah menggunakan GPS sejak 2008. Masa tu guna GPS Garmin dalam handphone Nokia N95.

Selepas install HU dalam Estima aku guna pulak software dari Mapking. Kemudian beli portable GPS untuk Forte guna pulak Papago.

Diantara Garmin, Mapking dan Papago yang mana lebih best?

Pandangan pribadi aku tentang ketiga-tiga software ini.

Garmin : Software ini adalah antara software yang basic dalam gps. Map yang kurang menarik dan layout yang agak membosankan.

Mapking : Lebih baik dari Garmin. Senang untuk mencari alamat dan carian route yang lebih pantas. Map support dengan pilihan 2D dan 3D.

Papago : Lebih baik dari Garmin dan Mapking. Map yang menarik dan berwarna-warni, carian kini tidak sahaja bergantung kepada alamat tetapi boleh teruk masukkan gps coordinate. Yang paling best adalah gambar real junction view terpapar di skrin di setiap simpang utama.

Bagi aku setakat ini software dari Papago adalah yang terbaik dari ketiga-tiga gps diatas.

Papago GPS dalam Estima HU


Now my kid can say....PaPa.....GO!!!!

Wednesday, May 11, 2011

Project E - Part 2 and Final





Estima ACR30 2001 concert 2005


Hari Isnin berikutnya itu bumper baru ori Toyota dah ada dengan Rev. Aku jumpa Rev kat sunway ambil bumper dan telus bawa ke kedai Ah Hing. Pemasangan dibuat....huh baru ngam dengan bumper sebenar. Tak de lagi gap antara lampu dan bumper.

Petang tu pemasangan selesai cuma fog lamp tak boleh pasang lagi sebab rubber clip tak de. aku bergegas ke ST Auto beli pulak rubber clip tu. 1 biji RM8.00. Kesemuanya ada 4 biji. Selepas tu terus balik rumah. On the way balik aku singgah sekejap kat kedai accessori kereta berdekatan dengan rumah. Minta diorang tolong pasangkan. pemasangannya sekejap je sebab wiring dulu dah ada.

Esoknya, sebelum balik kerja aku sempat singgah kat Pandan pasang side mirror signal LED. Murah kat kedai ni. Sepasang RM188 je. Upah pasang RM30 jadi RM218. Dah siap cat. Aku tengok kat mudah.com.my dan lelong harga antara RM250 hingga RM300 tak masuk upah pasang.

Hari Rabu aku hantar kereta pada Ah Soon. Ah Soon ni dah jadi macam official painter aku. Kedainya kat Batu 9 Cheras. Kerjanya memeng bagus. Janjinya mau 10 hari untuk siap pasal cuaca sering hujan masa tu. So kereta aku ditingalkanlah kat sana. Aku cakap kat dia nak sembur cat hitam macam Harrier.

Hari Khamis Ah Soon telefon tanya betul ke aku nak sembur cat hitam macam Harrier. Katanya Hitam Harrier solid tak de metalik. "Tak Cantik wooo" Dia recommend aku cat Hitam ori Estima baru. Metalik kristal. Janji asal dalam RM1,600 je kalau solid tapi kalau aku ambil metalik kristal tambah RM200. So aku fikir tak banyak kena tambah aku kata kat Ah Soon ok proceed. Nippon Mica Black 209.

1 Mei petang, Ah Soon telefon kata kereta dah siap. So apa lagi dalam hujan aku pergi ambil balik kereta kesayangan aku balik rumah.. terlepas rindu aku selama 6 hari tanpa Estima.



Projek siap....

Tuesday, May 3, 2011

Projek E Bermula - Part 1

Projek E adalah projek mengupgrade Estima aku dari model second generation 2001 kepada last model second generation 2005.

Gambar Sebelum Projek E Bermula


Setelah sekian lama Estima kesayangan aku ni tidak diberi perhatian terhadap kosmetiknya selepas kelahiran Forte maka sudah sampai masanya untuk aku memberi perhatian kepadanya. sebelum itu terima kasih kepada wife aku yang turut sama merealisasikan Projek E ini.

Bermula daripada deal yang dibuat melalui iklan di internet dan seperti biasa selepas membuat analisa harga aku setuju dengan tawaran REV MOTORSPORT. Alat ganti yang ditukar ialah.....satu set lampu depan, satu set lampu belakang, satu set fog lamp dan bumper. Kesemua alat ganti adalah original Toyota...walaupun pada asalnya bumpur yang ditawarkan adalah dari material fiber (FRP). Aku ceritakan kemudian kenapa aku tak jadi pasang fiber sebagai bumper aku.

Setelah semua set lampu sampai di bengkel berdekatan dengan rumah aku, maka hari Sabtu 23/4/2011 yang lepas bermulalah pemasangan lampu. Lampu depah perlu di modified sedikit pendawaiannya memandangkan susunatur lampu baru tidak sama dengan lampu lama. Setelah siap semua lampu dipasang bumper masih belum sampai. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai lah bumper fiber yang dijanjikan.....

Tapi aku rasa pelik sebab tokeh tu (Ah Hing) kata...."you punya original fog lamp boleh simpan. Ini bumper sudah ada fog lamp".....pelik sebab aku ada tengok dalam katalog dia yang datang bersama lampu adalah untuk model 2000 convert kepada 2005 tampa tukar lampur 2005. Maksudnya kekal guna lampu asal. Aku dah rasa macam tak ngam je ni...

Aku minta budak myanmar yang buat kereta aku tu...."Cuba you try masukkan bumper ni....ngam tak"...sebaik saja dia cuba masukkan.....huhhhhhhh memang tak ngam.....eerrrrgggghhhh......ada gap besar bawah lampu.

Aku panggil tokeh tu....."Ah Hing...tak ngam la..." Dia pun heran. Aku cakap kat dia you sudah salah order kot.....Bila dia check dengan supplier memang salah hantar. Dia contact suppier dalam bahasa cina yang aku tak faham @@%$&*&^%#**&^%

Kemudian tokeh tu cakap kat aku...."Rev ada kasi tau you tak yang bumper tu sudah no more in production?".....Apa???? So macam mana ni?" aku tanya Ah Hing". "Tak pe Rev sedang cari supplier baru. Kalau tak dapat cari second hand bumper" Hishhhhhh. Jam dah hampir 6 petang...aku sure tak dapat bumper hari ini. Temporary solution pakai balik bumper lama aku dan aku bagi tau Rev yang aku tak berminat lagi guna fiber. Jangan buang masa cari fiber lagi. Dapatkan aku bumper original Toyota.

Mengenai fiber material....aku dah ada pengalaman guna meterial ni pada skirting wira aku du....asyik pecah. Kat kedai tu pun aku tenggok bergoyang-goyang bila ditiup angin. Maknanya fibernya terlalu nipis...kalau kena sikit impact mesti pecah. Kenapa aku sanggup terima fiber pada asal deal??? hahhahah....aku pun tak tahu...

Rev bagi tau aku kalau nak original bumper kena tambah RM250. Ahhhh...pejam mata je la dapat part ori!!! "Ok carry on Rev..." So hari itu adalah hari yang penat. Balik rumah dengan bumper lama.


Bersambung.......

Friday, April 22, 2011

Plan Projek E

Lama sungguh tak ada entri. Sibuk dengan Fortezone.

Ok lah kali ni nak update sikit blog ni yang dah sekian lama sejuk. Tentang plan Projek E.....apa menda tu?

eemmmm..tunggu