Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Makan Durian Free


Ahad lepas company aku buat makan buah-buahan tempatan percuma sempena launcing bunglow 1 bulan yang lepas. Ada manggis, rambutan dan durian. Sampai je aku kat sana lebih kurang 11.30 pagi aku lihat tak beberapa ramai orang yang datang walaupun aku diberitahu oleh rakan sekerja bahagian sales and marketing undangan secara SMS telah dihantar kepada semua buyer untuk fasa tersebut terutama sekali buyer untuk bunglow.

Bila tengok lori 1 tan penuh dengan buah durian, terus aku rasa muak nak makan. Mungkin terlalu banyak kot jadi terus tak lalu nak makan. Lepas makan sikit buah durian dan rambutan aku sembang kosong dengan beberapa tetamu kat situ.

Asalnya company aku order dengan FAMA untuk durian klon tetapi pihak FAMA tak dapat bekalan jadi company aku terpaksa ambil dari pihak lain. Tak ada durian klon D24, D22 dan IOI hari tu. Yang ada durian kampong. Tapi isinya oklah jugak.

Selepas ambil gambar serba sedikit aku ambil 2 biji durian dan sedikit rambutan bawak balik.



Tak tahula ramai atau tidak yang hadir selepas tu. Bagi aku rasanya misi yang tak mencapai objektif. Orang ramai dah tak larat makan durian dan buah-buah tempatan. Dah jemu dah.....nak cari buah anggur dan strawberi pulak kot??

Tuesday, June 30, 2009

Musim Makan Durian

Disebalik musim penyakit selsema babi ada pulak musim buah-buahan tempatan. Kat KL ni mana-mana saja tepi jalan, pasar malam, pasar tani ada saja orang jual durian.

Siapa yang tak minat durian??? Ada……..yang terdekat sekali ialah Mem aku. Dia ni tak suka durian atau apa-apa sahaja makanan berkaitan dari durian macam tempoyak. Bau durian pun tak boleh. Kalau makan mesti muntah. Yang aku pelik budu tu boleh pulak dia makan. Siap hirup lagi. Issshhhh teruknya. Nak kira tempoyak dan budu tu adik beradik tiri je.

Aku?? Mestila minat. Gulai tempoyak dan sambal tempoyak lagi la aku minat. Fuuhhh meleleh air liur. Cuma kalau aku nak makan gulai tempoyak terpaksalah aku masak sendiri. Itulah yang tak bestnya.

Anak-anak aku??? Diaorang makan sama macam aku. Budu?? Haaaa yang itu diaorang tak makan..sama jugak macam aku. Hehheheh.

Pagi tadi aku attend meeting kat office aku dengan pegawai FAMA Selangor. Syarikat aku nak buat pesta makan durian sempena pelancaran dan jualan rumah baru di Kajang. Korang pernah rasa durian Musang King. Harga di dusun RM12.00 sekilo. Kalau kat luar mau RM18.00 ke RM20.00 sekilo.

Haa….time tu aku nak belasah makan durian dan buah-buah tempatan yang lain. Cuaca hujan sekarang ni tak pe kalau makan lebih sikit…jangan musim panas jawabnya boleh demam dan batuk. Silap-silap orang kata kena selsema babi pulak.

Emmmm rasanya petang nanti sebelum balik nak singgah beli durian.