Projek E adalah projek mengupgrade Estima aku dari model second generation 2001 kepada last model second generation 2005.
Gambar Sebelum Projek E Bermula
Setelah sekian lama Estima kesayangan aku ni tidak diberi perhatian terhadap kosmetiknya selepas kelahiran Forte maka sudah sampai masanya untuk aku memberi perhatian kepadanya. sebelum itu terima kasih kepada wife aku yang turut sama merealisasikan Projek E ini.
Bermula daripada deal yang dibuat melalui iklan di internet dan seperti biasa selepas membuat analisa harga aku setuju dengan tawaran REV MOTORSPORT. Alat ganti yang ditukar ialah.....satu set lampu depan, satu set lampu belakang, satu set fog lamp dan bumper. Kesemua alat ganti adalah original Toyota...walaupun pada asalnya bumpur yang ditawarkan adalah dari material fiber (FRP). Aku ceritakan kemudian kenapa aku tak jadi pasang fiber sebagai bumper aku.
Setelah semua set lampu sampai di bengkel berdekatan dengan rumah aku, maka hari Sabtu 23/4/2011 yang lepas bermulalah pemasangan lampu. Lampu depah perlu di modified sedikit pendawaiannya memandangkan susunatur lampu baru tidak sama dengan lampu lama. Setelah siap semua lampu dipasang bumper masih belum sampai. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai lah bumper fiber yang dijanjikan.....
Tapi aku rasa pelik sebab tokeh tu (Ah Hing) kata...."you punya original fog lamp boleh simpan. Ini bumper sudah ada fog lamp".....pelik sebab aku ada tengok dalam katalog dia yang datang bersama lampu adalah untuk model 2000 convert kepada 2005 tampa tukar lampur 2005. Maksudnya kekal guna lampu asal. Aku dah rasa macam tak ngam je ni...
Aku minta budak myanmar yang buat kereta aku tu...."Cuba you try masukkan bumper ni....ngam tak"...sebaik saja dia cuba masukkan.....huhhhhhhh memang tak ngam.....eerrrrgggghhhh......ada gap besar bawah lampu.
Aku panggil tokeh tu....."Ah Hing...tak ngam la..." Dia pun heran. Aku cakap kat dia you sudah salah order kot.....Bila dia check dengan supplier memang salah hantar. Dia contact suppier dalam bahasa cina yang aku tak faham @@%$&*&^%#**&^%
Kemudian tokeh tu cakap kat aku...."Rev ada kasi tau you tak yang bumper tu sudah no more in production?".....Apa???? So macam mana ni?" aku tanya Ah Hing". "Tak pe Rev sedang cari supplier baru. Kalau tak dapat cari second hand bumper" Hishhhhhh. Jam dah hampir 6 petang...aku sure tak dapat bumper hari ini. Temporary solution pakai balik bumper lama aku dan aku bagi tau Rev yang aku tak berminat lagi guna fiber. Jangan buang masa cari fiber lagi. Dapatkan aku bumper original Toyota.
Mengenai fiber material....aku dah ada pengalaman guna meterial ni pada skirting wira aku du....asyik pecah. Kat kedai tu pun aku tenggok bergoyang-goyang bila ditiup angin. Maknanya fibernya terlalu nipis...kalau kena sikit impact mesti pecah. Kenapa aku sanggup terima fiber pada asal deal??? hahhahah....aku pun tak tahu...
Rev bagi tau aku kalau nak original bumper kena tambah RM250. Ahhhh...pejam mata je la dapat part ori!!! "Ok carry on Rev..." So hari itu adalah hari yang penat. Balik rumah dengan bumper lama.
Bersambung.......
2 comments:
salam. tuan, di mana nak dapatkan alat2 ganti estima model 2001-2005 ? saya baru nak beli estima 2001 tapi nak tau juga kedai2 alat ganti estima kawasan lembah klang kerana takut lepas beli jadi apa2 jadi gabra tak tau nak repair kat mana nnti. harap pihak tuan boleh bantu. mnta sms saya di no. 019 6029839 atau email imantijari@gmail.com
Alat ganti boled didapati di sparepart sekitar Jalan Ipoh KL
Post a Comment