Thursday, April 12, 2012

Gempa Bumi di Aceh 11-4-12



Semalam sedang ramai diantara kita sedang beristirehat di rumah sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 kita dikejutkan dengan berita gempabumi di Acheh.

Aku baca dalam fb rakan di Pulau Pinang kata gegarannya terasa kuat sangat dan menakutkan. Dikatakan berskala 8.5 SR. Maka ramailah yang ketakutan meninggalkan kawasan pantai. Lantas peristiwa 2004 kembali dalam ingatan dimana pada masa itu pantai Batu Ferringgi dibadai ombak tsunami yang merosakan nyawa dan harta benda.

Dalam pada itu berebut-rebutlah bloger dan facebooker mengupdate dan mempredict masa tusnami akan sampai ke Malaysia. Sampaikan berita yang belum sahihpun telah dikatakan terjadi.

Mungkin mengharapkan tsunami berlaku dan menjadi orang pertama melapurkan....mengalahkan wartawan profesional. Apakah itu baik??? Bagi aku adalah lebih baik memanjatkan doa banyak-banyak kepada Allah swt daripada sibuk mengupdate bila tsunami akan sampai. Bialah pihak yang berwajib mengumumkannya langkah yang perlu diambil daripada kita menyebarkan berita yang kita sendiri tidak pasti.

Apapun ada korban jiwa dalam gempabumi semalam. Alfatihah buat saudara seIslam kita di negara jiran. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya buat mangsa yang terkorban.
      

0 comments:

Post a Comment