Thursday, April 12, 2012

Gempa Bumi di Aceh 11-4-12



Semalam sedang ramai diantara kita sedang beristirehat di rumah sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 kita dikejutkan dengan berita gempabumi di Acheh.

Aku baca dalam fb rakan di Pulau Pinang kata gegarannya terasa kuat sangat dan menakutkan. Dikatakan berskala 8.5 SR. Maka ramailah yang ketakutan meninggalkan kawasan pantai. Lantas peristiwa 2004 kembali dalam ingatan dimana pada masa itu pantai Batu Ferringgi dibadai ombak tsunami yang merosakan nyawa dan harta benda.

Dalam pada itu berebut-rebutlah bloger dan facebooker mengupdate dan mempredict masa tusnami akan sampai ke Malaysia. Sampaikan berita yang belum sahihpun telah dikatakan terjadi.

Mungkin mengharapkan tsunami berlaku dan menjadi orang pertama melapurkan....mengalahkan wartawan profesional. Apakah itu baik??? Bagi aku adalah lebih baik memanjatkan doa banyak-banyak kepada Allah swt daripada sibuk mengupdate bila tsunami akan sampai. Bialah pihak yang berwajib mengumumkannya langkah yang perlu diambil daripada kita menyebarkan berita yang kita sendiri tidak pasti.

Apapun ada korban jiwa dalam gempabumi semalam. Alfatihah buat saudara seIslam kita di negara jiran. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya buat mangsa yang terkorban.
      

Friday, April 6, 2012

Facebook Timeline - Cara Nak Buang



Ramai yang mengeluh tentang profile baru facebook. Timeline....

Memang Timeline ni agak kurenggg best....mengelirukan pun ada jugak. Secara peribadi aku pun tak suka profile Timeline. Kalau dah terclik kat Timeline alamatnya tak boleh nak revert kembali ke profile lama. Itulah antara kelemahan-kelemahan yang ada di facebook. Macam nak delete akaun facebook jugak. Bukan senang nak delete. Kena guna trick baru boleh delete.

Untuk Timeline ini pun kena guna trick jugak. Hanya dengan edit browser tak kira IE, Firefox, Chrome baru boleh balik ke profile lama. Walau bagaimanapun kita hanya mengedit 'browser' PC bukannya akaun facebook kita yang sebenar. Dalam kata lain, jika kita mengedit browser kat PC di rumah kita boleh melihat semula profile lama dalam Pc kita dirumah tetapi kalau kita buka facebook di PC pejabat Timeline masih wujud. Kita sekali lagi kena edit bwoser di PC pejabat pula. Begitulah dengan PC-PC yang lain.

Bagaimana nak edit browser??? Tak payah susah-susah buka regedit kat Pc kalau tak pro.... Korang boleh download pre-edit dan install je kat PC korang. Download kat http://www.timelineremove.com/

Kesimpulannya, jangan cuba click pada Timeline. Terlajak perahu boleh diundur....terlajak click kat Timeline jawabnya tanggung sendiri.