Thursday, December 31, 2009

2010

Selamat Tahun Baru!!!!

Setiap kali tahun baru catatan umur kita semakin meningkat. Semakin singkat jugalah usia kita. Ada perkara yang yang diangankan belum tercapai. Mungkin perancangan yang tidak serius menggagalkannya.

Tahun 2010 juga Khir akan memasuki alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Ayah doakan agar Khir berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair.

Selamat datang 2010.

Tuesday, December 22, 2009

Pandu Uji Forte

Ahad lepas aku terima panggilan dari KIA Kajang. Kereta dan ada untuk dipandu uji. Petang tu aku test la kereta Forte ni. Test model 1.6 SX.

Engin dihidupkan dengan sekali menekan button start engine. Bunyi engin memang senyap dari dalam kereta macam seperti engine tak dihidupkan. Pertukaran gear juga amat lancar tanpa jerking atau sentakan samaada dalam mode D atau manual. Untuk pickup sukar sikit untuk di komen sebab dah lama tak bawa kereta 1.6 sejak Waja tahun 2003. Tak adil untuk membandingkan pickup kereta 2.4 dengan 1.6. Tapi rasanya boleh diperbaharui dengan menukar saiz rim sediada 17” ke 16” untuk lebih pickup.


Dari showroom kami lalui jalam lama lebih kurang 5km sebelum masuk expressway dalam 5km juga. Kami berhenti di tepi expressway sebelum aku press pedal minyak sampai habis. Kereta pergi dengan stabil sebab ada traction control. Dalam mode manual kereta ini boleh ditarik ke 120km/j dalam hanya gear 3. RPM hampir mencecah merah sebelum aku masuk ke gear 4.

Gear transmission still smooth. Dalam gear 4 aku tak dapat cecah top spead sebab tekan break uttuk test ABS, Stable Vehicle Control. Memang banyak function untuk kereta ini. Audio system juga tak mengecewakan. Stock audio system dah mencukupi bagi orang seperti aku yang tak suka dengar musik bising masa memandu.


Keluar dari expressway dan masuk jalan taman aku tukar balik ke mode D sebab malas nak shift gear.


Secara keseluruhannya Forte amat memuaskan untuk dipandu dan berbaloi untuk dimiliki dengan harga OTR

1.6L EX RM75,800.00
1.6L SX RM81,800.00
2.0L SX RM93,800.00

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Menang


Seperti yang didoakan oleh ramai peminat bolasepak tanah air, Malaysia menang keatas Vietnam dengan jaringan tunggal yang membawa emas. Kemenangan ini amat penting dalam maruah bolasepak negara yang selama ini tercalar. Syabas kepada keseluruhan pasukan Malaysia.

Tak perlu diulas lanjut sebab aku pastinya semua peminat bolasepak tempatan terpacak depan TV sejak pukul 5.30pm lagi.

Teruskan lagi usaha agar kejayaan kekal milik kita pada apa jua kejohanan antarabangsa yang akan datang.

Tahniah Malaysia!!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Forte

Kali ke 2 mengunjungi pusat jualan Naza Kia untuk test drive Naza Forte. Malang lagi kereta masih belum sampai untuk dipandu uji. Dengar cerita performance kereta ni bagus. Aku kena test dulu sebelum boleh buat apa-apa keputusan.

Faktor luaran dan dalaman sudah menepati citarasa. Cuma faktor pemanduan dan kuasa sahaja belum diketahui.

Menurut SA mungkin minggu depan baru boleh di pandu uji. Tak pe…aku tunggu. Bila dah pandu uji nanti aku akan updatekan kat sini.

Definitely for ladies especially for my lovely wife red Forte is sexy. Watch this….

What do you think????

Monday, December 14, 2009

Bolasepak Malaysia Ke Akhir

Sebentar tadi aku berpeluang menonton pertandingan bolasepak separuh akhir Sukan SEA antara Malaysia menentang Laos. Pertama sekali sekalung tahniah buat skuat bawah 23 tahun Negara. Malaysia menang 3-1 keatas Laos.

Menentang Laos di stadium kebangsaan mereka di Negara mereka sendiri bukalah satu tugas yang mudah. Kesebelasan pemain Malaysia bukan sahaja menentang kesebelasan pemain Laos tetapi menentang puluhan ribu penyokong Laos.

Disebalik kemenangan ini setidak-tidaknya dapat sedikit sebanyak mengembalikan maruah bolasepak yang telah lama tercemar dan dikecam oleh para penyokong sendiri. Tidak dinafikan skuad bawah 23 tahun sememangnya baik jika dibandingkan dengan skuad senior kita.

Selepas ini yang penting janganlah ada pihak yang cuba mengwar-warkan ganjaran wang ringgit yang bakal diterima oleh skuad kebangsaan. Ganjaran seumpama ini cuma akan merosakkan minda mereka. Biarlah mereka bermain dengan tenang.

Ganjaran yang sebenarnya bagi mereka adalah mereka semua telahpun berjaya mengubah martabat dan memulihkan imej skuad kebangsaan di persada antarabangsa. Jasa mereka akan dikenang dalam lipatan sejarah kelak.

Kita perlu berlajar dari sejarah kekalahan kita.

Tahniah Malaysia!!!!! Kita nantikan pula perlawanan akhir menentang Vietnam nanti.

Monday, November 30, 2009

KIA vs Proton

Nampaknya gergasi kereta Korea dah memecut jauh meninggalkan pesaingnya dengan pengenalan model-model terbarunya. Ternyata kemasukan Pengarah Rekabentuk Peter Schreyer ke dalam KIA membawa perubahan yang besar terhadap rekabentuk model terbaru KIA.

Peter Schreyer adalah bekas Pengarah Rekabentuk Audi. Jika diteliti rekabentuk model-model terbaru KIA sekarang terutama bagi komponen lampu belakangnya banyak menampakkan rekabentuk Audi.

Pelancaran model Forte ke Malaysia melalui NAZA dilihat satu perubahan telah dibawa oleh KIA keatas model-model mereka terdahulu yang kurang mendapat tempat di hati pembeli disebabkan rekabentuk yang kurang menarik. Begitu juga dengan keberkesanan dan ketahanan jenteranya. Kadar penggunaan petrol yang tinggi juga membuatkan pembeli menolak jenama dari Korea.

KIA sedar atas dasar rekabentuk, mereka mampu menawan hati pembeli dan itulah yang ditekankan oleh Peter Schreyer terhadap model Forte ini. Katanya "Design gives a soul to the product, hence the future of KIA product lies in balance, clarity and purpose".

Penggunan petrol bagi model Forte ini adalah lebih kurang 7 - 12km/L, mengikut cara pemanduan seseorang.

Sebagai perbandingan : Waja CPS 1.6L : 9-11km/L, Vios 1.5L : 13-16km/L, Gen2 1.6L : 10-14km/L.

Kia Forte

Dengan pakage harga dan features yang ada pada model ini aku jangkakan model Forte ini akan dapat mengatasi model-model seperti Civic, Altis dalam kategori 2.0L manakala Vios, City dan kereta 1.6L yang sekelasnya. Untuk segmen yang lebih besar atau mewah sedan KIA telah memperkenalkan model K7 untuk menjawab kepada model-model seperti Lexus, Camry, mahupun Merc E series.

Lihat TV Commercial untuk K7.


Persoalan sekarang, kemana hala tuju kereta nasional Proton kita? Apakah Proton mampu bertahan. Mungkin dahulu Waja mampu memberi saingan terhadap Spectra. Tetapi mampukah Pesona bersaing dengan Forte? Tentu tidak. Aku tak sanggup meletakkan Pesona sebagai persaingan untuk Forte walaupun itu yang dikatakan oleh Salesman ketika aku ke pusat jualan KIA pada Sabtu lalu. Terlalu jauh untuk dibezakan Pesona dan Forte walaupun mereka berada di dalam kategori cc yang sama 1.6L.

Dimanakah pereka-pereka muda yang berkarisma yang ada di dalam Proton. Apakah mereka masih tidak mampu untuk merekabentuk kereta yang lebih menarik selain daripada mengubah suai model-model lama dan diberi nafas baru atau ‘facelift’. Model Pesona misalnya adalah dari model Gen 2 yang pengeluarannya pada tahun 2004. Hanya dari hatchback ke sedan untuk kelahiran Pesona.

Model Exora masih kurang mendapat sambutan dikalangan rakyat sebaliknya disaingi oleh Grand Lavina. Sebabnya??? Mungkin disebabkan teknologi jentera yang ada pada Exora masih ditakuk lama. Proton masih menggunakan ‘timing belt’ sedangkan pesaing lain telah beralih kepada ‘timing chain’ yang lebih tahan lama. Begitu juga dengan ‘service interval’ 10,000km berbanding 5,000km untuk kereta Proton. Ketika pesaing telah lama menggunakan VVTi, CVVT, DVVT dan macam-macam teknologi VVT, Proton masih menggunakan enjin lama yang diwarisi dari usahasama Mitsubishi sejak zaman Proton Saga dulu. Enjin Campro tak banyak bezanya dengan enjin model Proton terdahulu.

Rekabentuk dan teknologi memainkan peranan yang besar dalam memasarkan sesebuah kenderaan pada zaman ini. Kenderaan bukan lagi hanya sebagai alat asas untuk membawa kita ke sesuatu destinasi, tetapi lebih merupakan kepuasan dan kemegahan bagi pemiliknya.

Memang benar Proton masih muda. Tetapi Proton bukan lagi anak kecil yang harus di pimpin dan dilindungi. Usia Proton sudah mencecah 25 tahun. Jika generasi pertama pihak pengurusan dan kejuruteraan rekabentuk Proton berusia 30an pada penubuhannya maka pada tahun 2010, mereka ini sudah layak pencen dalam merekabentuk kereta Proton. Sepatutnya mereka lebih matang dan berpengalaman dalam merekabentuk model-model baru yang. Bukan melakukan kesilapan besar dalam merekabentuk model Juara yang ternyata gagal mendapat sambutan. Adakah mereka menjiwai rekabentuk sebelum memutuskan pengeluarannya???

Proton Gen2 & Pesona

Juga benar Perodua dan Naza bernasib baik kerana hanya memasang kenderaan luar dan diberi taraf kereta nasional tanpa memerlukan Research & Development yang menelan ratusan jutaan ringgit, tetapi itu bukanlan alasan untuk tidak menandingi pesaingnya. Memang sukar untuk menandingi pesaing Jepun tetapi setidaknya tandingilah pesaing Korea seperti KIA.

Kesimpulannya, Proton perlu mengorak langkah dengan segera. Jika tidak mampu berlari, Proton mesti berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi oleh Kerajaan. Jika tidak kenderaan jemana Proton akan menjadi jenama kelas 3 dalam negaranya sendiri.

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Lahir Fira

Pada 20 Nov 2009 lalu genap 10 tahun usia Fira. Selamat Hari Lahir anakku. Ingatan aku masih segar pada hari kelahirannya. Ketika aku mula memegangnya untuk iqamahkan, matanya tak berkedip memandang aku. Comel sangat.

Hari Ahad tu kami buat sedikit majlis sambutan hari lahir untuknya. Panggil adik beradik dan 2 orang rakan. Hanya majils yang ringkas di Mc Donalds.

Tahun-tahun yang lalu kami tak buat sambutan sebab kebanyakkannya jatuh di dalam bulan puasa. Tahun ini baru boleh buat disamping genap 10 tahun.

Semoga Allah memudahkan segala urusan mu di dunia dan akhirat, diberikan ilmu pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan tanahair.

Saturday, November 21, 2009

Khutubah Terahkir Rasullah

Mari kita ambil pedoman dan peringatan tentangnya:-


Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)

Thursday, November 19, 2009

Lawatan Singkat Dan Padat Langkawi Part 3

Kami sampai di Tanjung Rhu Resort disambut oleh kakitangan resort yang ramah dan penuh senyuman. Aku lihat di sini tiada kaunter reception seperti kebanyakan resort lain. Kami terus diperkenalkan dengan seorang kakitangan resort (tak ingat namanya). Dia terus bawa kami ke bilik. “ Di sini kami praktis check in dalam room supaya guest lebih selesa”. Pertama kali aku check in terus dari dalam room. Ini adalah procedure biasa. Semua guest akan check in dalam room. Bukan disebabkan kami adalah “special guest”.

Damai Room

Sampai dalam room yang diberi nama DAMAI kami diminta duduk disofa sambil diberi tuala sejuk untuk menyegarkan muka. Sambil itu kami dihidangkan dengan minuman sejuk dan buah-buahan. Selepas diterangkan lokasi resort dalam peta diatas meja, barulah kakitangan resort tadi meminta kad pengenalan kami untuk direkodkan sebagai tetamu.



Resort Map


“Puan boleh gunakan segala kemudahan yang kami sediakan. Semuanya telah diuruskan. Jika Puan mahukan apa-apa just hubungi kami. Kami akan aturkan untuk segalanya Puan”. Hahaahha maklum Luxury 5 Star Resort service.

Perut pun dah lapar, jadi selepas berehat sebentar kami turun ke Saffron. Mediterranean food restaurant. Aku makan Rib Eye Steak manakala Ina makan Arabic Steak blablabla (tak ingatla namanya). Sepinggan steak berharga RM75.00. Aku tengok sekeliling yang ada Mat dan Minah Salleh. Tiada pun guest Melayu selain kami atau local citizen. Sedang makan Sharidan datang memperkenalkan dirinya. Sharidan adalah pegawai yang akan mengiring kami untuk tugasan kami petang haritu. Dia akan bawa kami melawat sekitar resort dan tanah sekitar resort milik Tanjung Rhu Resort yang dalam perancangan pembangunan.

Lewat petang kami pulang semula ke resort selepas melawat tanah di hujung tanjung. Sebelum pulang ke room Sharidan ada bagitahu jikalau kami nak keluar ke pecan Kuah dia akan arahkan driver sediakan Estima untuk kami. Cadangnya memang kami nak keluar tapi memandangkan aku agak keletihan memandu dari jam 4 pagi lagi dan esok ada kerja lagi nak dibuat dan pulang semula ke KL esok petang, kami batalkan cadangan ke pekan Kuah malam tu.

Pagi keesokannya kami bertemu Hj Shukri one of the Resort Director. Very humble and low profile person. Begitu juga dengan wife dia. Jam 8.30 pagi Hj Shukri bawa kami melawat tapak cadangan pembangunan expension resort termasuk mangrove dan mangrove island menaiki bot. Aku memang respect kat Hj Shuri ni. Berjawatan director bukan bermegah bagi dirinya. Dia jumpa tukang sapu pun dia angkat tangan dulu, jumpa siapa saja dia angkat tangan tanda beri salam. Dari perbualan aku dengannya dia kata mengusahakan resort ni tidak seperti mengusahakan business hotel. Resort lebih kepada sifat kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan perlu ada antara kakitangan dan guest barulah ada kemesraan. Tak hairan Tanjung Rhu Resort dapat beberapa anugerah termasuk landskapnya yang tiada tandingan.

Mangrove

Jam 12.00 lawatan kerja kami selesai. Kami check out jam 1.00 tengahhari walaupun Hj Shukri meminta kami stay lagi untuk malam lagi. Biar kami dapat menjiwai resortnya katanya. Kalau bukan aku sibuk di pejabat mahu rasanya aku stay satu malam lagi.

Time nak balik ke jeti, pemandu dengan kereta Estima telah sedia menanti kami. Sebelum sampai jeti kami singah di Ismail Group tempat popular untuk beli coklat kata Anuar pemandu kami.

Kami sampai di Kuala Lumpur jam 10.00 malam selepas bertolak jam 4.30 petang dari Kuala Perlis.

Walaupun letih dan rushing tapi ia satu pengalaman manis menginap di sana. Terima kasih kepada semua staff Tanjung Rhu Resort.

Wednesday, November 18, 2009

Lawatan Singkat Dan Padat Langkawi Part 2


Kami sampai di jeti Langkawi jam 12.30 tengahhari. Sebaik sampai je aku terus je la call no yang tertera untuk ambil kereta sewa. Setelah berjumpa dia kata “Kereta ni belum balik lagi. Kalau abang nak kena ambil Toyota Vios tapi kena tambah RM40.00 lagi”. Aku dah mula angina bila dengar kena tambah duit. “Apasal pulak kena tambah tadi kawan kau kata kereta bagusla, baru la” aku membebel.

“Kereta Mitshubishi ni personal punya tapi Vios tu company punya, tu pasal mahal sikit”. Aku dah rasa macam nak kena tipu je dengan ulat-ulat ni. “Tak pe macam mana sekarang? Nak bagi atau tidak? Kalau tak boleh bagi saya cari je kereta lain”. Aku dah bertambah angin. “Abang cari la dulu kereta lain balik ke jeti esok mintak balik RM10.00 deposit tu”. Hishhhh macam mana aku boleh terkena dengan ulat ni. Kat KL selama aku duduk hampir 20 tahun tak kena kat Langkawi pulah boleh kena.

Sambil nak cari kereta Ina dapat call dari resort. Resort bagi tahu tak payah sewa kereta. Semua dah disediakan untuk kami. Dari penginapan, kereta bersama pemandu semua dah tersedia. Cuma aku kena ambil teksi sahaja sebab nak tunggu pemandu sampai ambil kami dari jeti mungkin kami terpaksa tunggu lama sikit. Laaaa apasal resort tak cakap awal-awal kan senang, tak payah kami layan ulat macam tu.

So kami dapatkan teksi teksi di jeti. Bila kami kata nak ke Tanjung Rhu drebar teksi tu terpinga. “Tanjung Rhu Resort ke?” Ye Tanjung Rhu Resort!” Apa yang peliknya dalam hati aku. Ooooo mungkin tak ramai local yang menginap kat situ kot. Tambang teksi RM30.00

Sambung ke Part 3

Monday, November 16, 2009

Lawatan Singkat Dan Padat Langkawi Part 1

Sabtu lepas, aku dan Ina ke Penang dan Langkawi. Satu lawatan kerja yang singkat dan padat. Aku tak mahu ambil cuti memandangkan kerja aku sendiri agak banyak. Aku terpaksa pergi sebab Ina tak boleh drive kereta jauh dan lama.

Pukul 4 pagi kami dah bertolak ke Penang. Sebelum itu kami singgah di rumah adik ipar aku tinggalkan anak-anak kami. Leceh kalau bawa mereka. Kami pergi bukannya bercuti tapi bekerja walaupun kami akan menginap di hotel mewah 5 bintang di Langkawi.

Tanjung Rhu Beach

Sampai di Penang pukul 8.00 pagi terus tenggok tanah. Ambil gambar dan detail siap pukul 9.00. Disebabkan kami in-rushing tak banyak gambar pribadi atau angle yang menarik diambil memandangkan ini bukan trip percutian. Kami mengejar masa sebenarnya. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Kami Bertolak semula ke Kuala Perlis. Perjalanan lancar tertapi sedikit terganggu sebab aku keluar di tol Alor Star (S) ikut jalan lama ke Kangar. Jalan sini banyak lori dan susah nak memotong. Cadangnya nak naik feri di Kuala Kedah itulah sebab aku keluar tol Alor Star (S). tapi memikirkan perjalanan feri yang jauh, lama dan ombak yang kuat kami tukar perancangan awal dan naik ikut Kuala Perlis. Sampai jeti Kuala Perlis jam 11.00 pagi. Sebelum cari parking dah ada ulat yang mendekati kereta kami dengan motor cub. Mungkin tengok plat kereta luar je diorang mula dekati. “Asalammualaikum Bang….nak ke Langkawi ke? Nak parking kereta tak?” Aku jawab ringkas “ Tak pe terima kasih” Malas aku nak layan ulat-ulat ni.

Bila aku masuk parking mamat tadi ikut masuk. Rupa-rupanya parking tu ulat tu punya. Ceh…

Parking tak le bagus, rapat-rapat pulak tu cuma berbumbungkan zink. Kadar RM20.00 satu malam.

Lepas bayar parking ada pulak ulat yang nak offerkan kereta kat kami. Sebenarnya aku tak berminat tapi Ina melayan. Jawabnya terkena la. Kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT dengan harga RM100.00. Selepas tawar menawar setuju dengan RM90.00. Katanya bayar masa ambil kereta kat Langkawi Cuma bayar deposit RM10.00 dulu kat dia. OK lah tampa bayar tanpa prejudis. Lepas bayar nak offer hotel pulak kat kami. Aku cakap nak duduk Tanjung Rhu Resort. “Uuuuiiiii mahai tu bang. Satu malam RM1,800.00. Kita tak ambik”.

Kami terus ke jeti dan ambil tiket pergi balik. Seorang sehala RM18.00. Kami ambil dua hala pergi dan balik. Supaya nanti senang tak payah beli lagi Cuma kena confirmkan masa je.

Nasib kami baik sebab feri jam 11.30 pagi baru nak berlepas dan benarkan kami naik walaupun tiket yang kami beli untuk jam 12.30 tengah hari.

Dalam feri aku dapat rekatkan badan sebentar selepas 5 jam memandu.

Bersambung……Part 2

Monday, November 9, 2009

Rakyat Didahulukan

Komen aku tentang Dasar Automotif Negara sebelum ini berkisar tentang keperluan kenderaan berusia 15 tahun keatas dikenakan syarat pemeriksaan mandatory Puspakom.

Baru-baru ini kerajaan sedar akan kesilapan yang dibuat. Maka MITI menarik balik arahan tersebut seperti yang dilapur dalam berita. Slogan “rakyat didahulukan” diambil kira. Terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil kira kepentingan rakyat bawahan.

Kerajaan perlu mengkaji lebih mendalam dalam mengekang penggunaan kereta tua dengan lebih berkesan. Bila bercerita tentang ini ramai yang akan berkata “Bukan kami tak nak beli kereta baru tapi kereta harga kereta baru proton masih mahal. Kadar faedah pulak tinggi berbanding kereta import. Kami tak mampu”.

Thursday, October 29, 2009

Dasar Automotif Negara

Semalam Tok Pa umumkan pindaan dasar NAP. Yang menarik perhatian aku adalah kereta 15 tahun mandatori masuk Puspakom berkuatkuasa pada 1/1/2010 sebelum boleh baharui road tax. Bermaksud semua kereta tahun 1995. Langkah permulaan kearah menghadkan usia kenderaan seperti di Negara maju.

Bersediakah kita melaksanakan dasar ini dengan harga kereta baru masih mahal? Masih ramai diantara kita yang belum mampu membeli kereta baru baik keluaran tempatan apatah lagi import.

Malaysia bukan seperti Jepun. 5 tahun boleh dilupus sebab harga kenderaan mereka teramat murah.

Menghantar kereta ke pemerikasaan bukanlah isu yang amat besar tetapi masa dan kerenah yang akan dilalui semua pemilik kenderaan berusia 15 tahun keatas. Adakah pusat pemeriksaan Puspakom mencukupi. Ketika ini hanya ada 67 cawangan Puspakom. Disesetengah negeri seperti Kelantan dan Terengganu hanya ada 2 cawangan sahaja. Bayangkan negeri seperti Kelantan dan Terengganu berapa banyak kenderaan berusia lebih 15 tahun yang ada.

Satu perkara lagi harga perlindungan insuran bagi kenderaan ‘tua’ naik mendadak membuatkan pemilik tidak berkemampuan memperbaharui cukai jalan disebabkan tiada perlindungan insuran. Rujuk Berita Harian. Kini ditambah dengan pemeriksaan Puspakom pula. Maka makin ramai diantara rakyat tidak mampu memiliki kenderaan berlesen.

Monday, October 26, 2009

MotoGP Sepang 2009

Semalam aku ke Sepang bersama 2 orang rakan sepejabat yang berkongsi minat yang sama. Apa lagi tengok MotoGP la. Tiba litar pukul 12.30 pm. Time tu 125cc tengah berlumba. Tak best tengok 125 ni. Kecil sangat. Sementara tunggu 250cc start kami berlegar di kawasan luar mall. Nak masuk dalam mall tak boleh sebab tiket kami kat K1 grandstand. Kat luar mall tu ada la pameran motor Kawasaki, KTM, Ducati dan apa tah lagi aku tak ingat.


Awek Ducati

Jentera Ducati Milik Stoner - Power Gila Motor Ni....


Sebelum 250cc nak bermula kami masuk dalam K1. Ramai sungguh orang tahun ni. Mungkin nak tengok pelumba wild card Malaysia kot. Tempat duduk penuh nasib baik ada berberapa kerusi di row depan sekali. Duduk di row depan ni view untuk ambil gambar tak beberapa sesuai sebab dihalang oleh pagar yang tinggi. Jadi tak dapatlah ambil gambar yang cantik.

Sebelum kategori MotoGP mula, hujan lebat pulak. Ini yang tak syok. Bila hujan trek basah jadi pelumba mesti tak pecut sekuat hati.

Perlumbaan bermula. Mula -mula lead by Rossi....Tapi selepas selekoh ini Rossi kena pintas jadi tempat ke 9

Apa-apa pun jentera Ducati kali ni memang power. Bunyi memang ganas. Bunyi satu jentera Ducati dah sama dengan bunyi dua jentera Honda. Tercicir Rosi kali ini. Tapi itu tak penting baginya kerana menduduki tempat ke3 dah memadai untuk merangkul juara dunia musim ini. Ramai sungguh penyokong si Rossi ni. Tiap kali melintas mesti ramai yang bersorak. Sehinggakan ada yang mengharapkan Stoner dan Pedrosa jatuh. Apa la punya penyokong tak professional betul. Malang buat team mate Pedrosa, Dovizioso jatuh pada lap ke 7. Kalau tidak Rossi akan berada tempat ke4.

Stoner - Juara Sepang 2009

Pedrosa - Honda Repsol. Team yang aku sokong

Tahun depan kami kena datang awal sikit untuk dapatkan tempat duduk yang menarik untuk ambil gambar. Mungkin main grandstand!

Petang tadi kami bertiga masing-masing dah set target......ke litar Sepang bawa superbike sendiri........Hujung minggu yang menghiburkan.

Thursday, October 22, 2009

Sunroof

Sunroof, Moonroof & Panaromic Roof

Memiliki dan mempunyai kenderaan yang mempunyai sunroof memang seronok. Lebih mengasyikkan lagi apabila dapat menikmati panorama jalan yang redup ditutupi rimbunan pokok yang menyegar.

Tetapi keseronokkan itu boleh terganggu apabila sunroof itu bocor bila hujan. Air mencurah masuk kedalam kenderaan. Orang naik kereta nak elakkan hujan, tapi hujan pulak di dalam kereta.

Itulah yang terjadi kepada aku. Sebenarnya sunroof bahagian depan aku dah mula bocor tahun lepas lagi tapi tak kerap. Hanya bila hujan yang teramat lebat sahaja baru air masuk. Itupun bila kereta tidak bergerak. Kalau bergerak tak masuk air. Tapi baru-baru ni hujan separuh lebat pun masuk air. Tension!!!

Maka aku pun bertanyalah kepada workshop yang buat kereta TOYOTA CBU. Workshop ini hanya buat ketera Toyota. Spare part ori dari Toyota Japan. Service dia excellent. Workshop ni memang dah biasa dengan aku. Semua data service kereta aku dah ada dalam sistem mereka. Bila aku cakap sun roof bocor je dia dah kata “Mahal ni boss. Minggu lepas ada satu Wish pun sunroof bocor. Kena tukar satu set”. Aku ingatkan boleh tukar getah je rupa-rupanya kereta semacam Estima, Alphard, Harrier dan Wish tak de spare part rubber seal. Kena tukar satu set dengan kaca sekali. Harganya hampir RM2,000.00. Nasib baik yang bahagian tengah tak de masalah.

Aku fikir ada 2 alternatif. Pertama dan yang paling murah dan mudah ialah silicon pada rubber seal tapi tak boleh buka sunroof lagi. Walaupun yang depan hanya boleh tilt dan tak boleh buka penuh tapi itu bukan penyelesaian penuh.

Penyelesaian penuh ialah tukar je sunroof baru bersama service saluran longkang dan paip airnya sekali. Selesai masalah.

Kesimpulannya kenderaan dalam negara kita tak sesuai gunakan sunroof. Sebab cuaca Malaysia panas dan hujan sepanjang tahun. Getah cepat rosak bila panas dan masuk air bila hujan.

Thursday, October 15, 2009

Ultra Edit Portable

Sofware ini bagus untuk mengedit program. Guna sofware ini untuk edit map Mapking R12 ke G12. Portable version. Tak perlu install ke dalam hard disk.

http://rapidshare.com/files/293296525/UltraEdit_15.10.0.1017_Portable.exe.html

Note: Use at your own risk.

Saturday, October 10, 2009

Malsingmap Untuk WinCE??

Hampir seminggu aku meneroka internet mencari udated map untuk mapking navigator aku hingga larut malam. Map yang dibekalkan semasa pembelian HU haritu tak beberapa terkini. Ada dua map dalam mapking tersebut iaitu Mapking Malaysia map dan Malsing map.

Mapking Malaysia agak terkini dan menyeluruh tetapi tidak terlalu tepat manakala malsing sudah ketinggalan sejak release update untuk July 2009. Malangnya malsing map yang dikeluarkan oleh malsing dalam laman webnya tidak bersesuaian dengan PND atau Personal Nagivation Device yang aku gunakan berplatformkan WinCE 5.0.

Kebanyakan laman web yang aku search termasuk gpsunderground mangatakan map untuk Mapking R12 (bundle version) berplatform WinCE adalah custom and special made to vendor. Tidak boleh di download dari community mappers. Kena minta vendor untuk update.

Jadi macam mana aku nak gunakannya seperti vendor gunakan. Mapking map pulak tiada release baru. Kalau ada pun kena bayar untuk update map. Alternatifnya kena juga guna malsing map dan aku perlu modified map tersebut supaya ia bersesuaian dengan HU aku.

Aku dapat satu info dari internet jika mahu gunakan malsing map kita perlu edit map tersebut. Cubaan kali pertama tu gagal. Map tidak sesuai. Tension!!!!!

Selepas tiga kali buat try and error akhirnya aku berjaya mengadaptasikan malsing map kedalam HU aku. Test sekitar Cheras/Kajang petang tadi. Perfect and accurate.

Credit to http://blog.zyrax.net/

Tuesday, October 6, 2009

Berhati-Hati Memandu ke Open House

Setiap hujung minggu je jalan di KL mesti jammed. Open house sana sini. Lebih teruk dari jammed waktu puncak 8.00 pagi. Hinggakan rasa malas nak keluar jemputan open house rumah rakan-rakan. Tapi kalau tak pergi tak boleh pulak. Terpaksalah redah je.

Minggu ini jemputan penuh. Hari Sabtu ni company buat open house untuk penduduk Prima Saujana. Jadi tak boleh kemana la jawabnya sehingga open house company habis. Ahad pulak tengahari sampai ke malam.

Bebalik kepada cerita memandu ketera di KL dalam bulan perayaan ni. Memandu kereta pada hari Sabtu dan Ahad bukan saja jalan sesak tapi yang lebih membimbangkan adalah keadaan pemandu lain yang ingin mencari rumah rakan. Diorang main masuk simpang je tanpa bagi signal.

Kesimpulannya siapa yang nak datang KL/Lembah Klang berikan tumpuan yang lebih ketika memandu pergi menziarah sanak saudara.

Thursday, October 1, 2009

7" 2Din & GPS Navigator

Entah macam mana tergerak pulak hati nak tukar Head Unit kat kereta aku. Sebelum raya dulu adalah tengok-tengok sikit masa beli FM Modulator tapi tak pulak berminat sampai nak tukar keseluruhan Hu. Tiba-tiba je lepas raya ni rasa nak tukar pulak. Ye la HU lama original Toyota tu tak boleh main DVD, Bluetooth, Ipod, USB connection, SD card. Walaupun ada Navigator dan TV Jepun tapi tapi tak boleh pakai kat Malaysia. Yang ini siap sekali dengan GPS Navigator dengan Mapking software.

Dua hari lepas aku dah buat survey kat internet. Macam biasa sebelum beli sesuatu barang aku akan buat survey tentang spec, quality dan harga. Selepas survey di internet aku buat fisikal survey kat kedai accessory pulak.

Semalam time lunch aku ke kedai Brothers yang boleh nampak dari office aku. China brand rata-rata dalam harga RM600.00 ke RM800.00 tiada GPS. Tidak berminat dengan design dan kualitinya aku pergi lagi ke 2 buah kedai yang berhampiran. Aku jumpa satu harga RM800.00 siap pasang tapi tak de GPS dan Made in China. Dulu aku ada beli portable DVD/TV Made in China tapi cepat sangat rosak. Serik dah.

Jalan-jalan, last aku jumpa satu kat Sato Kajang. Offer!!!! + Free 2 GB SD Card + free installation Mapking. Harga tag RM1,880.00. Nego dapat RM1,500.00 termasuk TV antena dan upah pasang. Made in Taiwan dengan jaminan 1 tahun.


Passion 7" 2 Din & GPS Navigator

Sekarang aku boleh on navigator tanpa bergantung kepada handphone Nokia aku lagi. Satelite reception sungguh cepat. Bila on je HU terus dapat satellite signal.

Puas hati. Boleh tengok TV, DVD, Navigator dan touch screen. Sound Quality juga bagus sama macam OEM Toyota HU aku yang lama. Masa pasang HU ni aku bersembang dengan seorang brother yang pasang horn baru kat kereta kancil dia. Katanya "Orang pasang DVD sebelum balik raya, ko pasang selepas raya". Kihkihkih.... apa boleh buat bang.... time tu belum sampai seru. Haaa.... ini lah masalah aku. Bila aku dah sukakan sesuatu time tu jugak aku nak. Ina selalu cakap aku ni susah nak berkenan pada sesuatu benda tapi bila dah berkenan tengah malam pun aku sanggup cari. Tengok je lah sport rim kereta aku....masih pakai standard OEM 16 inci. belum sampai seru lagi lah tu....

Sebenarnya aku kesian kat anak-anak aku bila jalan jauh tak dapat tengok DVD….itulah sebabnya aku tukar HU aku.

Monday, September 28, 2009

Kembali Bertugas

Hari ini warga kota dah mula bertugas. Ada yang rasa malas sebab dah cuti lama ada pula yang rasa tak sabar nak bertugas dan berjumpa rakan sepejabat.

Aku keluar awal dari kebiasaannya. Jam 8.00 pagi aku dah keluar dari rumah. lepas hantar anak ke tadika aku terus ke pejabat di Mid Valley. Mula-mula jalan raya tak le sesak, masuk saja lebuhraya Taman Connaught terus jammed hampir tak bergerak. Isshhhh lebih teruk dari jammed di pekan Kuala Krai. Sepanjang jalan penuh sesak dengan kenderaan. Ingat nak sampai awal ke pejabat tapi jam 10.30 pagi baru aku sampai. Nasib baik aku boleh masuk tak guna punch card. Kalau tidak nayalahh…

Begitulah Kuala Lumpur, selepas tenang seketika hampir seminggu kini kota ini kembali sesak dengan kenderaan dan perbagai ragam. Kuala Lumpur akan kembali sedikit tenang menjelang tahun Baru Cina nanti.

Kepada warga kota….selamat kembali dan selamat bertugas. Kuala Lumpur akan beraya selama sebulan di bulan syawal.

Raya - Part 2

Hari raya ke-3 tengah hari kami bertolak ke Perak. Melalui jalan Rantau panjang – Jeli – Gerik – Kuala Kangsar – Malim Nawar. Perjalanan lancar walaupun banyak kenderaan. Tiba di rumah jam 8.00 malam. Lepas mandi terus ke open house rumah abang sulung aku tak jauh dari rumah pusaka keluarga.

Raya ke-4 kami ke Kuala Kangsar jalan-jalan makan laksa Kuala sambil cari barangan kraft. Ini kali kedua aku makan laksa Kuala original. Yang pertama dulu tak beberapa sedap. Yang ini betul-betul sedap . aku belasah sampai 2 mangkuk siap tapau lagi bawak balik. Yang sedap laksa Kuala ini ialah laksanya. Dibuat sendiri tak lembik atau kenyal. Putih tak terlalu putih atau berkilat. Lembut dan terasa berasnya.

Selain dari nak makan laksa kami nak cari tikar mengkuang untuk ganti tikar mengkuang yang dah rosak kat pangkin belakang rumah. Dulu kami beli di Sarikin Sarawak dengan harga RM18.00. Kat Kuala Kangsar dapat harga RM25.00. Ok la tu kira murah la jugak.

Tak banyak aktiviti raya di Perak tahun ini. Cuma tiap-tiap malam sampai malam akhir sebelum aku bertolak ke Kuala Lumpur dipenuhi dengan jamuan makan malam keluarga. Memang dah jadi kebiasaan sesekali jumpa adik-beradik kami akan berkumpul makan bersama.

Hari Jumaat malam, selepas makan malam nasi briani dan satay di rumah Yeop lebih kurang jam 10.30 malam kami bertolak ke Kuala Lumpur. Lancar, tak jem dan tak ada kemalangan. Sampai rumah tepat jam 12.30 pagi.

Habis sudah perjalanan raya Kuala Lumpur – Kelantan – Perak –Kuala Lumpur. Tahun depan insyaallah kami akan beraya di perak dahulu sebelum pulang ke Kelantan.

Saturday, September 26, 2009

Raya - Part 1

Raya tahun ini sama macam tahun-tahun yang lain. Tahun ini raya pertama di Kelantan. Hari Raya ke-3 baru balik ke Perak.

Perjalanan balik ke Kelantan hari tu seperti biasa memakan masa 9 jam. Kira cepat la tu. Kalau tidak mahu makan 12 jam. Itu pun aku ikut jalan alternative Gua Musang – Jeli – Rantau Panjang – Pengkalan Kubor. Saja aku tak nak tempuh tempat tempat jem paling menyiksakan di Kuala Krai – Machang – Kota Bahru. Aku pernah terkandas di Kuala Krai selama lebih kurang 4 jam beberapa tahun yang lepas.

Sebelum sampai rumah kami singgah di pekan Rantau Panjang. Sambil rehat membeli serba sedikit.

Bebas Cukai Rantau Panjang
Sehari sebelum raya adalah hari yang mencabar puasa. Panas dan letih. Jam baru pukul 3 petang. Aku capai kamera terus jalan-jalan di sungai tempat bot nelayan berlabuh. Hanya beberapa tapak jalan kaki dari rumah mak mertua aku.


Permandangan Biasa di Kampung Mertuaku

Ambil gambar serba sedikit terus aku start moto pergi cari tempat menarik di pekan Tumpat. Disebabkan rushing sikit sebab adik ipar aku nak pakai motor aku terlepas peluang untuk dapatkan shoot yang menarik.

Balik dah nak petang. Hari berbuka terakhir tulah paling nikmat sekiali aku rasa bila air mencecah ke tekak. Lega….habis sudah sebulan berpuasa.

Hari Raya pertama lepas sembahyang di Masjid, kami ambil gambar sekeluarga sebelum ziarah sekejap rumah mak saudara di sekitar kampong. Tengah hari pulak baker satay. Tapi sataynya berbau sikit. Tak sedap!!!!

Hari kedua pulak berkelah di pantai kat kampong. Eemmm…nampaknya dah banyak berubah kawasan pantai kampong dari mula mula aku kahwin 10 tahun yang lepas. Dah ramai yang mandi di situ. Ombak pula tak sekuat dulu. Dah boleh dikatakan pantai pelancongan. Kat depan kampong dah ada Maktab Rendah Sains Mara Tumpat. Membangung jugak kampong kedua aku.

Raya di Kelantan tahun ini aku dapat mengasah dan mempelajari teknik photography. Ada ramai model-model sukarela sehinggakan tengah malam pun aku shooting lagi. Kalau kat KL aku dah boring ambil gambar Ina. Anak-anak aku pulak memeng tak suka bergambar terutama bila aku suruh posing.

Ada masa nanti aku akan upload dalam akaun flickr aku. Alamatnya diberitahu kemudian selepas di upload.

Raya ke-3 kami balik Perak….bersambung…..ke Part 2

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya.

Minggu ini warga kota akan mula beramai-ramai meninggalkan ibu Negara untuk menyambut kedatangan Aidilfitri di kampong halaman bersama keluarga masing-masing.

Pada ketika ini jugalah keadaan kelam kabut di ibu Negara dengan shoping last minit sesetengah warganya. Ada yang bawak kereta macam pelesit. Ada yang terhegeh-hegeh, tercangak-cangak dan macam-macam lagi keadaan manusia. Ada yang baru dapat gaji awal seawal 10 haribulan haritu shoping sakan. Jangan lupa budget untuk bulan depan sudah. Kalau tidak orang beraya kita berpuasa lagi.

Aku pada malam ini ada lagi yang nak dibeli. Selipar anak. Dah 3 kali wife aku terlupa. Padahal kedai Bata depan offis dia je. Petang nanti lepas kerja mungkin berbuka di Chicken Rice Shop kat Tesco Kajang. Lepas itu nak beli kasut dan selipar kat kedai Bata.

Hari Jumaat aku dah start cuti selama seminggu. Rasanya aku akan bertolak ke Kelantan awal pagi hari Jumaat tu. Mungkin pukul 3 atau 4 pagi. Aku anggarkan tempoh tak lari dari 12 jam sama macam tahun-tahun yang lepas.

Dari apa yang aku dok perhatikan sekarang ni kalau kat ofis tak de cerita lain yang lebih sensasi selain cerita Raya. Mungkin jasad sahaja yang tertinggal di kota tapi fikiran dah lama sampai ke kampong halaman.


Selamat Hari Raya. Jangan lupa zakat fitrah. Maaf Zahir Batin.

Monday, September 14, 2009

Speedlite

Semalam masa last shoping Raya masa tunggu Ina pilih tudung aku masuk ke salah satu kedai kamera di Pertama Komplek. Kedai ini adalah kedai kemera yang paling kecil berbanding 2 kedai lain yang popular di Pertama Komplek. Aku tengok Nissin Di622 speedlite. Tag harga pada kotak RM699.00. Arrrggghhh gila. Kemudian untie tokeh tu tanya aku. Apa boleh tolong. Nissin Di622 jawab aku ringkas. Kemera apa pakai? Canon 450D kataku. Terus dia ambil tunjuk kat aku. Arrrr ini ngam. Berapa?? tanyaku. Untie tu kata kalau ini model RM550.00 boleh kasi.

Hahhh.... aku buat-buat terkejut. Mahalnya. Ini sudah luar budget la untie kataku. Berapa mau? Arr RM400.00 jawabku. Tak boleh dapatla rugi jual. Itu harga Di466 boleh dapat. Bayar cash ke credit card tanya untie to lagi. Kalau card credit mau tambah 3% service charge. Ok la takpe, Jawabku.

Bila aku nak blah je untie tu rayu aku. Agaknya nak bagi lepas juga kat aku. Ok-ok kira jadi la berapa reasonable price you boleh kata untie tu lagi. Ok RM430.00 jawab ku. Bargain punya bargain deal RM450.00 guna credit card tanpa charge 3%.

Ikalan dalam internet harga Nissin Di622 speedlite adalah sekitar RM450.00 ke RM500.00. Ada jugak yang kena sembelih dengan harga RM550.00.

Speedlite Nissin Di662 ni adalah alternative terbaik kepada Canon speedlite. Built quality pun bagus dan kemas. Kalau Canon speedlite harganya terlalu mahal berkisar pada harga RM1,200.00 ke RM1,800.00 mengikut kepada model.

Sekarang aku boleh shoot dengan creative lighting tanpa bergantung buit-in pop up flash.

Thursday, September 10, 2009

Songket Terengganu Asli



Sabtu minggu lepas semasa berbuka puasa di Terminal Seafood Bangsar bersama Ipar aku kami sempat singgah di Bangsar Shooping Centre. Bukan nak beli barang tapi saja nak habiskan masa sementara menunggu waktu berbuka.


Sementara jalan-jalan kat situ wife aku nampak ada gerai yang jual Songket Terengganu. Bedek punya bedek tertera harga yang begitu mengejutkan RM15,000.00 sehelai. Wah….boleh buat down payment kereta baru. Apa yang mahal sangat tu? Aku pun tak pasti. Guna emas kot.….tak mungkin nanti tak boleh bawa sembahyang raya. Yang pasti songket tu memang la cantik dengan hasil kerja yang begitu teliti cuma harganya kurang munasabah.


Kalau di Terengganu sendiri Songket Tenun Asli macam tu boleh dapat dalam RM1,000.00 ke RM1,500.00 sampai kat Bangsar jadi RM15,000.00.



Wow!!!!

Wednesday, September 9, 2009

Siapa Kenal Bendera Ini?

Posting aku yang sebelum ini tentang Jalur Gemilang. Kali ini bendera yang lain sikit. Siapa kenal bendera di atas? Rasanya ramai di antara kita lebih lagi generasi muda tak kenal bendera apa agaknya tu.

Ok. Kali ini aku nak imbau sedikit fakta sejarah supaya kita lebih ingat tentang siapa kita dan kita boleh ceritakan pada anak-anak kita asal usul Negara Malaysia.

Inilah bendera Negara kita sebelum adanya Galur Gemilang. Ketika itu Negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang hanya membabitkan 11 negeri bersekutu (semua 11 negeri dalam semenanjung). Digunakan pada tahun 1948 hingga tahun 1950.

Persekutuan Tanah Melayu terbentuk hasil dari bantahan kuat orang melayu melalui UMNO terhadap penubuhan Malayan Union pada 1 April 1964. Malayan Union akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan tanah Melayu pada 31/1/1948.

Bermula dari itu rakyat telah sedar akan kebangkitan suara kemerdekaan. Hasilnya Negara kita mendapat kemerdekaan dari British pada 31/8/1957.

Pada 16/9/1963 nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia dengan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura tidak lama berada didalam Malaysia. Pada 7/8/1965 Tuanku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah membenarkan Singapura membentuk negaranya sendiri keluar dari Malaysia kerana bimbang tindakan parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang menguasai Singapura sering mempertikaikan keistimewaan kaum Bumiputra yang pada pendapat beliau boleh mencetuskan kekacauan antara kaum.

Kini Malaysia dan Singapura dapat hidup aman dan damai dan saling menghormati. Yang pastinya rakyat kedua-dua Negara berasa selamat untuk mengunjungi Malaysia mahupun Singapura.

Thursday, September 3, 2009

Di Mana Jalur Gemilang



Mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Kemerdekaan Negara yang ke 52. Sambutan tahun ini tiada sinaran bunga api dan perarakan pagi seperti biasa.

Tahun ini juga aku perhatikan amat kurang daripada kita mengibarkan Jalur Gemilang. Kenapa?? Aku pun tak pasti dan masih mencari jawapannya. Kalau nak kata mahal…tak mungkin itu alasannya. Bendera kecil itu aku beli dengan harga RM2.00 di Shah Alam minggu lepas.

Seingat aku paling hebat kempen kibarkan Jalur Gemilang pada tahun 1999. Boleh kata setiap kenderaan mesti ada bendera kecil terpacak di cermin depan. Setelah 10 tahun berlalu keadaan makin suram. Sesuatu yang perlu diambil perhatian serius oleh kita semua.

Sepatutnya ia adalah hari yang paling bersejarah bagi tanah air kita dan disambut oleh semua golongan bangsa. Bukan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali yang disambut oleh kaum tertentu.

Mungkinkah kebanyakan dari golongan muda kini sudah tidak menghayati erti kemerdekaan Negara yang sebenar. Ada juga mungkinnya kerana kemerdekaan bagi mereka ialah kebebasan untuk melakukan apa saja….

Terima kasih ku kepada pejuang kemerdekaan Negara. Semoga Allah membalas segala jasa baikmu untuk tanah air tercinta.

Tuesday, August 25, 2009

Berjimat Untuk Berbuka

Tiap petang sebelum nak ke pasar ramadhan mesti pening kepala apa nak beli kat pasar ramadhan. Kuih, lauk pauk, nasi???? Boleh pening oooo….

Apa menu favourite korang?? Aku suka air Soya. Kuih tepung pelita. Kalau anak aku pulak suka air Fruit Punch dengan karipap kentang.

Yang bestnya ia senang dan mudah untuk mendapatkannya di mana-mana pasar ramadhan. Yang tak bestnya pulak budget untuk beli air dan kuih bertukar kepada ayam percik, murtabak, roti john dan macam-macam lagi.

Akhirnya tak dimakan dan pembaziran berlaku. Bulan puasa sebaiknya kita berjimat tetapi membazir lebih dari bulan-bulan yang lain.

Tapi dah jadi trend pulak di kota-kota besar macam KL ni berbuka di restaurant mewah atau di hotel. Dengan harga RM50 - RM100 seorang minum air makan nasi dengan seafood atau western dah kenyang. Makan sedikit dessert . Berbaloi ke??

Walaupun kita dapat rasakan ianya tidak berbaloi tapi masih nak pergi betul tak? Ramadhan sebulan dalam setahun.

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdullilah, berjumpa lagi kita dengan Bulan Ramadhan. Hari ini dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Yang pasti bulan ini adalah bulan yang penuh dengan kerahmatan, limpahan rezeki, pengampunan. Ditutupkan pintu neraka dan dibuka pintu syurga seluas-luasnya. Maka pada bulan ini syaitan dan iblis dirantai dan dipenjarakan.
Jika ada yang tak nak berpuasa itu dia hanya kalah dengan nafsu sendiri....bukannya godaan syaitan.

Bulan puasa ini juga anak lelaki aku berusia 6 tahun mula berpuasa. Percubaan hari pertama yang aku anggap mampu bertahan sehingga zohor ternyata salah. Dia dapat menahan lapar dan dahaga sehingga ke maghrib. Begitu juga pada hari ke-2. Hari ini harap-harap dia dapat puasa penuh lagi.

Monday, August 17, 2009

Dry Cabinet Wajib Beli Ke Tidak??

DIY dry box tak mampu bertahan. Letak thirsty hippo sekejap je penuh air. Letak silica gel lagi, satu hari dah nak jadi jelly.

Tak de cara lain melainkan beli satu proper dry cabinet. Selesai segala masalah kelembapan. Kos thirsty hippo satu kotak RM6.00 boleh pakai ½ bulan. 2 kotak satu bulan dah RM12.00

Dalam tempoh 16 bulan duit beli thirsty hippo boleh beli Mini Aipo berharga RM200.00. Dah la tu kena selalu check dan bersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau tidak kulat akan menjelma macam ini.

Kalau dan menjelma kulat seperi itu, kos untuk mencuci lensa adalah sekitar RM200.00 sebuah bergantung kepada jenis lensa. Kalau aku yang dah ada 3 lensa mau kena RM600.00. Itu belum campur cuci body dslr. Boleh pengsan aku nanti.

Seperti biasa sebelum beli sesuatu barangan aku akan buat analisa sebaik mungkin. Aipo Mini berkapasiti 20L berfungsi dengan anolog system. Ini bermakna kita memerhatikan %RH yang sesuai. Selepas mendapatkan %RH yang sesuai kita perlu mematikan suis eletrik. Jika tidak dry cabinet ini akan terus menyerap kelembapan dan keadaan didalam cabinet boleh menjadi terlalu kering yang boleh merosakkan getah dalam kamera dan lensa.

Berbanding dengan Aipo 38EX berkapasiti 38L, dry cabinet ini berfungsi secara digital. Ini bermakna kita boleh menetapkan %RH dan ia akan kekal mengikut %RH yang disetkan. Sistem ini berfungsi dengan cara automatic. Sistem pengering akan berfungsi jika %RH naik atau turun bagi mengekalkan %RH yang disetkan. Aku boleh katakana ia sama seperti aircond compressor berfungsi.

Ni dia dry cabinet baru aku….

Dengan jaminan 5 tahun adalah berbaloi untuk aku laburkan dengan harga RM380.00 untuk menjaga peralatan dslr aku yang kini dah mencecah lebih RM4,000.00

Wajib ke dry cabinet ni. Wife aku kata aku ni over dalam membeli peralatan dslr aku. Bagi aku bukan saja-saja nak habiskan duit tetapi sebagai pelaburan jangka panjang. Kalau korang dah ada peralatan dslr sendiri tentu korang sayang sangat dengannya, jadi peralatan dry cabinet wajib dimasukkan dalam wishlist jika tidak mahu habiskan duit hantar cuci lensa kat kedai.

Friday, August 14, 2009

Menjelang Ramadhan

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat. Masa ini lah ramai yang diantara kita sibuk sepanjang masa dengan ibadahnya. Tak ketinggalan juga ada juga yang sibuk dengan persiapan Syawal walaupun puasa pada 1 Ramadhan belum habis lagi. Yang berniaga juga sibuk dengan perniagaannya.

Tahun ini aku kelolakan Pasar Ramadhan dan Bazaar Ramadhan di Prima Saujana. Usahasama dengan Persatuan Penduduk Taman Seri Jenaris dan Dewan Perniagaan Melayu Bersatu. Sambutannya amat menggalakkan terutama bagi Pasar Ramadhan. Rancangan awal kami Cuma peruntukkan 120 tapak, tetapi sehingga kini dah melebihi 130 petak. Itupun ada lagi yang telefon aku minta tapak.

Untuk bazaar pulak dah ada lebih kurang 35 petak ditempah. Kira berjaya jugakkah dari tahun lepas yang cuma ada 9 petak. Misi kami nak jadikan Prima Saujana ini menjadi pusat sehenti untuk shooping raya di daerah Kajang ini pada tahun 2010.

Bulan Ramadhan juga bulan yang penuh dengan rezeki. Maka janganlah dijadikan alasan untuk malas berkerja dibulan Ramadhan nanti.

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak.

Thursday, August 6, 2009

DIY Dry Box

Hobi fotografi ini tak dinafikan merupakan hobi yang agak mahal dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Seseorang yang belum menceburkan diri mungkin hanya terfikir beli satu DSLR dan kit lens dah cukup untuk hobi ini.

Bila dah berada di dalamnya akan terfikir nak tambah koleksi lensa. Prime lens, telezoom lens, wide angle lens dan macam-macam lens lagilah. Travelling bag pad lagi bagi yang selalu mengembara perlu juga. Bila dah ada semua ni terfikir pulak macam mana nak simpan segala lensa dalam keadaan selamat. Maksudnya selamat dari serangan kulat/fungus. Bagi keadaan seperti di Negara kita yang beriklim lembab penyelesaiannya adalah dengan menyimpannya didalam kotak kering atau dry box. Harga dry box dipasaran paling murah dalam lingkungan RM250.00.

Memandangkan aku dah ada 3 lensa aku perlu simpannya di dalam dry box. Nak beli???? Tak perlu lagilah rasaanya. Apa aku buat adalah buat sendiri dry box.

Mula-mula aku beli bekas plastik mengikut kesesuaian saiz. Aku pilih bekas plastic yang tak kedap walaupun ramai yang pakai jenis kedap udara. Kenapa aku pilih yang bukan kedap udara? Aku bagi tahu nanti. Lepas tu aku beli sponge, foam board dan thirsty hyppo.

Bila sampai rumah aku potong sponge tu mengikut saiz bekas plastik. Sponge ini aku jadikan lapik supaya dapat menyerap hentakan. Lepas tu potong foam board untuk buat partition. Bila dah siap semua aku simpan semua peralatan DSLR aku kat dalam tu. Untuk mengemaskannyalagi aku guna sponge kecil sebagai padding.

Nak cuba tengok DIY dry box aku. Cantik tak??? Cuma aku belum jumpa thermo hygrometer untuk menyukat suhu dan kelembapan dry box aku ni.

Untuk memastikan keadaan didalam bekas plastik itu kering dari lembapan yang boleh mengakibatkan pembiakan kulat/fungus aku letakkan thirsty hippo didalamnya. Disebabkan thirsty hyppo ini agak kuat menyerap lembapan maka itulah sebabnya aku pilih bekas plastik yang kurang kedap udara. Tak faham lagi??? Ok…..kamera dan lensa mempunyai elemen getah dan plastik di dalamnya. Jika keadaan udara terlalu kering maka elemen getah dan plastik ini akan menjadi keras dan seterusnya rosak. Kelembapan yang sesuai untuk peralatan kamera adalah sekitar 45% hingga 50% RH. Maka sedikit pengaliran udara perlu untuk kestabilan. Ramai yang tidak faham keadaan ini maka mereka memilih bekas yang kedap udara ditambah pula dengan thirsty hyppo. Kamera tidak memerlukan keadaan dibawah 45% RH. Jika masih nak gunakan bekas yang kedap udara kita perlu lebih kerap membukanya bagi membolehkan sedikit kelembapan masuk. Dry box dipasaranpun sebenarnya berfungsi mengekalkan kelembapan mengikut tahap kelembapan yang kita tentukan contohnya 45%RH. Jika keadaan didalam terlalu kering maka mekanisma dry box akan meningkatkan kelembapan mengikut apa yang telah kita tentukan.

Sebenarnya bry box ini masih belum siap sepenuhnya. Ada satu alatan yang belum aku dapat. Thermo-Hygrometer. Alat yang mengukur suhu dan kelembapan dry box aku. Setakat ini kos aku buat dry box ini hanya RM32.00.

Monday, August 3, 2009

Prime Lens EF-50mm II



Nak beli 2nd hand ke atau brand new? Lama jugak aku berfikir tentang prime lens EF50MMII ni. Survey kat internet ada yang nak jual 2nd hand dalam range harga RM250.00 – RM300.00 mengikut usia dan keadaan. Kalau beli baru kat kedai harganya paling murah RM320.00 – RM350.00 bersama Canon Malaysia Local Warranty. Tapi tak masuk UV Filter lagi.

Eemmm kalau aku ambil 2nd hand dah tentu murah tapi tak de warranty atau kalau ada pun mungkin tinggal beberapa bulan sahaja. Kalau aku beli baru dah tentu aku boleh register warranty online dan enjoy Canon promotion 1+2 years warranty. Fikir punya fikir sebaik keluar dari office nak pergi site aku terus lajakkan kereta aku ke Pudu Plaza. Digital Mania jual EF50MMII dengan harga RM320.00 free HMC UV Filter.

Oklah….aku sambar jelah. Dah malas lagi nak fikir. Ambil brand new dan enjoy 3 tahun warranty. Aku rasa dah buat keputusan yang terbaik untuk jangka masa panjang. Macam mana agaknya performance lens ni. Nanti balik aku try.

Hahaha….kini aku dah ada set lens yang lengkap dari standard kit lens 18-55mm, telezoom lens 55-250mm dan prime lens 50mm.

Alhamdullillah.

Sunday, August 2, 2009

KL Lumpuh Sebab ISA?

Semalam berlaku rusuhan di Kuala Lumpur. Mereka membantah dan mendesak kerajaan memansuhkan ISA. Dilapurkan aktiviti perniagaan di Jalan TAR lumpuh. Banyak kedai ditutup. Jalan sesak diserata KL. Nak masuk KL dan nak melalui KL semuanya terperangkap.

Ramai yang merasai kesannya. Walaupun aku tidak ke KL semalam tetapi aku ada temujanji dengan kontrator ubah suai nak datang ke rumah aku. Janjinya pukul 11 pagi. Jam 12.30 tengah hari dia masih tak sampai. Dia call dan bagitahu jalan sesak tak boleh nak masuk KL. Terpaksalah tunda hari lain. Bukankah ini semua menyusahkan.

Kenapa takut dengan ISA? Apakah ISA menyekat kekebasan yang kita kecapi sejak sekian lama? Fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk. Jangan bertindak tanpa berfikir. Allah jadikan manusia dengan anugerah akal yang tiada tolok bandingnya dengan makhluk lain. Ini semua adalah mainan politik.

Undang-undang bukan untuk menghukum tetapi untuk mendidik kita menjadi masyarakat yang berdisiplin.

Sunday, July 26, 2009

Senja Di Putrajaya

Petang semalam aku agak free. Cadang nak balik Perak sekejap tengok pokok sawit yang dah lama tak aku lawati tu. Tapi tak jadi tunda minggu lain. So aku capai kemera aku dan bawak anak-anak ke Putrajaya. Walaupun aku tinggal tak jauh dari Putrajaya, tapi jarang sekali kami ke sini. Rupa-rupanya banyak tempat yang menarik untuk dilawati dan permandangan yang antik di sini.

Sebagai rakyat Negara ini aku bangga dengan pembangunan Putrajaya. Aku melihat bagaimana Purtajaya sebelum dibangunkan. Ianya hanyalah ladang kelapa sawit dan getah. Semasa dibangunkan jalan yang ada sekarang ini untuk ke Dengkil hanyalah laluan jalan raya kecil dikelilingi pokok sawit dan getah. Ok lah aku tak nak cerita lanjut tentang cerita lama Ladang Perang Besar.

Sekarang Putrajaya bukan sahaja menjadi pusat pentadbiran Negara malah telah menjadi salah satu pusat pelancongan. Hari tu anak lelaki aku bising nak naik Lake Cruise mengelilingi tasik. Biasa la kan budak-budak tu pantang nampak bot atas air.


Aku abadikan sedikit gambar yang diambil ketika matahari nak terbenam. Cantik wooo, siapa yang belum pernah datang Purtajaya???








Ada banyak lagi tempat dan gambar yang menarik di sekitar Putrajaya. Nanti aku postkan dalam update akan datang.



Friday, July 24, 2009

Cabaran Pengguna Baru DSLR

Kali ini aku nak cerita tentang cabaran untuk mengambil gambar-gambar yang menarik. Apabila seseorang telah melabur RM3,000.00 atau RM4,000.00 ke dalam hobi fotografi dengan membeli peralatan kelengkapan DSLR, lensa dan pelbagai aksesori lainnya tentunya mengharapkan pulangan hasil yang baik. Maksud aku bukan dari segi hasil $$$$$$ kerana pendapatan $$$$$ lebih menjurus kepada professional photographer. Hasil yang dimaksudkan adalah mutu gambar yang baik dari segala segi. Ada nilai kepuasan terhadap gambar yang diambil. Bukan setakan gambar yang tajam sahaja tetapi apa message yang nak disampaikan.

Ramai yang dah aku perhatikah dalam forum photography, sesiapa sahaja yang baru memiliki DSLR tentunya berasa gian nak menagkap gambar. Apa sahaja yang dia fikir nak tangkap dia tangkap sehinggakan gambar tanda harga, biskut, kertas mahupun pokok bunga yang dah nak mati kat halaman rumah pun jadi.

Memanglah objek-objek ini boleh jadi menarik jika ada krativiti. Jika tidak hasilnya akan sama saja dengan guna kamera kompak digital. Flat tanpa message. Untuk mendapatkan gambar yang menarik komposisi sesuatu objek amat penting. Tapi sebenarnya seperti yang dikatakan tadi komposisi yang baik akan menghasilkan sudut pandangan yang berbeza. Inilah dia kretiviti seorang photographer. Sebelum ini semasa menggunakan kemera kompak aku cuma tahu berdiri, tala dan tangkap.

Kebanyakkan pengguna baru DSLR akan ada perasaan belenggu untuk menangkap gambar-gambar bermutu kerana terhad disekitar kawasan rumah sahaja. Keberanian dan keyakinan perlu ada untuk melangkah keluar dari kawasan rumah. Tak percaya? Cuba beli dahulu baru korang tau cabarannya.

Bagi orang yang baru, berjalan seorang sambil membawa DSLR akan berasa agak janggal. Kadang-kadang teragak-agak juga untuk shoot gambar orang disekeliling terutama bila buat street photography. Cara yang terbaik adalah join mana-mana kelab fotografi dan buat outing berkumpulan. Pasti rasa kekok akan bertukar menjadi berkeyakinan atau setidak-tidaknya bawa rakan bersama anda.

Eemmmm…..kalau dapat yang cun dan seksi lagi best….boleh jadi model sementara. Siapa nak jadi model aku? Hehehehe

Wednesday, July 22, 2009

Depth of Feild

Aku bukanlah pro tentang fotografi tetapi tahu sedikit sebanyak tentangnya melalui pembacaan dan berexperiment dengan 450D aku.

Dalam fotografi teknik asas yang perlu diketahui adalah Depth of Field atau singkatannya DOF. Apa ke bendanya DOF tu? Mula-mula aku bermain dengan DSLR ni aku pun terpingga-pinga juga.

DOF, atau Depth of Field, secara mudahnya adalah kawasan/jarak yang boleh sesuatu lensa merakam gambar dengan jelas atau focus. Secara teorinya sesuatu lensa hanya boleh memfokus di dalam sesuatu jarak tertentu, dan pada titik fokus tertentu gambar akan kelihatan paling tajam (focus area). Jika kita gerakkan langkah atau zoom dari titik ini maka gambar akan mulai kabur. Sungguh pun demikian kemampuan mata kita terbatas, perubahan ketajaman yang sedikit demi sedikit ini belum tentu dapat dicam oleh pandangan mata biasa. Jesteru kawasan yang boleh dikagegorikan sebagai gambar yang jelas bagi pandangan mata masih disebut Depth of Field.

DOF boleh menjadi besar atau kecil bergantung kepada kesesuaian gambar yang hendak diambil. Bagi gambar seperti landskap ia memerlukan DOF yang besar manakala portrait memerlukan DOF yang kecil. Kenapa pula? Senang saja untuk landskap sudah tentu kita nak lihat keseluruhan permandangan dengan jelas manakala untuk portrait sudah tentu pula kita nak nampakkan subjek kita lebih menyerlah dari gambar latar.

Bagaimana nak tentukan DOF?
Depth of field bergantung pada tiga faktor: jarak objek, panjang lensa, dan besar kecil bukaan lensa (aperture). Jadi kalau jaraknya sama, dan lensa yang dipakai sama contohnya 50mm, maka untuk mengubah depth of field kita perlu memilih besar-kecil saiz aperture.

Apa pulak Apreture tu?
Apreture adalah istilah saiz bukaan lensa. Ia dikenali juga dengan f-number atau f-stop. Angka f-number contohnya seperti f/1.8, f/4, f5.6, f/16 atau f/22. f-number ini bergantung kepada keupayaan lensa itu sendiri. Ini dia yang dimaksud dengan besar kecil aperture. Semakin besar angka f-number semakin kecil bukaan lensa begitu juga sebaliknya.

Ok sekarang secara teorinya telah jelas bahawa:-
- semakin besar f-number = banyak subjek yang jelas dalam gambar
- semakin kecil f-number = hanya bahagian tertentu sahaja yang jelas

Contoh gambar yang menunjukkan DOF. Gambar atas f-number besar manakala gambar bawah f-number kecil.

Kesimpulanya : Semakin besar f-number, semakin banyak area yang tajam, semakin kecil f-number, semakin sedikit area yang tajam.

Tahu kenapa prime lens macam EF 50mm f1.4 atau EF 50mm f1.8 baik untuk ambil gambar portrait? Sebabnya prime lens jenis ini mampu memberi bukaan aperture yang lebih besar 1:1.4 atau 1:1.8. Selain dari itu ia bagus digunakan untuk indoor kerana mampu membenarkan lebih banyak cahaya masuk.

Hahahhahaha aku nak satu. Buat permulaan ini aku nak ambil EF 50mm f1.8.

Saturday, July 18, 2009

Awas Siri Pengeboman

Semalam, Hotel JW Mariott dan Ritz Carlton Jakarta dibom. Siri pengeboman dirantau ini senyap seketika selepas kejadian di Bali 2005.





Ritz Carlton & JW Mariott selepas dibom


Rangkaian hotel JW Mariott dan Ritz Carlton palaing kerap menerima ancaman pengeboman diseruruh dunia. JW Mariott Jakarta telah dibom sebanyak 2 kali, yang pertama pada tahun 2003 melalui pengebom berani mati yang memandu kereta didepan JW Mariott. Semalam pula dikatakan berlaku dari dalam bangunan hotel ketika kebanyakan pengunjung sedang bersarapan.

Persoalannya apakah mereka puas dengan meletopkan bengunan hotel milik AS atau apa-apa kepentingan AS dinegara asing. Siapakan pekerja yang berkerja di hotel-hotel seperti ini atau restoran KFC dan McD yang juga milik AS? Siapa pulak yang menginap dihotel-hotel ini? Adakah semuanya warga AS? Tentu tidak. Pekerjanya tentulah dari rakyat tempatan. Warganegara Indonesia sendiri!!!! Begitu jugalah dengan JW Mariott dan Ritz Carlton di KL, ada jugak saudara mara kita yang berkerja disana.

Siapa punya angkara? Pengeboman sebegini seolah pengecut dan bacul. Akhbar Indonesia menjangkakan ia angkara kumpulan JI. Tak kiralah samaada datang dari kumpulan JI atau lain-lain kumpulan, jika benar-benar berani berjuanglah menentang Israel di Palestin. Berjuanglah secara terang-terangan membela Islam disana. Aku terbaca dalam akhbar mengatakan objektif JI adalah ingin menubuhkan Negara Islam sepenuhnya di rantau Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Hhmmmm….Malaysia, Indonesia dan Brunei tak cukup Islam ke? Pernahkah kerajaan Malaysia, Indonesia ataupun Brunei menyekat umat Islam bersembahyang 5 watku, berpuasa dibulan ramadhan, menunaikan zakat dan menghalang rakyatnya ke Mekah?

Kalau kita mengecam Israel membunuh orang awam Palestin maka pasti siri pengeboman ini adalah sesuatu yang kejam dan sama kejamnya dengan Israel. Ramai juga orang Islam yang terkorban!

Monday, July 13, 2009

Makan Durian Free


Ahad lepas company aku buat makan buah-buahan tempatan percuma sempena launcing bunglow 1 bulan yang lepas. Ada manggis, rambutan dan durian. Sampai je aku kat sana lebih kurang 11.30 pagi aku lihat tak beberapa ramai orang yang datang walaupun aku diberitahu oleh rakan sekerja bahagian sales and marketing undangan secara SMS telah dihantar kepada semua buyer untuk fasa tersebut terutama sekali buyer untuk bunglow.

Bila tengok lori 1 tan penuh dengan buah durian, terus aku rasa muak nak makan. Mungkin terlalu banyak kot jadi terus tak lalu nak makan. Lepas makan sikit buah durian dan rambutan aku sembang kosong dengan beberapa tetamu kat situ.

Asalnya company aku order dengan FAMA untuk durian klon tetapi pihak FAMA tak dapat bekalan jadi company aku terpaksa ambil dari pihak lain. Tak ada durian klon D24, D22 dan IOI hari tu. Yang ada durian kampong. Tapi isinya oklah jugak.

Selepas ambil gambar serba sedikit aku ambil 2 biji durian dan sedikit rambutan bawak balik.



Tak tahula ramai atau tidak yang hadir selepas tu. Bagi aku rasanya misi yang tak mencapai objektif. Orang ramai dah tak larat makan durian dan buah-buah tempatan. Dah jemu dah.....nak cari buah anggur dan strawberi pulak kot??