Sunday, July 26, 2009

Senja Di Putrajaya

Petang semalam aku agak free. Cadang nak balik Perak sekejap tengok pokok sawit yang dah lama tak aku lawati tu. Tapi tak jadi tunda minggu lain. So aku capai kemera aku dan bawak anak-anak ke Putrajaya. Walaupun aku tinggal tak jauh dari Putrajaya, tapi jarang sekali kami ke sini. Rupa-rupanya banyak tempat yang menarik untuk dilawati dan permandangan yang antik di sini.

Sebagai rakyat Negara ini aku bangga dengan pembangunan Putrajaya. Aku melihat bagaimana Purtajaya sebelum dibangunkan. Ianya hanyalah ladang kelapa sawit dan getah. Semasa dibangunkan jalan yang ada sekarang ini untuk ke Dengkil hanyalah laluan jalan raya kecil dikelilingi pokok sawit dan getah. Ok lah aku tak nak cerita lanjut tentang cerita lama Ladang Perang Besar.

Sekarang Putrajaya bukan sahaja menjadi pusat pentadbiran Negara malah telah menjadi salah satu pusat pelancongan. Hari tu anak lelaki aku bising nak naik Lake Cruise mengelilingi tasik. Biasa la kan budak-budak tu pantang nampak bot atas air.


Aku abadikan sedikit gambar yang diambil ketika matahari nak terbenam. Cantik wooo, siapa yang belum pernah datang Purtajaya???








Ada banyak lagi tempat dan gambar yang menarik di sekitar Putrajaya. Nanti aku postkan dalam update akan datang.



Friday, July 24, 2009

Cabaran Pengguna Baru DSLR

Kali ini aku nak cerita tentang cabaran untuk mengambil gambar-gambar yang menarik. Apabila seseorang telah melabur RM3,000.00 atau RM4,000.00 ke dalam hobi fotografi dengan membeli peralatan kelengkapan DSLR, lensa dan pelbagai aksesori lainnya tentunya mengharapkan pulangan hasil yang baik. Maksud aku bukan dari segi hasil $$$$$$ kerana pendapatan $$$$$ lebih menjurus kepada professional photographer. Hasil yang dimaksudkan adalah mutu gambar yang baik dari segala segi. Ada nilai kepuasan terhadap gambar yang diambil. Bukan setakan gambar yang tajam sahaja tetapi apa message yang nak disampaikan.

Ramai yang dah aku perhatikah dalam forum photography, sesiapa sahaja yang baru memiliki DSLR tentunya berasa gian nak menagkap gambar. Apa sahaja yang dia fikir nak tangkap dia tangkap sehinggakan gambar tanda harga, biskut, kertas mahupun pokok bunga yang dah nak mati kat halaman rumah pun jadi.

Memanglah objek-objek ini boleh jadi menarik jika ada krativiti. Jika tidak hasilnya akan sama saja dengan guna kamera kompak digital. Flat tanpa message. Untuk mendapatkan gambar yang menarik komposisi sesuatu objek amat penting. Tapi sebenarnya seperti yang dikatakan tadi komposisi yang baik akan menghasilkan sudut pandangan yang berbeza. Inilah dia kretiviti seorang photographer. Sebelum ini semasa menggunakan kemera kompak aku cuma tahu berdiri, tala dan tangkap.

Kebanyakkan pengguna baru DSLR akan ada perasaan belenggu untuk menangkap gambar-gambar bermutu kerana terhad disekitar kawasan rumah sahaja. Keberanian dan keyakinan perlu ada untuk melangkah keluar dari kawasan rumah. Tak percaya? Cuba beli dahulu baru korang tau cabarannya.

Bagi orang yang baru, berjalan seorang sambil membawa DSLR akan berasa agak janggal. Kadang-kadang teragak-agak juga untuk shoot gambar orang disekeliling terutama bila buat street photography. Cara yang terbaik adalah join mana-mana kelab fotografi dan buat outing berkumpulan. Pasti rasa kekok akan bertukar menjadi berkeyakinan atau setidak-tidaknya bawa rakan bersama anda.

Eemmmm…..kalau dapat yang cun dan seksi lagi best….boleh jadi model sementara. Siapa nak jadi model aku? Hehehehe

Wednesday, July 22, 2009

Depth of Feild

Aku bukanlah pro tentang fotografi tetapi tahu sedikit sebanyak tentangnya melalui pembacaan dan berexperiment dengan 450D aku.

Dalam fotografi teknik asas yang perlu diketahui adalah Depth of Field atau singkatannya DOF. Apa ke bendanya DOF tu? Mula-mula aku bermain dengan DSLR ni aku pun terpingga-pinga juga.

DOF, atau Depth of Field, secara mudahnya adalah kawasan/jarak yang boleh sesuatu lensa merakam gambar dengan jelas atau focus. Secara teorinya sesuatu lensa hanya boleh memfokus di dalam sesuatu jarak tertentu, dan pada titik fokus tertentu gambar akan kelihatan paling tajam (focus area). Jika kita gerakkan langkah atau zoom dari titik ini maka gambar akan mulai kabur. Sungguh pun demikian kemampuan mata kita terbatas, perubahan ketajaman yang sedikit demi sedikit ini belum tentu dapat dicam oleh pandangan mata biasa. Jesteru kawasan yang boleh dikagegorikan sebagai gambar yang jelas bagi pandangan mata masih disebut Depth of Field.

DOF boleh menjadi besar atau kecil bergantung kepada kesesuaian gambar yang hendak diambil. Bagi gambar seperti landskap ia memerlukan DOF yang besar manakala portrait memerlukan DOF yang kecil. Kenapa pula? Senang saja untuk landskap sudah tentu kita nak lihat keseluruhan permandangan dengan jelas manakala untuk portrait sudah tentu pula kita nak nampakkan subjek kita lebih menyerlah dari gambar latar.

Bagaimana nak tentukan DOF?
Depth of field bergantung pada tiga faktor: jarak objek, panjang lensa, dan besar kecil bukaan lensa (aperture). Jadi kalau jaraknya sama, dan lensa yang dipakai sama contohnya 50mm, maka untuk mengubah depth of field kita perlu memilih besar-kecil saiz aperture.

Apa pulak Apreture tu?
Apreture adalah istilah saiz bukaan lensa. Ia dikenali juga dengan f-number atau f-stop. Angka f-number contohnya seperti f/1.8, f/4, f5.6, f/16 atau f/22. f-number ini bergantung kepada keupayaan lensa itu sendiri. Ini dia yang dimaksud dengan besar kecil aperture. Semakin besar angka f-number semakin kecil bukaan lensa begitu juga sebaliknya.

Ok sekarang secara teorinya telah jelas bahawa:-
- semakin besar f-number = banyak subjek yang jelas dalam gambar
- semakin kecil f-number = hanya bahagian tertentu sahaja yang jelas

Contoh gambar yang menunjukkan DOF. Gambar atas f-number besar manakala gambar bawah f-number kecil.

Kesimpulanya : Semakin besar f-number, semakin banyak area yang tajam, semakin kecil f-number, semakin sedikit area yang tajam.

Tahu kenapa prime lens macam EF 50mm f1.4 atau EF 50mm f1.8 baik untuk ambil gambar portrait? Sebabnya prime lens jenis ini mampu memberi bukaan aperture yang lebih besar 1:1.4 atau 1:1.8. Selain dari itu ia bagus digunakan untuk indoor kerana mampu membenarkan lebih banyak cahaya masuk.

Hahahhahaha aku nak satu. Buat permulaan ini aku nak ambil EF 50mm f1.8.

Saturday, July 18, 2009

Awas Siri Pengeboman

Semalam, Hotel JW Mariott dan Ritz Carlton Jakarta dibom. Siri pengeboman dirantau ini senyap seketika selepas kejadian di Bali 2005.





Ritz Carlton & JW Mariott selepas dibom


Rangkaian hotel JW Mariott dan Ritz Carlton palaing kerap menerima ancaman pengeboman diseruruh dunia. JW Mariott Jakarta telah dibom sebanyak 2 kali, yang pertama pada tahun 2003 melalui pengebom berani mati yang memandu kereta didepan JW Mariott. Semalam pula dikatakan berlaku dari dalam bangunan hotel ketika kebanyakan pengunjung sedang bersarapan.

Persoalannya apakah mereka puas dengan meletopkan bengunan hotel milik AS atau apa-apa kepentingan AS dinegara asing. Siapakan pekerja yang berkerja di hotel-hotel seperti ini atau restoran KFC dan McD yang juga milik AS? Siapa pulak yang menginap dihotel-hotel ini? Adakah semuanya warga AS? Tentu tidak. Pekerjanya tentulah dari rakyat tempatan. Warganegara Indonesia sendiri!!!! Begitu jugalah dengan JW Mariott dan Ritz Carlton di KL, ada jugak saudara mara kita yang berkerja disana.

Siapa punya angkara? Pengeboman sebegini seolah pengecut dan bacul. Akhbar Indonesia menjangkakan ia angkara kumpulan JI. Tak kiralah samaada datang dari kumpulan JI atau lain-lain kumpulan, jika benar-benar berani berjuanglah menentang Israel di Palestin. Berjuanglah secara terang-terangan membela Islam disana. Aku terbaca dalam akhbar mengatakan objektif JI adalah ingin menubuhkan Negara Islam sepenuhnya di rantau Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Hhmmmm….Malaysia, Indonesia dan Brunei tak cukup Islam ke? Pernahkah kerajaan Malaysia, Indonesia ataupun Brunei menyekat umat Islam bersembahyang 5 watku, berpuasa dibulan ramadhan, menunaikan zakat dan menghalang rakyatnya ke Mekah?

Kalau kita mengecam Israel membunuh orang awam Palestin maka pasti siri pengeboman ini adalah sesuatu yang kejam dan sama kejamnya dengan Israel. Ramai juga orang Islam yang terkorban!

Monday, July 13, 2009

Makan Durian Free


Ahad lepas company aku buat makan buah-buahan tempatan percuma sempena launcing bunglow 1 bulan yang lepas. Ada manggis, rambutan dan durian. Sampai je aku kat sana lebih kurang 11.30 pagi aku lihat tak beberapa ramai orang yang datang walaupun aku diberitahu oleh rakan sekerja bahagian sales and marketing undangan secara SMS telah dihantar kepada semua buyer untuk fasa tersebut terutama sekali buyer untuk bunglow.

Bila tengok lori 1 tan penuh dengan buah durian, terus aku rasa muak nak makan. Mungkin terlalu banyak kot jadi terus tak lalu nak makan. Lepas makan sikit buah durian dan rambutan aku sembang kosong dengan beberapa tetamu kat situ.

Asalnya company aku order dengan FAMA untuk durian klon tetapi pihak FAMA tak dapat bekalan jadi company aku terpaksa ambil dari pihak lain. Tak ada durian klon D24, D22 dan IOI hari tu. Yang ada durian kampong. Tapi isinya oklah jugak.

Selepas ambil gambar serba sedikit aku ambil 2 biji durian dan sedikit rambutan bawak balik.



Tak tahula ramai atau tidak yang hadir selepas tu. Bagi aku rasanya misi yang tak mencapai objektif. Orang ramai dah tak larat makan durian dan buah-buah tempatan. Dah jemu dah.....nak cari buah anggur dan strawberi pulak kot??

Saturday, July 11, 2009

PPSMI




Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik didalam Bahasa Inggeris yang diperkenalkan dahulu akan ditukar semula kedalam Bahasa Malaysia. Emmmmm, apa pendapat korang???

Bagi aku secara dasarnya agak bersetuju dengan konsep yang diperkenalkan kini. Jauh lebih bersesuaian. Sains dan Matematik diajar semula dalam BM tetapi dilanjutkan masa untuk subjek BI dan BI merupakan syarat wajib lulus SPM.

Sebab??? Okey…bagi ibu bapa yang tinggal dibandar mungkin boleh berbahasa inggeris bersama anak-anak di rumah. Senang kata ibu bapa faham berbahasa inggeris. Kalau diluar Bandar macam mana pulak???

Janganlah kita lihat anak Tuan DO, anak pegawai kerajaan, anak golongan professional diluar Bandar tepati kepada golongan anak-anak seperti penoreh getah, peraih ikan, pesawah, pekebun, tukang cuci kebanyakkan mana boleh berbahasa Inggeris. Ya tak semua tetapi kebanyakkannya begitulah. Bila subjek Sains dan Matematik yang penting ini dah diajar dalam bahasa Inggeris, mampukah ibu bapa di luar Bandar dari golongan ini membantu menyemak kerja sekolah anak-anak dirumah. Kat mana lagi anak-anak ni nak merujuk kalau mak bapa pun tak faham. Golongan inilah yang paling ramai diluar Bandar.

Belajar bahasa bukan macam belajar matematik… 1+1=2, 2-1=1 atau belajar ilmu sains dengan fakta… tapi lebih kepada interaksi sesama individu. Mereka sebenarnya faham apa itu Matematik dan Sains tetapi menjadi sukar untuk menjawab kertas ujian disebabkan tidak faham maksud soalan.

Manusia dilahirkan tanpa bahasa. Persekitaran yang membentuk bahasa.

Friday, July 3, 2009

Tambah Koleksi Lens

Setelah genap seminggu berurusan dengan seller melalui internet, akhirnya pagi tadi ini aku jumpa seller tersebut. Seperti yang telah kami persetujui aku sampai kat depan office dia di TMNet Cyberjaya tepat jam 10.30 pagi. Tak lama aku tunggu dalam kereta dia turun bawak lens EF-S 55-250mm. Selepas buka kotak dan test lens dan puas hati baru aku bayar.

“Abang jangan risau, kalau ada masalah dalam masa 3 bulan dari sekarang, abang hantar balik kat saya. Saya akan tukar 1 to 1. Kalau tak de stok saya pulangkan duit abang. Setakat ni belum ada lens yang saya jual pulang balik kat saya”. Emmm ok la tu.

EFS 55-250mm


Sebelum balik office aku singgah kat Kajang. Dalam banyak-banyak kedai kamera kat Kajang ni satu pun tak de jual HOYA UV Filter untuk lens baru aku ni. Hampeh betul. Yang ada saiz besar atau kecil. Dah le tu brand mengarut. Hmmmmm parah ni…. Kalau tak de filter boleh calar lens baru aku ni. Sayang oooooo.

Baru aku teringgat kat Cheras ada satu kedai jual UV Filter dengan harga yang murah. Apa lagi aku pun pecut pergi Cheras. Sampai kat situ aku tanya kat tokey tu. Tokey tu kata “58mm tak de stok la” Pulak dah....

Kebetulan dah dekat dengan Pudu aku terus ke Pudu Plaza. YL Camera. Nasib baik ada stok kat sini. Disebabkan aku dapat UV Filter dengan harga yang murah kat sini aku beli sekali lens hood. Kat depan carbinet cermin kedai ni ada beberapa used lens untuk dijual. Bagus untuk beginner macam aku. Macam-macam jenis ada. Canon, Sigma, Tamron, Tokina macam-macam lagi lah. Harganya ok jugak la. Kategori boleh beli la. Yang best boleh trade in lens pulak tu.

“Mau ka” tanya tokey kat situ. “Arrrr nanti aku kumpul duit dulu”. Hehhhehe. Ada rezeki nanti sambar wide angle pulak.