Saturday, March 31, 2012

Lesen B Full

Alhamdulillah.....

26 Mar 2012 lepas aku dah lulus ujian JPJ untuk upgrade lesen ke B Full. Satu langkah kehadapan untuk mencapai impian memiliki Superbike....

Belajar dan ambil ujian di Surefine Hulu Langat. Harganya amat berpatutan dan kelas belajar praktikal mengikut kesesuaian masa pelajar....ehhh macam promote lak...hahhah.

Surefine Hulu Langat

Gambar Sekadar Hiasan....Ini bukan gambar aku....

Aku tiba kat sana seawal jam 8.30 pagi walaupun sesi ujian aku jam 10.30 pagi. Bukan apa datang awal ni tidak lah tergesa-gesa. Nanti tambah gabra pulak... Lagi satu dapat juga aku recap bila tengok calon lain masa buat ujian.

Pada pendapat aku ambil B Full ni tak lah sesusah mana kiranya dah dah ada lesen B2. Bezanya cuma motor B Full guna clutch dan masa ujian Bahagian 3 kena lalui jalan tak rata. Yang lain semua sama je dengan B2. Walaubagaimana pun aku sebenarnya dah biasa bawak motor clutch. Dulu memang dah biasa bawak Virago dan ZX2R. Jadi aku agak konfiden masa unian hari tu. Cuma aku rasa gentar sikit masa melalui titi dalam masa minima 7 saat. Tahun 1992 masa aku ambil B2 mana ada kena buat titi. Masa tu hanya pusingan 8, halangan, brek kecemasan dan jalan raya. Lepas habis ujian aku tengok masa aku lalui titi dapat 10.5 saat...wowww....lama gak tu....hahhaha...

So sekarang pasal lesen dah settle...insyaallah dengan izin dan rezeki dariNya misi seterusnya CBR1000RR.




8 comments:

Azrul Jamil said...

Salam..tumpang tanye bro..kalo aku ade lesen b2..nak upgrade b full..jpj akan refer pada lesen L yg dolu dolu tu ke??

azman said...

Ye bro... kalau dah ada b2... pergi saje ke jpj. Bawa gambar sekeping. Ckp nak renew lesen L bfull.

akmal roslan said...

bape kos bro upgrade...

azman said...

kos upgrade b2 ke b full RM350 sahaja bro.

cindy2306 said...

hi, salam....saya OKU 890925055140 SOH MEI TENG, Boleh ujian Automatic? bila dapat Ujian? mahu Ujian P LESEN bila boleh ujian Praktikal? thanks!

cindy2306 said...

tq

Anonymous said...

Untuk B full ada isyarat tangan untuk ke kiri dan ke kanan ke bro?

Anonymous said...

RM350 tu kat mana bro..

Post a Comment