Thursday, October 27, 2011

Panduan Memilih Tayar


1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika terlalu besar dengan keupayaan kereta, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

2. Jika sudah memilih saiz tayar yang bersesuaian, perhatikan pula bahagian tepi tayar. Jika diperhatikan betul-betul, terdapat rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun). Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilang. Justeru, pastikan anda menyemak tarikh tayar dikilang.

3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50R16 91W membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. 91 bermaksud beban yang mampu ditanggung manakala W pula adalah kelajuan maksimum yang boleh ditanggung oleh tayar tersebut.

4. Penting juga dalam pemilihan bunga tayar. Bunga berbentuk V amat baik dalam kendalian jalan basah. Bunga jalur pula sesuai untuk jalan kering. Pilih corak bunga yang kecil berbanding besar kerana ini boleh menghasilkan bunyi yang lebih senyap.

5. Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (sesuai untuk empat tayar bersaiz sama).

6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.


Semak saiz tayar yang bersesuaian dengan kenderaan anda kat LINK ini.


0 comments:

Post a Comment