Saturday, July 21, 2012

Selamat Berpuasa


Alhamdullilah... kita dipanjangkan usia sehingga kini dan massih lagi berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini.

Segala ibadah kita di bulan yang diberkati ini mendapat ganjaran berlipat ganda seperti yang telah dijanjikan olehNya.

Selamat Berpuasa.....

Thursday, April 12, 2012

Gempa Bumi di Aceh 11-4-12



Semalam sedang ramai diantara kita sedang beristirehat di rumah sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 kita dikejutkan dengan berita gempabumi di Acheh.

Aku baca dalam fb rakan di Pulau Pinang kata gegarannya terasa kuat sangat dan menakutkan. Dikatakan berskala 8.5 SR. Maka ramailah yang ketakutan meninggalkan kawasan pantai. Lantas peristiwa 2004 kembali dalam ingatan dimana pada masa itu pantai Batu Ferringgi dibadai ombak tsunami yang merosakan nyawa dan harta benda.

Dalam pada itu berebut-rebutlah bloger dan facebooker mengupdate dan mempredict masa tusnami akan sampai ke Malaysia. Sampaikan berita yang belum sahihpun telah dikatakan terjadi.

Mungkin mengharapkan tsunami berlaku dan menjadi orang pertama melapurkan....mengalahkan wartawan profesional. Apakah itu baik??? Bagi aku adalah lebih baik memanjatkan doa banyak-banyak kepada Allah swt daripada sibuk mengupdate bila tsunami akan sampai. Bialah pihak yang berwajib mengumumkannya langkah yang perlu diambil daripada kita menyebarkan berita yang kita sendiri tidak pasti.

Apapun ada korban jiwa dalam gempabumi semalam. Alfatihah buat saudara seIslam kita di negara jiran. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya buat mangsa yang terkorban.
      

Friday, April 6, 2012

Facebook Timeline - Cara Nak Buang



Ramai yang mengeluh tentang profile baru facebook. Timeline....

Memang Timeline ni agak kurenggg best....mengelirukan pun ada jugak. Secara peribadi aku pun tak suka profile Timeline. Kalau dah terclik kat Timeline alamatnya tak boleh nak revert kembali ke profile lama. Itulah antara kelemahan-kelemahan yang ada di facebook. Macam nak delete akaun facebook jugak. Bukan senang nak delete. Kena guna trick baru boleh delete.

Untuk Timeline ini pun kena guna trick jugak. Hanya dengan edit browser tak kira IE, Firefox, Chrome baru boleh balik ke profile lama. Walau bagaimanapun kita hanya mengedit 'browser' PC bukannya akaun facebook kita yang sebenar. Dalam kata lain, jika kita mengedit browser kat PC di rumah kita boleh melihat semula profile lama dalam Pc kita dirumah tetapi kalau kita buka facebook di PC pejabat Timeline masih wujud. Kita sekali lagi kena edit bwoser di PC pejabat pula. Begitulah dengan PC-PC yang lain.

Bagaimana nak edit browser??? Tak payah susah-susah buka regedit kat Pc kalau tak pro.... Korang boleh download pre-edit dan install je kat PC korang. Download kat http://www.timelineremove.com/

Kesimpulannya, jangan cuba click pada Timeline. Terlajak perahu boleh diundur....terlajak click kat Timeline jawabnya tanggung sendiri.


  

Saturday, March 31, 2012

Lesen B Full

Alhamdulillah.....

26 Mar 2012 lepas aku dah lulus ujian JPJ untuk upgrade lesen ke B Full. Satu langkah kehadapan untuk mencapai impian memiliki Superbike....

Belajar dan ambil ujian di Surefine Hulu Langat. Harganya amat berpatutan dan kelas belajar praktikal mengikut kesesuaian masa pelajar....ehhh macam promote lak...hahhah.

Surefine Hulu Langat

Gambar Sekadar Hiasan....Ini bukan gambar aku....

Aku tiba kat sana seawal jam 8.30 pagi walaupun sesi ujian aku jam 10.30 pagi. Bukan apa datang awal ni tidak lah tergesa-gesa. Nanti tambah gabra pulak... Lagi satu dapat juga aku recap bila tengok calon lain masa buat ujian.

Pada pendapat aku ambil B Full ni tak lah sesusah mana kiranya dah dah ada lesen B2. Bezanya cuma motor B Full guna clutch dan masa ujian Bahagian 3 kena lalui jalan tak rata. Yang lain semua sama je dengan B2. Walaubagaimana pun aku sebenarnya dah biasa bawak motor clutch. Dulu memang dah biasa bawak Virago dan ZX2R. Jadi aku agak konfiden masa unian hari tu. Cuma aku rasa gentar sikit masa melalui titi dalam masa minima 7 saat. Tahun 1992 masa aku ambil B2 mana ada kena buat titi. Masa tu hanya pusingan 8, halangan, brek kecemasan dan jalan raya. Lepas habis ujian aku tengok masa aku lalui titi dapat 10.5 saat...wowww....lama gak tu....hahhaha...

So sekarang pasal lesen dah settle...insyaallah dengan izin dan rezeki dariNya misi seterusnya CBR1000RR.




Wednesday, January 11, 2012

Voice Action : Alternatif Kepada SIRI


Untuk yang masih guna pakai iPhone 4 dan inginkan aplikasi semacam SIRI bolehlah download Voice Action melalui iTunes atau installous bagi yang dah jailbreak.

Aplikasi ini tidak mengecewakan. Boleh bertanya apa saja, menghantar sms, reminder dan macam-macam lagi. Ia seperti Personal Assistant dialam maya. Kalau boring dan tak de teman nak bercakap Voice Action boleh menjadi rakan sembang. Bagus kan??? Walaupun applikasinya tidaklah sebaik dan sestabil SIRI, bagi aku ia adalah alternatif terbaik buat masa ini.

Cuma sedikit masalah pada Malaysian English yang kadang-kadang Voice Action tidak dapat mengenali dengan jelas apa yang kita maksudkan. Masalah ini juga berlaku kepada SIRI. Kita harapkan nanti upgrade version akan ada versi bahasa Malayu atau Malaysia English.


Boleh lihat maklumat lanjut di SINI