Wednesday, January 20, 2010

Estima Kena Pecah Depan Pejabat

Aku anggapnya sebagai ujian Allah terhadap aku. Tengahhari tadi cermin tingkap hadapan sebelah kiri kereta aku dipecahkan oleh penyangak. Cubaan nak mencuri Head Unit aku.

Sedang berada di pejabat aku terdengar bunyi alarm kereta berbunyi. Ingatkan alarm kereta siapa tapi semakin lama macam kenal je alarm tu. Bila aku jengok keluar tingkap pejabat nampak seorang mangkuk hayun tengah cuba nak curi HU kereta aku. Macam tak percaya. Aku bergegas turun sambil jerit pada Asri dan Asngari turun sama. “Ada orang nak curi kereta aku!!!!!”


Kami sampai ke bawah dan bawah penyangak tadi panik bila nampak kami. Aku tak sempat kejar cuma sempat jerkah. Bila tengok kereta cermin tepi dah pecah sama macam pecah berderai hati aku rasanya. Nasib baik penyangak tu tak sempat nak bawa lari HU tu sebab ada banyak skru yang belum dicabut.

Asri cuba kejar tapi tak sempat. No plat pun tak sempat nak cam sebab plat motor tu dikelepet. Yang pasti ada 3 orang. Sorang kat dalam kereta dan 2 orang lagi tunggu atas motor. Dua-dua Yamaha 125Z. Aku fikir motor tu pun motor curi dengan no plat palsu.

Mula-mula berfikir buat polis report pun tak guna, bukan boleh tangkap penyangak tu yang aku tak dikenali. Tapi bila fikir balik aku buat juga lapuran polis untuk rekod polis. Mungkin dapat cap jari.

Telefon MTR Auto tempat biasa aku repair kereta. Shikin budak perempuan kat MTR tu dak kenal sangat aku bila aku cakap no plat kereta aku terus dia kata 'Ooooo En Azman ye?". Sekarang tak de stok kena order dulu. Aku bagitahu dia " I need it urgently!!! you must get it by today!!". Tak lama tu dia telefon balik quote harga RM1,300.00 untuk harga cermin tingkap original Made In Japan baru. Waw….kalau cermin tingkap saja dah macam tu berepa agaknya cermin depan yang besar tu?? Mau RM4,000.00 kot!

Lepas buat report kat IPD Kajang terus hantar kereta ke workshop! Nasib baik ada stok tapi petang sikit baru sampai. Petang jam 5.30pm aku singah kedai tinted. Pasang balik tinted asal kena pulak RM80.00.

Apa-apa pun aku redha dan anggapnya satu ujian Allah kepada aku kali ini. Mesti ada hikmah yang tersembunyi disebalik musibah ini yang aku sebagai hambanya tidak ketahui. Mungkin dia nak beri sesuatu yang lebih baik buat aku sebagai ganti.

Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment