Link Hotel Patradisa http://www.patradisa3.blogspot.com/
Nasib baik ada 2 bilik kosong untuk kami. Bayaran setiap bilik Rph200,000 untuk sharing bed dan Rph225,000 untuk single bed. Selepas bayar tambang sewa kereta sebanyak Rph850,000 kami check in. Hotel Patradisa dikategorikan sebagai budget hotel. Yang bestnya siap dengan breakfast. Keaadaannya amat bersih dan selesa.
Kami beritahu Hotel bahawa kami perlukan kereta dan supir untuk bawa kami shoping sekitar Bandung. Tak lama kemudian, supir kami Abang Budi sampai. Kadar Rph400,000 untuk 12 jam. Sebaik kami setuju Abang Budi bawa kami perki ke Takuban Perahu. Katanya pagi-pagi ni elok pergi kesana dahulu kalau petang nanti takut hujan. Lagi pun jam 9.00 pagi macam ni FO masih belum buka.
FO pertama….tempat yang mesti singah di Bandung…Rumah Mode. Kat sana orang panggil Rumah Moda.
Rumah Mode
Fuhh…murah-murah dan berjenama sahaja yang dijual kat sini. Rambang mata. Selesai di Rumah Mode kami makan di Resotan Sunda….Menu ikan Gerumei bakar, ayam bakar, kangkung belacan, sambal belacan, ulam-ulaman….fuuuhhh memang sedap! Masakan Sunda
Dah kenyang, kami jelajah dari satu FO ke satu FO. Tak sedar masa cepat berlalu…jam dah hampir 9.00 malam. Sebelum pulang ke hotel kami singah melantak Nasi Padang pulak. Hahhahahh shoping makan, shoping makan. Tak de aktiviti lain.
Esoknya sebelum bertolak ke Jakarta, pagi tu kami singah sekali lagi di Rumah Mode. Ada lagi yang dibeli….ha itulah dia penagan Bandung. Dan yang terakir kami singgah di Pasar Baru. Kat sini macam-macam baranag tekstil ada dari kain ela, baju, seluar, jubah, telekong, kasut pendek kata macam-macam pakaian ada. Sedar jam dah hampir 4 petang.
Komplek Pasar Baru
Esoknya kami check out Hotel dan terus ke Airport. Flight jam 2.50 petang waktu WIB. Sampai di LCCT jam 5.50 waktu Malaysia.
Bandung nantikan kedatangan kami sekali lagi. Revenge!!!
0 comments:
Post a Comment