Saturday, May 14, 2011

GPS Software Terbaik

Aku dah menggunakan GPS sejak 2008. Masa tu guna GPS Garmin dalam handphone Nokia N95.

Selepas install HU dalam Estima aku guna pulak software dari Mapking. Kemudian beli portable GPS untuk Forte guna pulak Papago.

Diantara Garmin, Mapking dan Papago yang mana lebih best?

Pandangan pribadi aku tentang ketiga-tiga software ini.

Garmin : Software ini adalah antara software yang basic dalam gps. Map yang kurang menarik dan layout yang agak membosankan.

Mapking : Lebih baik dari Garmin. Senang untuk mencari alamat dan carian route yang lebih pantas. Map support dengan pilihan 2D dan 3D.

Papago : Lebih baik dari Garmin dan Mapking. Map yang menarik dan berwarna-warni, carian kini tidak sahaja bergantung kepada alamat tetapi boleh teruk masukkan gps coordinate. Yang paling best adalah gambar real junction view terpapar di skrin di setiap simpang utama.

Bagi aku setakat ini software dari Papago adalah yang terbaik dari ketiga-tiga gps diatas.

Papago GPS dalam Estima HU


Now my kid can say....PaPa.....GO!!!!

Wednesday, May 11, 2011

Project E - Part 2 and Final





Estima ACR30 2001 concert 2005


Hari Isnin berikutnya itu bumper baru ori Toyota dah ada dengan Rev. Aku jumpa Rev kat sunway ambil bumper dan telus bawa ke kedai Ah Hing. Pemasangan dibuat....huh baru ngam dengan bumper sebenar. Tak de lagi gap antara lampu dan bumper.

Petang tu pemasangan selesai cuma fog lamp tak boleh pasang lagi sebab rubber clip tak de. aku bergegas ke ST Auto beli pulak rubber clip tu. 1 biji RM8.00. Kesemuanya ada 4 biji. Selepas tu terus balik rumah. On the way balik aku singgah sekejap kat kedai accessori kereta berdekatan dengan rumah. Minta diorang tolong pasangkan. pemasangannya sekejap je sebab wiring dulu dah ada.

Esoknya, sebelum balik kerja aku sempat singgah kat Pandan pasang side mirror signal LED. Murah kat kedai ni. Sepasang RM188 je. Upah pasang RM30 jadi RM218. Dah siap cat. Aku tengok kat mudah.com.my dan lelong harga antara RM250 hingga RM300 tak masuk upah pasang.

Hari Rabu aku hantar kereta pada Ah Soon. Ah Soon ni dah jadi macam official painter aku. Kedainya kat Batu 9 Cheras. Kerjanya memeng bagus. Janjinya mau 10 hari untuk siap pasal cuaca sering hujan masa tu. So kereta aku ditingalkanlah kat sana. Aku cakap kat dia nak sembur cat hitam macam Harrier.

Hari Khamis Ah Soon telefon tanya betul ke aku nak sembur cat hitam macam Harrier. Katanya Hitam Harrier solid tak de metalik. "Tak Cantik wooo" Dia recommend aku cat Hitam ori Estima baru. Metalik kristal. Janji asal dalam RM1,600 je kalau solid tapi kalau aku ambil metalik kristal tambah RM200. So aku fikir tak banyak kena tambah aku kata kat Ah Soon ok proceed. Nippon Mica Black 209.

1 Mei petang, Ah Soon telefon kata kereta dah siap. So apa lagi dalam hujan aku pergi ambil balik kereta kesayangan aku balik rumah.. terlepas rindu aku selama 6 hari tanpa Estima.



Projek siap....

Tuesday, May 3, 2011

Projek E Bermula - Part 1

Projek E adalah projek mengupgrade Estima aku dari model second generation 2001 kepada last model second generation 2005.

Gambar Sebelum Projek E Bermula


Setelah sekian lama Estima kesayangan aku ni tidak diberi perhatian terhadap kosmetiknya selepas kelahiran Forte maka sudah sampai masanya untuk aku memberi perhatian kepadanya. sebelum itu terima kasih kepada wife aku yang turut sama merealisasikan Projek E ini.

Bermula daripada deal yang dibuat melalui iklan di internet dan seperti biasa selepas membuat analisa harga aku setuju dengan tawaran REV MOTORSPORT. Alat ganti yang ditukar ialah.....satu set lampu depan, satu set lampu belakang, satu set fog lamp dan bumper. Kesemua alat ganti adalah original Toyota...walaupun pada asalnya bumpur yang ditawarkan adalah dari material fiber (FRP). Aku ceritakan kemudian kenapa aku tak jadi pasang fiber sebagai bumper aku.

Setelah semua set lampu sampai di bengkel berdekatan dengan rumah aku, maka hari Sabtu 23/4/2011 yang lepas bermulalah pemasangan lampu. Lampu depah perlu di modified sedikit pendawaiannya memandangkan susunatur lampu baru tidak sama dengan lampu lama. Setelah siap semua lampu dipasang bumper masih belum sampai. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai lah bumper fiber yang dijanjikan.....

Tapi aku rasa pelik sebab tokeh tu (Ah Hing) kata...."you punya original fog lamp boleh simpan. Ini bumper sudah ada fog lamp".....pelik sebab aku ada tengok dalam katalog dia yang datang bersama lampu adalah untuk model 2000 convert kepada 2005 tampa tukar lampur 2005. Maksudnya kekal guna lampu asal. Aku dah rasa macam tak ngam je ni...

Aku minta budak myanmar yang buat kereta aku tu...."Cuba you try masukkan bumper ni....ngam tak"...sebaik saja dia cuba masukkan.....huhhhhhhh memang tak ngam.....eerrrrgggghhhh......ada gap besar bawah lampu.

Aku panggil tokeh tu....."Ah Hing...tak ngam la..." Dia pun heran. Aku cakap kat dia you sudah salah order kot.....Bila dia check dengan supplier memang salah hantar. Dia contact suppier dalam bahasa cina yang aku tak faham @@%$&*&^%#**&^%

Kemudian tokeh tu cakap kat aku...."Rev ada kasi tau you tak yang bumper tu sudah no more in production?".....Apa???? So macam mana ni?" aku tanya Ah Hing". "Tak pe Rev sedang cari supplier baru. Kalau tak dapat cari second hand bumper" Hishhhhhh. Jam dah hampir 6 petang...aku sure tak dapat bumper hari ini. Temporary solution pakai balik bumper lama aku dan aku bagi tau Rev yang aku tak berminat lagi guna fiber. Jangan buang masa cari fiber lagi. Dapatkan aku bumper original Toyota.

Mengenai fiber material....aku dah ada pengalaman guna meterial ni pada skirting wira aku du....asyik pecah. Kat kedai tu pun aku tenggok bergoyang-goyang bila ditiup angin. Maknanya fibernya terlalu nipis...kalau kena sikit impact mesti pecah. Kenapa aku sanggup terima fiber pada asal deal??? hahhahah....aku pun tak tahu...

Rev bagi tau aku kalau nak original bumper kena tambah RM250. Ahhhh...pejam mata je la dapat part ori!!! "Ok carry on Rev..." So hari itu adalah hari yang penat. Balik rumah dengan bumper lama.


Bersambung.......

Friday, April 22, 2011

Plan Projek E

Lama sungguh tak ada entri. Sibuk dengan Fortezone.

Ok lah kali ni nak update sikit blog ni yang dah sekian lama sejuk. Tentang plan Projek E.....apa menda tu?

eemmmm..tunggu

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan Datang Lagi


Syukur kepada maha pencipta kerana DIA telah memberi peluang kepada kita untuk bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh NYA dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.

Selamat Berpuasa semua....

Friday, August 6, 2010

Wanita Islam Pertama Syahid


Kisah Sumyyah

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa. “Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal. Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang. “Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi. “Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis. “Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah. “Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah. “Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam

Wallahualam...

______________________________


Lirik Lagu Sumayyah - Hijaz

Sumayyah...Sumayyah...Sumayyah....

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
Dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

(korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah.....

Monday, July 12, 2010

Exam No 1

Lama dah tak update Blog ni...almaklumlah sibuk dengan kerja dan aktiviti lain.


Hari Sabtu lepas dalam masa nak balik kerja, Ina telefon bagitahu Khir dapat exam No 1. Alhamdullilah....dah lama aku tunggu keputusan ini, akhirnya Khir berjaya dapatkan keputusan cemerlang dalam exam pertengahan tahun.



Sampai je rumah, terus dia minta hadiah.....walaupun aku dah belikan hadiah lebih awal lagi untuknya sebab aku yakin dia akan dapat keputusan samaada no 1,2 atau 3. Tapi tak pelah....petang tu aku bawa Khir ke Pandan Indah...sebuah kedai yang jual replika kapal terbang antarabangsa. Khir memang suka kumpul koleksi kapal terbang....setakat ini dah ada 6 pesawat dari A320 hingga B747.





Peperiksaan hujung tahun nanti ayah nak nombor 1 lagi.....