Showing posts with label Motor. Show all posts
Showing posts with label Motor. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Lesen B Full

Alhamdulillah.....

26 Mar 2012 lepas aku dah lulus ujian JPJ untuk upgrade lesen ke B Full. Satu langkah kehadapan untuk mencapai impian memiliki Superbike....

Belajar dan ambil ujian di Surefine Hulu Langat. Harganya amat berpatutan dan kelas belajar praktikal mengikut kesesuaian masa pelajar....ehhh macam promote lak...hahhah.

Surefine Hulu Langat

Gambar Sekadar Hiasan....Ini bukan gambar aku....

Aku tiba kat sana seawal jam 8.30 pagi walaupun sesi ujian aku jam 10.30 pagi. Bukan apa datang awal ni tidak lah tergesa-gesa. Nanti tambah gabra pulak... Lagi satu dapat juga aku recap bila tengok calon lain masa buat ujian.

Pada pendapat aku ambil B Full ni tak lah sesusah mana kiranya dah dah ada lesen B2. Bezanya cuma motor B Full guna clutch dan masa ujian Bahagian 3 kena lalui jalan tak rata. Yang lain semua sama je dengan B2. Walaubagaimana pun aku sebenarnya dah biasa bawak motor clutch. Dulu memang dah biasa bawak Virago dan ZX2R. Jadi aku agak konfiden masa unian hari tu. Cuma aku rasa gentar sikit masa melalui titi dalam masa minima 7 saat. Tahun 1992 masa aku ambil B2 mana ada kena buat titi. Masa tu hanya pusingan 8, halangan, brek kecemasan dan jalan raya. Lepas habis ujian aku tengok masa aku lalui titi dapat 10.5 saat...wowww....lama gak tu....hahhaha...

So sekarang pasal lesen dah settle...insyaallah dengan izin dan rezeki dariNya misi seterusnya CBR1000RR.




Monday, December 12, 2011

Ada Yang Minat Superbike?

Sejak pergi ke MotoGP Sepang haritu, perasaan untuk memiliki sebiji jentera superbike samaada 600 atau 1000 semakin meluap. Target cuba diletak pada tahun 2012…sebelum MotoGP Sepang 2012.

Boleh ke??? Pepatah melayu kata “Kalau nak seribu daya”. Haha..insyaAllah. maknanya kalau aku betul-betul nak aku kena berjimat sedikit mulai sekarang.

Moto mana pilihan korang?

600cc…pilihan yang ada R6, CBR600, ZX6R atau GSX6R. Kalau ikut design aku lebih minat R6…tapi harga baru dalam RM68K. Untuk terpakai model-model 600cc sekitar tahun 2000 ni kurang menarik dari segi rekabentuk. Ini mengikut citarasa aku. Citarasa korang aku tak pasti.

1000cc….pilihan yang ada cukup banyak dari baru dan terpakai. Kalau terpakai harga dalam lingkungan 600cc baru. CBR1000RR, ZX10R, R1, GSX1000RR..

Dalam pengamatan rekabentuk dan harga yang aku buat, aku rasa CBR1000RR tahun 2004-2006 dan ZX10R 2008 agak boleh diterima dalam lingkungan harga RM60K – RM65K.

Tapi aku rasa CBR1000RR tahun 2004-2006 lebih mantap. Reka bentuk model CBR1000RR Rabbit terbaru agak sedikit kurang menyengat. Banyak lengkungan yang pada pendapat aku kurang menyerlah dan mengganas. Kepala dan ekor macam tidak balance.

Kenapa CBR1000RR ini best???? Jom tengok video kat bawah ni.

AMARAN : VIDEO INI ADA UNSUR 18SX



Hahahha…korang dah tau kenapa motor ini best? Hahhahha… Sebenarnya CBR1000RR ini diambil DNAnya dari model RC211V model Honda dalam MotoGP. Itu pasal lah besttttt….



Doakan agar misi aku berjaya memilikinya…insyaAllah!

Tuesday, November 15, 2011

Perlukah Oil Treatment??


Mungkin ada diantara kita yang sering mendapatkan oil treatment sebagai tambahan kepada minyak pelincir sedia ada.

Persoalannya perlukah berbuat demikian??

Kalau diperhatikan baik-baik pembuat minyak pelincir ternama seperti Petronas, Shell dan Mobil telah menghabiskan jutaan ringgit untuk R&D minyak pelincir mereka. Pelaburan yang dibuat dalam sukan F1 bukanlah mudah dengan modal yang kecil. Ia mengamil masa yang lama untuk memastikan produk yang dikeluarkan benar-benar teruji untuk jangka hayat kenderaan korang.

Tanpa kita sedar oil treatment yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak terkenal mendakwa produk mereka boleh membaik pulih (treatment) terhadap minyak pelincir syarikat-syarikat gergasi ini. Dimana punca R&D mereka pun kita tidak tahu. Ada sesetengah mendakwa oil treatment mereka diuji oleh NASA dengan jentera penggangkut di tapak pelancaran. Sejauh mana kebenarannya masih boleh dipersoal.

Jadi, perlukah oil treatment untuk kenderaan korang??? Sekiranya oil treatment ini perlu apa tujuannya?


Kebiasaannya oil treatment digunakan untuk memekatkan minyak sediaada untuk kegunaan enjin yang sudah lusuh atau enjin tua. Sudah semestinya enjin yang lusuh dan tua telah mempunyai celahan yang besar diantara piston dan bore enjin. Maka oil treatment digunakan untuk memekatkan kelikatan minyak sediaada sekaligus menutup ruang celahan piston dan bore enjin.


Dalam ertikata lain oil treatment bahan additif untuk merawat minyak enjin tetapi bahan additive untuk memekatkan kelikatan minyak sediaada.

Pemilihan kelikatan minyak amat penting dalam pemilihan minyak enjin. Ia juga bergantuk kepada usia enjin kenderaan tersebut. Bagi enjin baru disyorkan untuk menggunakan kelikatan yang lebih rendah (fully syntactic) manakala enjin lama perlu kepada kelikatan yang lebih tinggi. Memadai dengan mineral oil sahaja.

Jesteru, bagi aku oil treatment ini tidaklah perlu sama sekali. Sebaliknya pilih minyak enjin yang sesuai dengan usia enjin korang dan servis enjin korang mengikut tahap yang disyorkan oleh pembuat minyak enjin. Fully Syntactic 10,000 km, Semi Syntactic 7,000 km dan Mineral 5,000 km.

Jangan terpedaya dengan iklan di kaca TV. Buat research untuk tambah pengetahuan.

Tuesday, November 1, 2011

No Plat G1M


Pernah korang lihat no plat kenderaan G1M?

Aku pernah lihat sekali dekat sekitar taman perumahan aku. Kalau tak silap kereta Audi plat G1M####

Plat G1M ini bermaksud Gagasan 1 Malaysia. Syarikat yang dilantik untuk menguruskan penjualan no kenderaan ini adalah Syarikat Tai Wai TW International Group di Seri Petaling.

Harga untuk plat G1M adalah RM1 Juta manakala G1M adalah RM300 Ribu!!

WOW…kalau plat sahaja RM1juta berapa pula harga keretanya???

Harga paling murah adalah RM1,500.00

Hasil dari jualan no plat ini akan digunakan untuk projek "7 Summit Expedition”

Laman web G1M ada di http://www.g1m.com.my/

Thursday, October 27, 2011

Panduan Memilih Tayar


1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika terlalu besar dengan keupayaan kereta, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

2. Jika sudah memilih saiz tayar yang bersesuaian, perhatikan pula bahagian tepi tayar. Jika diperhatikan betul-betul, terdapat rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun). Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilang. Justeru, pastikan anda menyemak tarikh tayar dikilang.

3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50R16 91W membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. 91 bermaksud beban yang mampu ditanggung manakala W pula adalah kelajuan maksimum yang boleh ditanggung oleh tayar tersebut.

4. Penting juga dalam pemilihan bunga tayar. Bunga berbentuk V amat baik dalam kendalian jalan basah. Bunga jalur pula sesuai untuk jalan kering. Pilih corak bunga yang kecil berbanding besar kerana ini boleh menghasilkan bunyi yang lebih senyap.

5. Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (sesuai untuk empat tayar bersaiz sama).

6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.


Semak saiz tayar yang bersesuaian dengan kenderaan anda kat LINK ini.


Tuesday, October 25, 2011

MotoGP 2011 : Tribute To Marco Simoncelli

Kepada peminat sukan MotoGP tak kira dimana anda berada yang nak sampaikan tribute kepada keluarga Marco Simoncelli boleh berbuat demikian melalui laman web MotoGP. Klik LINK ini


Tribute Dari Dato’ Mokhzani Mahathir selaku Pengerusi SIC:


"On behalf of Sepang International Circuit (SIC), I wish to extend our deepest sympathies and condolences to Marco Simoncelli’s family members, teammates, fellow riders and the whole MotoGP family. We share the painand shock of the tragic and heartbreaking loss of Marco Simoncelli on 23 October 2011"

Ucapan lanjut boleh dibaca di laman web SIC. Klik LINK ini.


RIP Marco Simoncelli. Lost a rising MotoGP star....

MotoGP 2011 : Gambar Sekitar Hari Perlumbaan

Kat bawah ni gambar-gambar yang sempat aku ambil hari Ahad lepas sebelum keputusan penganjur membatalkan perlumbaan MotoGP.





GAMBAR ATAS : Minit-minit terakhir sebelum Marco Simoncelli terbabit kemalangan yang meragut nyawanya

















Sunday, October 23, 2011

MotoGP 2011 : Marco Simoncelli Maut Di Litar Sepang






Itulah nasib yang menimpa penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini kelahiran Itali ini. Aku tidak sempat menyaksikan secara lansung kerana berada di kerusi menghadap grid permulaan.

Beliau terlibat dalam kemalangan dengan Colin Edwards dan Valentino Rossi petang tadi. Motosikal No 58 Simoncelli terbabas masuk ke laluan dalam selekoh. Sebaik kemalangan Simoncelli terbaring di atas trek dengan topi keledarnya tercabut dan terpelanting. Dia dibawa oleh ambulans ke pusat perubatan litar Sepang, tetapi diumumkan dia telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala, leher dan dada.

Penganjur mengumumpan pembatalan perlumbaan MotoGP sebagai penghormatan buat Marco Simoncelli.







Saturday, October 22, 2011

Jom Ke MotoGP Esok



Esok bercadang nak ke Sepang International Circuit. Tengok Moto GP. Tahun lepas tak dapat peluang. Tahun ini balas balik. Tiket main grandstand…hahhah

Rossi tahun ini tak menyengat la…Ducati macam lemau je…hehehe lantak pi la dengan Ducati. Yang penting team aku Repsol Honda tetap mengungguli carta..hahhaha

Jumpa kat sana esok….

Saturday, May 14, 2011

GPS Software Terbaik

Aku dah menggunakan GPS sejak 2008. Masa tu guna GPS Garmin dalam handphone Nokia N95.

Selepas install HU dalam Estima aku guna pulak software dari Mapking. Kemudian beli portable GPS untuk Forte guna pulak Papago.

Diantara Garmin, Mapking dan Papago yang mana lebih best?

Pandangan pribadi aku tentang ketiga-tiga software ini.

Garmin : Software ini adalah antara software yang basic dalam gps. Map yang kurang menarik dan layout yang agak membosankan.

Mapking : Lebih baik dari Garmin. Senang untuk mencari alamat dan carian route yang lebih pantas. Map support dengan pilihan 2D dan 3D.

Papago : Lebih baik dari Garmin dan Mapking. Map yang menarik dan berwarna-warni, carian kini tidak sahaja bergantung kepada alamat tetapi boleh teruk masukkan gps coordinate. Yang paling best adalah gambar real junction view terpapar di skrin di setiap simpang utama.

Bagi aku setakat ini software dari Papago adalah yang terbaik dari ketiga-tiga gps diatas.

Papago GPS dalam Estima HU


Now my kid can say....PaPa.....GO!!!!

Wednesday, May 11, 2011

Project E - Part 2 and Final





Estima ACR30 2001 concert 2005


Hari Isnin berikutnya itu bumper baru ori Toyota dah ada dengan Rev. Aku jumpa Rev kat sunway ambil bumper dan telus bawa ke kedai Ah Hing. Pemasangan dibuat....huh baru ngam dengan bumper sebenar. Tak de lagi gap antara lampu dan bumper.

Petang tu pemasangan selesai cuma fog lamp tak boleh pasang lagi sebab rubber clip tak de. aku bergegas ke ST Auto beli pulak rubber clip tu. 1 biji RM8.00. Kesemuanya ada 4 biji. Selepas tu terus balik rumah. On the way balik aku singgah sekejap kat kedai accessori kereta berdekatan dengan rumah. Minta diorang tolong pasangkan. pemasangannya sekejap je sebab wiring dulu dah ada.

Esoknya, sebelum balik kerja aku sempat singgah kat Pandan pasang side mirror signal LED. Murah kat kedai ni. Sepasang RM188 je. Upah pasang RM30 jadi RM218. Dah siap cat. Aku tengok kat mudah.com.my dan lelong harga antara RM250 hingga RM300 tak masuk upah pasang.

Hari Rabu aku hantar kereta pada Ah Soon. Ah Soon ni dah jadi macam official painter aku. Kedainya kat Batu 9 Cheras. Kerjanya memeng bagus. Janjinya mau 10 hari untuk siap pasal cuaca sering hujan masa tu. So kereta aku ditingalkanlah kat sana. Aku cakap kat dia nak sembur cat hitam macam Harrier.

Hari Khamis Ah Soon telefon tanya betul ke aku nak sembur cat hitam macam Harrier. Katanya Hitam Harrier solid tak de metalik. "Tak Cantik wooo" Dia recommend aku cat Hitam ori Estima baru. Metalik kristal. Janji asal dalam RM1,600 je kalau solid tapi kalau aku ambil metalik kristal tambah RM200. So aku fikir tak banyak kena tambah aku kata kat Ah Soon ok proceed. Nippon Mica Black 209.

1 Mei petang, Ah Soon telefon kata kereta dah siap. So apa lagi dalam hujan aku pergi ambil balik kereta kesayangan aku balik rumah.. terlepas rindu aku selama 6 hari tanpa Estima.



Projek siap....

Tuesday, May 3, 2011

Projek E Bermula - Part 1

Projek E adalah projek mengupgrade Estima aku dari model second generation 2001 kepada last model second generation 2005.

Gambar Sebelum Projek E Bermula


Setelah sekian lama Estima kesayangan aku ni tidak diberi perhatian terhadap kosmetiknya selepas kelahiran Forte maka sudah sampai masanya untuk aku memberi perhatian kepadanya. sebelum itu terima kasih kepada wife aku yang turut sama merealisasikan Projek E ini.

Bermula daripada deal yang dibuat melalui iklan di internet dan seperti biasa selepas membuat analisa harga aku setuju dengan tawaran REV MOTORSPORT. Alat ganti yang ditukar ialah.....satu set lampu depan, satu set lampu belakang, satu set fog lamp dan bumper. Kesemua alat ganti adalah original Toyota...walaupun pada asalnya bumpur yang ditawarkan adalah dari material fiber (FRP). Aku ceritakan kemudian kenapa aku tak jadi pasang fiber sebagai bumper aku.

Setelah semua set lampu sampai di bengkel berdekatan dengan rumah aku, maka hari Sabtu 23/4/2011 yang lepas bermulalah pemasangan lampu. Lampu depah perlu di modified sedikit pendawaiannya memandangkan susunatur lampu baru tidak sama dengan lampu lama. Setelah siap semua lampu dipasang bumper masih belum sampai. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai lah bumper fiber yang dijanjikan.....

Tapi aku rasa pelik sebab tokeh tu (Ah Hing) kata...."you punya original fog lamp boleh simpan. Ini bumper sudah ada fog lamp".....pelik sebab aku ada tengok dalam katalog dia yang datang bersama lampu adalah untuk model 2000 convert kepada 2005 tampa tukar lampur 2005. Maksudnya kekal guna lampu asal. Aku dah rasa macam tak ngam je ni...

Aku minta budak myanmar yang buat kereta aku tu...."Cuba you try masukkan bumper ni....ngam tak"...sebaik saja dia cuba masukkan.....huhhhhhhh memang tak ngam.....eerrrrgggghhhh......ada gap besar bawah lampu.

Aku panggil tokeh tu....."Ah Hing...tak ngam la..." Dia pun heran. Aku cakap kat dia you sudah salah order kot.....Bila dia check dengan supplier memang salah hantar. Dia contact suppier dalam bahasa cina yang aku tak faham @@%$&*&^%#**&^%

Kemudian tokeh tu cakap kat aku...."Rev ada kasi tau you tak yang bumper tu sudah no more in production?".....Apa???? So macam mana ni?" aku tanya Ah Hing". "Tak pe Rev sedang cari supplier baru. Kalau tak dapat cari second hand bumper" Hishhhhhh. Jam dah hampir 6 petang...aku sure tak dapat bumper hari ini. Temporary solution pakai balik bumper lama aku dan aku bagi tau Rev yang aku tak berminat lagi guna fiber. Jangan buang masa cari fiber lagi. Dapatkan aku bumper original Toyota.

Mengenai fiber material....aku dah ada pengalaman guna meterial ni pada skirting wira aku du....asyik pecah. Kat kedai tu pun aku tenggok bergoyang-goyang bila ditiup angin. Maknanya fibernya terlalu nipis...kalau kena sikit impact mesti pecah. Kenapa aku sanggup terima fiber pada asal deal??? hahhahah....aku pun tak tahu...

Rev bagi tau aku kalau nak original bumper kena tambah RM250. Ahhhh...pejam mata je la dapat part ori!!! "Ok carry on Rev..." So hari itu adalah hari yang penat. Balik rumah dengan bumper lama.


Bersambung.......

Friday, April 22, 2011

Plan Projek E

Lama sungguh tak ada entri. Sibuk dengan Fortezone.

Ok lah kali ni nak update sikit blog ni yang dah sekian lama sejuk. Tentang plan Projek E.....apa menda tu?

eemmmm..tunggu

Friday, February 19, 2010

Penantian Berakhir

Akhirnya penantian telah tiba setelah menunggu hamper 2 bulan… Ambil kereta pada 17/2/2010. Dalam perjalanan bawa balik ke rumah hujan lebat kat hiway. Sampai je kat rumah selepas hujan berhenti Khir dan Fira tak sabar nak naik kereta baru. Bawa masuk ke porch terus buka plastik balut kerusi.


Semalam aku masih cuti tahun baru cina. Selepas hantar Ina kat offis aku test kereta bawa ikut Bukit Ampang – Pekan Bt 14 Hulu Langat – Empangan Semenyih – dan pulang kerumah. Jalan berbukit dan berselekoh tajam tidak menjadi masalah kepada Forte. Superb handling.

Secara keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan Forte dari rekabentuk, teknologi dan prestasi. Berbaloi menunggu warna merah ni sebab tak banyak di jalaraya seperti warna titanium silver, hitam dan putih. Warna merah adalah limited colour dari Naza hanya untuk model SX buat masa ini.

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Tinggal Kelisa

Tadi dengan perasaan yang agak sedih juga aku dan Ina melepaskan kereta Kelisa kami kepada dealer kereta baru. Masa beli kereta Kelisa ini langsung tak terfikir nak jualkannya. Tapi itulah takdirnya…..


Untuk rekod service kereta ni tak pernah miss setiap 5000 km di Perodua. Paling jauh Ina bawa ke Penang bulan lepas.

Semoga bakal pembeli Kelisa ini nanti dapat jaganya dengan baik seperti mana kami jaganya. Senang je nak kenalnya kerana nombornya sama seperti kereta-kereta kami yang lain.

Selamat tinggal Kelisa…

Kereta baru??? Insyaallah esok atau lusa…..

Wednesday, February 3, 2010

Kenapa Aku Beli KIA Forte?

Ada beberapa rakan yang Tanya aku kenapa beli kereta Korea atau lebih tepat lagi jenama KIA. Kenapa tak beli kereta Jepun sedangkan aku dah tahu dan guna jenama Jepun sebelum ini. Kenapa tak beli Toyota, Honda, Nissan atau pun Mazda 3.

Kata kebanyakan mereka lagi kereta KIA telan minyak macam atlit marathon yang kehausan. Tengok je kereta NAZA Ria. Hahahha korang ni ketinggalan zaman la… Itu teknologi lama sekarang ni KIA dah mengalahkan teknologi Jepun.

Aku cakap kat diaorang lagi yang aku beli kereta ini 1.6 bukan beli kereta 1.8 atau 2.0. Dan lagi aku cari kereta 1.6 yang kelengkapan standing atau lebih dari kereta 2.0. Tak ada kereta jenama lain 1.6 buat masa ini setanding dengannya. Hahahah…Gila la ko Man....

Siapa gila….tak percaya tengok jap video ni.

Itu baru sikit ada banyak lagi sebab kenapa aku dan Ina jatuh hati pada Forte sejak hari pelancarannya.

Jangan korang pulak jadi gila.

Thursday, January 28, 2010

Your Car Arrived!!!

Tadi terima call dari KIA Kajang. Kereta dah sampai kat showroom. Minggu depan boleh register. Alhamdullilah.

Tengah hari tadi masa lunch hour aku singgah kejap kat showroom. Pergi hantar resit booking nombor pendaftaran JPJ kat dealer. Dari jauh dah nampak satu-satunya Forte warna merah kat situ.


Insyallah jika semuanya diizinkanNYA, minggu depan dapatlah kami kereta baru yang kami nantikan.

Wednesday, January 20, 2010

Estima Kena Pecah Depan Pejabat

Aku anggapnya sebagai ujian Allah terhadap aku. Tengahhari tadi cermin tingkap hadapan sebelah kiri kereta aku dipecahkan oleh penyangak. Cubaan nak mencuri Head Unit aku.

Sedang berada di pejabat aku terdengar bunyi alarm kereta berbunyi. Ingatkan alarm kereta siapa tapi semakin lama macam kenal je alarm tu. Bila aku jengok keluar tingkap pejabat nampak seorang mangkuk hayun tengah cuba nak curi HU kereta aku. Macam tak percaya. Aku bergegas turun sambil jerit pada Asri dan Asngari turun sama. “Ada orang nak curi kereta aku!!!!!”


Kami sampai ke bawah dan bawah penyangak tadi panik bila nampak kami. Aku tak sempat kejar cuma sempat jerkah. Bila tengok kereta cermin tepi dah pecah sama macam pecah berderai hati aku rasanya. Nasib baik penyangak tu tak sempat nak bawa lari HU tu sebab ada banyak skru yang belum dicabut.

Asri cuba kejar tapi tak sempat. No plat pun tak sempat nak cam sebab plat motor tu dikelepet. Yang pasti ada 3 orang. Sorang kat dalam kereta dan 2 orang lagi tunggu atas motor. Dua-dua Yamaha 125Z. Aku fikir motor tu pun motor curi dengan no plat palsu.

Mula-mula berfikir buat polis report pun tak guna, bukan boleh tangkap penyangak tu yang aku tak dikenali. Tapi bila fikir balik aku buat juga lapuran polis untuk rekod polis. Mungkin dapat cap jari.

Telefon MTR Auto tempat biasa aku repair kereta. Shikin budak perempuan kat MTR tu dak kenal sangat aku bila aku cakap no plat kereta aku terus dia kata 'Ooooo En Azman ye?". Sekarang tak de stok kena order dulu. Aku bagitahu dia " I need it urgently!!! you must get it by today!!". Tak lama tu dia telefon balik quote harga RM1,300.00 untuk harga cermin tingkap original Made In Japan baru. Waw….kalau cermin tingkap saja dah macam tu berepa agaknya cermin depan yang besar tu?? Mau RM4,000.00 kot!

Lepas buat report kat IPD Kajang terus hantar kereta ke workshop! Nasib baik ada stok tapi petang sikit baru sampai. Petang jam 5.30pm aku singah kedai tinted. Pasang balik tinted asal kena pulak RM80.00.

Apa-apa pun aku redha dan anggapnya satu ujian Allah kepada aku kali ini. Mesti ada hikmah yang tersembunyi disebalik musibah ini yang aku sebagai hambanya tidak ketahui. Mungkin dia nak beri sesuatu yang lebih baik buat aku sebagai ganti.

Insyaallah.

Monday, January 18, 2010

Boleh Pertimbangkan Titanium Silver?

Cerita pasal kereta lagi….

Tengah hari tadi, KIA Kajang telefon aku. Ada berita baik katanya. Kereta dah ada cuma…..eeerrrr....bukan warna Spicy Red seperti yang kami mahukan tapi warna Titanium Silver! Warna seakan-akan kelabu….macam kereta warna Test Drive yang kami bawa hari tu.


Spicy Red

Titanium Silver

Katanya kalau kami setuju tukar warna, minggu depan boleh dapat kereta. Bagi aku Titanium Silver adalah second choice aku selepas Spicy Red. Kalau Metal Bronze tu nampak macam orang tua sikit.

Tapi Ina beriya juga nak Spicy Red. Jadi aku bagitahu SA tu kami stick firm to Spicy Red. Eeemmmm kena tunggu la jawabnya. Harap-harap dapat deliver sebelum Tahun Baru Cina.

Tuesday, January 12, 2010

Agreement Signed!!!

Pagi tadi aku dan Ina sign agreement dan bayar full down payment untuk Forte di showroom KIA. Ambank setuju bagi low interest rate pada kadar 3.0% berbanding CIMB 3.5%.

Menurut kata Sales Manager kat situ Insyaallah kereta baru Ina akan dapat pada hujung bulan ini atau awal bulan depan. Katanya lagi tempat dia dah dapat allocation dari NAZA sebanyak 1 Lot bersamaan 8 biji kereta untuk penghantaran Januari. Salah satu daripadanya adalah model SX warna Spicy Red untuk Ina. Harap apa yang diperkatakannya betul dan tepat.

Sedang berurusan, kami terserempak dengan Tan Sri Rashid bekas Pengerusi SPR kat sana. Orangnya simple. Sempat juga aku bertegur sapa dengan beliau. Tan Sri kata “Bagus beli kereta KIA dan Hyundai ni. Enginnya senyap. Kadang-kadang tak sedar enjin dah hidup atau pun tidak” Dia kata lagi “Jangan peduli apa yang orang lain kata tentang kereta Korea. Tolak tepi dan rasa sendiri. Saya dah ada 2 buah kereta KIA. Tak de masalah. Bagus beli”

Teringat aku pada kereta Naza Citra milik Bad biras aku. Bunyi enginnya memang senyap. Tak dinafikan.

Tan Sri baru ambil kereta kat dealer yang sama dengan aku. Dia datang nak ambil refund NCD insuran kereta lama dia. Tapi aku tak tanyalah pulak kereta apa yang dia beli.

Mungkin Tan Sri minat Forte juga kot??? Hahahaha..