Thursday, October 22, 2009

Sunroof

Sunroof, Moonroof & Panaromic Roof

Memiliki dan mempunyai kenderaan yang mempunyai sunroof memang seronok. Lebih mengasyikkan lagi apabila dapat menikmati panorama jalan yang redup ditutupi rimbunan pokok yang menyegar.

Tetapi keseronokkan itu boleh terganggu apabila sunroof itu bocor bila hujan. Air mencurah masuk kedalam kenderaan. Orang naik kereta nak elakkan hujan, tapi hujan pulak di dalam kereta.

Itulah yang terjadi kepada aku. Sebenarnya sunroof bahagian depan aku dah mula bocor tahun lepas lagi tapi tak kerap. Hanya bila hujan yang teramat lebat sahaja baru air masuk. Itupun bila kereta tidak bergerak. Kalau bergerak tak masuk air. Tapi baru-baru ni hujan separuh lebat pun masuk air. Tension!!!

Maka aku pun bertanyalah kepada workshop yang buat kereta TOYOTA CBU. Workshop ini hanya buat ketera Toyota. Spare part ori dari Toyota Japan. Service dia excellent. Workshop ni memang dah biasa dengan aku. Semua data service kereta aku dah ada dalam sistem mereka. Bila aku cakap sun roof bocor je dia dah kata “Mahal ni boss. Minggu lepas ada satu Wish pun sunroof bocor. Kena tukar satu set”. Aku ingatkan boleh tukar getah je rupa-rupanya kereta semacam Estima, Alphard, Harrier dan Wish tak de spare part rubber seal. Kena tukar satu set dengan kaca sekali. Harganya hampir RM2,000.00. Nasib baik yang bahagian tengah tak de masalah.

Aku fikir ada 2 alternatif. Pertama dan yang paling murah dan mudah ialah silicon pada rubber seal tapi tak boleh buka sunroof lagi. Walaupun yang depan hanya boleh tilt dan tak boleh buka penuh tapi itu bukan penyelesaian penuh.

Penyelesaian penuh ialah tukar je sunroof baru bersama service saluran longkang dan paip airnya sekali. Selesai masalah.

Kesimpulannya kenderaan dalam negara kita tak sesuai gunakan sunroof. Sebab cuaca Malaysia panas dan hujan sepanjang tahun. Getah cepat rosak bila panas dan masuk air bila hujan.

2 comments:

rozzeta said...

hmmm tengok bmw 525i yg ada sunroof sangat menusuk kalbu..lawa giler..tapi biler pikir nak pakai kat malaysia, seratus kali buat analysis nak beli sunroof ke tak.

rozzeta said...

ye ke? baru terpikir nak beli kete dari oversea yg ada sunroof & nak bawak balik malaysia..

Post a Comment