Tuesday, June 30, 2009

Musim Makan Durian

Disebalik musim penyakit selsema babi ada pulak musim buah-buahan tempatan. Kat KL ni mana-mana saja tepi jalan, pasar malam, pasar tani ada saja orang jual durian.

Siapa yang tak minat durian??? Ada……..yang terdekat sekali ialah Mem aku. Dia ni tak suka durian atau apa-apa sahaja makanan berkaitan dari durian macam tempoyak. Bau durian pun tak boleh. Kalau makan mesti muntah. Yang aku pelik budu tu boleh pulak dia makan. Siap hirup lagi. Issshhhh teruknya. Nak kira tempoyak dan budu tu adik beradik tiri je.

Aku?? Mestila minat. Gulai tempoyak dan sambal tempoyak lagi la aku minat. Fuuhhh meleleh air liur. Cuma kalau aku nak makan gulai tempoyak terpaksalah aku masak sendiri. Itulah yang tak bestnya.

Anak-anak aku??? Diaorang makan sama macam aku. Budu?? Haaaa yang itu diaorang tak makan..sama jugak macam aku. Hehheheh.

Pagi tadi aku attend meeting kat office aku dengan pegawai FAMA Selangor. Syarikat aku nak buat pesta makan durian sempena pelancaran dan jualan rumah baru di Kajang. Korang pernah rasa durian Musang King. Harga di dusun RM12.00 sekilo. Kalau kat luar mau RM18.00 ke RM20.00 sekilo.

Haa….time tu aku nak belasah makan durian dan buah-buah tempatan yang lain. Cuaca hujan sekarang ni tak pe kalau makan lebih sikit…jangan musim panas jawabnya boleh demam dan batuk. Silap-silap orang kata kena selsema babi pulak.

Emmmm rasanya petang nanti sebelum balik nak singgah beli durian.

Thursday, June 25, 2009

Selsema Babi


Baru-baru kita dikalutkan dengan jangkitan virus H1N1 ataupun nama bestnya selsema babi. Dengan penularan wabak ini tentu ramai diantara kita terpaksa membatalkan perancangan untuk ke luar Negara dalam masa terdekat ini. Aku baru plan nak ke Hong Kong bawak famili bercuti di Disneyland. Siapa yang berani keluar Negara sekarang atas alasan sosial buat masa ini? Tentu tidak. Usahkan ke luar Negara, untuk berurusan dengan mereka yang baru pulang dari luar Negara pun dah merisaukan kita. Silap-silap mau staff aku meminggirkan aku nanti. Ishhh tak payah la walaupun diberi tiket percuma pada masa ini. Prevent is better than cure!!

Semalam dilapurkan peningkatan sebanyak 400% jangkitan selsema babi. Ramai yang tahu virus H1N1 ini datang dari babi. Babi adalah binatang yang kaya dengan sumber pelbagai virus. Virus didalam badan babi tidak boleh dimusnahkan walaupun dagingnya dibakar. Virus ini pula boleh dipindahkan kepada manusia dengan hanya sentuhan fizikal.

Maka sebab itulah orang Islam dilarang menyentuh apatah lagi memakan daging babi. Sungguhpun begitu ada juga pihak yang beriya-ia untuk membangunkan ternakan babi besar-besaran.

Disebabkan jangkitan selsema babi ini ramai mangsa dah terkorban diserata dunia. Nasib baik kat Negara kita masih belum ada lagi kes kematian akibatnya. Paling merisaukan aku ialah pergaulan anak-anak kita disekolah.

Ada kawan kata “memang babi la binatang ni”. Aku kata pulak “Betul la tu dah namanya pun babi”

Tapi bagi sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran adalah tidak wajar kita menyalahkan babi kerana ia juga mahkluk tuhan yang sememang fitrah kejadiannya begitu. Dengan akal fikiran yang adalah sepatutnya kita berfikir untuk menjauhkan diri dari binatang ini sama dengan kita melarikan diri dari Singa yang kelaparan.

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Bapa


Selepas hari Ibu, kini hadir pula Hari Bapa. Tahun ini dah 7 tahun ayahanda meninggal dunia. Al-Fatihah. Walaupun begitu kenangan bersama ayahanda masih segar dalam ingatan. Ayahanda seorang yang tegas, penyabar dah kuat semangat. Malang menimpa, pada tahun 1980 ayahanda diserang stok dan lumpuh separuh badan. Dengan semangat yang kuat tidak lama selepas itu ayahanda bangun dan hasilnya ayahanda mampu menguruskan diri sendiri malah mampu mengayuh basikal untuk ke kedai Pak Mat gunting rambut.

Yang paling segar dalam ingatan kenangan masa kecil aku bersama ayahanda ialah ronda-ronda naik motor baru ayahanda. Aku duduk dihadapan didalam bakul motorsikal Honda Cup C60 ayahanda. Ketika itu usia aku dalam lingkungan 5 tahun dan ayahanda juga sibuk menguruskan kedai runcitnya di kampong. Satu dari 3 kedai runcit yang ada di kampong aku ketika itu.

Ayahanda seorang yang tidak mahu melihat anak-anaknya susah. Dalam keadaan lumpuhpun ayahanda seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dia menguruskan dirinya sendiri sejak bonda meninggal dunia pada tahun 1987. Hampir 1 satun ayahanda bersedih diatas kepergian bonda tercinta. Setiap lepas sembahyang aku perhatikan ada linangan air mata dipipi ayahanda mendoakan bonda.

Terlalu banyak pengorbanan yang diberikan oleh ayahanda kepada anak-anaknya termasuk aku. Hasil dari perniagaan kedai runcitnya ayahanda mampu memiliki beberapa bidang tanah. Tetapi kebanyakkan daripada tanah-tanahnya telah dijual bagi menampung pelajaran anak-anaknya terutama abang-abang aku ke universiti. Motor pertama milik aku ketika di universiti adalah dari wang simpanan ASB ayahanda.

Ayahanda meninggal dunia selepas kena serangan strok kali kedua. Tidak lama selepas itu ayahanda kena food poisoning. Selepas kena food poisoning keadaan ayahanda makin kritikal. Ketika itu aku masih di Kuala Lumpur. Aku tidak sempat berada disisi ayahanda ketika ayahanda menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Menurut abangku ketika nak dihantarkan ke Hospital dari rumah, ayahanda menitiskan air mata meninggalkan rumahnya kali terakhir. Rumah yang dibinanya sendiri. Mungkin ayahanda tahu bahawa ayahanda tidak akan kembali lagi melihat rumahnya selepas itu. Sesampainya dihospital ayahanda berpesan kedapa abangku agar membawakan kepadanya kain pelikat. Rupa-rupanya kain pelikat yang dimintanya adalah untuk menutup jenazahnya.

Kini kami kesemua anak-anaknya telah memiliki keluarga masing-masing dan aku sendiri telah menjadi ayah. Ayah kepada 2 orang anak yang nakal. Mampukah aku menjadi ayah yang baik, berkorban harta benda, jiwa dan raga terhadap anak-anak kesayangan seperti ayahanda. Sudah tentu perananku sebagai ayah pada zaman sekarang lebih mencabar akibat persekitaran yang dicemari masalah gejala sosial yang berluluasa.

KepadaNya lah kita memohon perlindungan.

Buat ayahanda dan bonda, anakanda nak ucapkan terima kasih kerana melahirkan anakanda kedunia ini. Menyayangi dan membesarkan anakanda dengan sempurna.

Selamat Hari Bapa buat Ayahanda semoga roh ayahanda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi. Selamat Hari Bapa jua buat Ayah Mertuaku semoga dimurahkan rezeki, kesihatan dan kesejahteraan.

Amin.

Tuesday, June 16, 2009

Sibuk Belajar DSLR

Sejak 2-3 hari ini aku agak sibuk dalam melayari teknik-tenik dslr. Cadanganya hari Ahad hari tu nak le ke taman tasik bersama model aku……….sapa lagi mem dan anak aku le. Malangnya tengahhari tu adik ipar pulak datang rumah. Petangnya pulak cuaca tak mengizinkan…..hujan lebat.

Terpaksalah aku berxperimen dalam rumah lagi…

Aku yakin dapat menguasai teknik-teknik dslr ini dalam sedikit masa lagi. Buat masa ini aku banyak berexperimen dengan creative mode dengan bantuan internet dan instruction manual sahaja. Kalau masa mengizinkan mahu juga aku ikut training Canon Akademi.

Aku masih belum mahir lagi dalam mengawal kemasukan cahaya, aperture speed and shutter speed. Tapi bagi aku camera Canon ini user friendly. Tak tahu la pulak bagi orang lain. Ada yang suka Nikon, Sony, Olympus, Pentax dsb. Bagi aku Canon amat sesuai minat aku.

Mem aku kata letih melihat aku menjaga gadget aku ini. Cermat sangat katanya. Lasak la sikit. Issshhhhh…..bukan murah macam compact digital camera Nikon dia tu. Kalau setakat compact digital camera tu aku pun malas nak jaga sangat pasal ia tak cerewet.

Penjagaan dslr ni memerlukan sedikit penelitian. Kalau rosak kos membaikinya agak mahal terutama bahagian lensanya. Harga lensa dslr yang tahap biasa saja pun boleh beli sebiji lagi compact digital camera. Malah ada lensa yang harganya boleh cecah berbelas ribu sehingga ada juga yang berharga sebiji proton saga baru. Macam paparazzi pakai atau national geography shoot gambar haiwan di safari.

Kalau tak dijaga dengan betul lensa boleh dijangkiti kulat dan merosakkan kualiti gambar yang ditangkap. Kalau dah tak boleh repair kena beli lensa lain.

Haaaaa tang tu yang Pak Aji tak soka tu….

Saturday, June 13, 2009

MAS Rugi Lagi


Pagi ni aku terbaca berita mengenai MAS rugi lagi.

Beberapa bulan lepas bekas rakan sekelas semasa di ITM dulu bagitahu semasa krisis bahan bakar melambung tinggi MAS telah buat harga lindungan untuk kos bahan apinya. Ternyata jangkaan yang dibuat merugikan kerana tak lama selepas itu ekonomi meleset, harga minyak jatuh, load kurang terutama untuk penerbangan antarabangsa. Tambahan pulak lagi serangan virus H1N1 yang menghadkan kegiatan pelancungan antarabangsa.

Bagi aku bukan MAS saja yang rugi, AirAsia juga mengalami kesan yang sama. Syarikat penerbangan gergasi Australia Qantas juga mengalami masalah yang sama sehinggakan ia memberhentikan laluan Sydney-KL melalui anak syarikatnya tambang murahnya JetStar Sept tahun lalu. Cuma strategi pengurusan saja yang berbeza antara sesuatu sysrikat.

Cuba fikir berapa kerap AirAsia buat Sale? Yang penting bagi AirAsia ialah load. Jumlah penumpang dalam sesuatu penerbangan. Walaupun dikatogerikan sebagai free seat tetapi berapa lama tempoh perjalanan dari tarikh tempahan. Adakala kita perlu tempah sehinggakan 1 tahun lebih awal untuk rebut free seat! Sehinggakan laluan sesak ke laman webnya. Bila AirAsia buat free seat biasanya akan sold out dalam 3 hari je.

Tambang yang dibayar advance tu walaupun free seat tapi masih kena bayar cukai dan yuran pentadbirannya. Guna simple math jikalau 1,000,000 free seat pun katakana lah kena cukai dan yuran pentadbirannya berjumlah RM100 seorang dah jadi RM100 juta. Kalau masuk FD dengan kadar 3.7% setahun dah dapat easy profit RM3.7 juta. Mungkin RM3.7juta terlalu sedikit bagi syarikat seperti AirAsia tapi itu hanya sekali promo yang dibuat. Macam mana dengan promo yang dibuat tak henti sepanjang tahun.

Mungkin korang terfikir macam mana pulak dengan kos penyenggaraan pesawat dan bahan api dari free seat? Jawapannya tak semua penumpang dalam pesawat tu dapat rebut free seat. Dalam tempoh setahun mesti ada yang bayar full fare bergantung kepada tempoh tempahannya. Jadi kos dah boleh cover dah kat situ. Korang mesti terfikir lagi sepatutnya MAS mesti boleh untung. Jawapan yang paling mudah ialah persepsi kita tentang AirAsia ialah yang TAMBANG MURAH. Nak tambang murah ke nak tambang mahal?

Itulah contoh terbaik pengurusan yang kretif dalam akal dan tindakan yang membolehkan meraih keuntungan lebih besar dari treadmark ‘Low Cost’ berbanding ‘Premier’

Sebagai pelanggan naik pesawat AirAsia kita perlu kepada perancangan awal dan teliti supaya kita dapat win-win situation.

Friday, June 12, 2009

Permainan Terbaru Telah Tiba

Sebelum ini memang aku ada merancang untuk menyambar Canon 450D. Tapi keinginan tu tak beberapa berkobar. Sejak melihat ramai orang menggunakan DSLR di Singapore tempoh hari perasaan aku berkobar-kobar untuk mendapatkanya. Alhamdullilah dengan rezeki yang diberikan Allah, aku tak perlu tunggu lama untuk mendapatkannya.

Fuhhh…berjaya juga aku akhirnya setelah gagal di Singapura. Semalam aku pergi ronda kat The Mines Shopping Mall. Kedai Bintang Maju. Aku Tanya kat salegirl kat situ harga Canon DSLR 450D. Harganya kalau dikirakan kat Singapore hari tu lebih kurang sama. Tapi kat Singapore tak kira campur screen protector dan lens protector.

Aku Tanya mem aku “Amacam nak belasah tak” Dia tersengeh-sengeh pulak. “Grrahhhhh time ni la pulak dia nak tersengeh” Time yang aku amat memerlukan pendapat. Aku congak-congak balik ok dah harga tu. Boleh rembat ni. Kalau aku pergi lowyat Sabtu ni harganya lebih kurang sama jugak. Kalau murah pun dalam RM50 je. Kos aku kesana dengan jemnya, parkingnya tol smartnya, makan minum campur tolak-campur tolak dekat RM50 gak.

Sebelum setuju aku survey lagi kat kedai belakang. Eemmm mahal sikit dari tadi. “Screen protector mau bayar RM30.00” kata amoi jurujual kat situ. Kat kedai tadi lagi murah, screen protector FOC. Aku singgah pula kat kedai satu lagi. Aku nampak tag harga RM2,799.00. kemudian salesgirl datang tanya aku nak cari apa. Aku dah tahu harga tu jauh lebih mahal dari kedai yang first offer kat aku. Aku tanya jugaklah sebabkan salegirl tu dah terpacak depan aku "RM2,799.00 what items included? "Ohhh that one body only not includes lens, SDHC card, bla...bla...bla" Mak aiii....ini dah tahap gila kentang!!!!

Setelah menganalisa sepuasnya kami masuk balik kat kedai first tadi yang offer lebih murah dari kedai yang lainnya. “Ok, I take it”. Maka inilah dia permainan baru buat aku. Gambar ni ditangkap dari kamera handphone N95 aku.




Canon 450D


Package merangkumi :-
EOS 450D Kit EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS
Panasonic SDHC 4GB
Panasonic Tripod
Canon EOS Camera Bag
Lens Protector Prostar UV Filter Japan
FOC Screen Protector

Semalam test close-up shoot beberapa benda kat dalam rumah. Fuyooo cunnn. Nanti bolehla aku masukkan gambar yang aku shoot kat sini. Memang puas hati. Disebab battery dah low aku kena charge dulu. Esok try lagi. Banyak yang kena belajar tentang teknik DSLR ni. Sebelum ni hanya tahu tala dan shoot guna compact camera dan phone camera.

Sekarang ni aku dah melangkah ke dunia baru….Dunia DSLR. Mission Accomplished. I lov it!!!

Wednesday, June 10, 2009

Don't Be Shy to Ask Singaporean

Selepas breakfast di hotel penginapan dengan menu nasi lemak dan fresh orange kami buat keputusan nak naik bas je ke kota singa. Dari hotel kami naik teksi ke Perhentian Larkin. Kat situ kami tukar RM300.00 dan dapat SD126.00. Hiss…kecik betul duit kita rasanya.

Selepas tukar duit kami cari kaunter bas Singapore – Johore Express. Bayar tiket RM6.20 (2 dewasa + 1 kanak-kanak) kami terus naik bas tu. Keadaan basnya aku rasa tidaklah sebaik bas Rapid KL kita yang agak lebih bersih penampilannya.



Tiket Bas Singapore - Johore Express





Dalam Bas SJE


Sebaik tiba di CIQ Bukit Chagar kami kena turun bas untuk dokumentasi perjalanan keluar. Selesai dukumentasi, kena turun semula ke bawah dan cari balik bas tadi untuk ke singapura.


Tambak Johor. Paip air Johor yang membekalkan air ke Singapura

Tiba di komplek kastam Woodlands sekali lagi kena turun bas untuk dokumentasi/chop passport dan isi borang pas lawatan. Nasib baik tak ramai orang ketika itu. Bila selesai kami turun semula ke tempat menunggu bas, tapi bas yang kami naik tadi dah terlepas, jadi terpaksalah kami tunggu bas yang lain.


Selepas bas sampai, kami terus naik dan bas terus membawa kami ke Terminal Bas Ban San tak jauh dari Rochor Center.


Rochor Center

Turun saja dari bas kami buat-buat macam dah biasa walaupun ini kali pertama kami ke kota singa. Redah je la ikut orang ramai. Redah punya redah sampai pulak kat Bugis St. Waahhh banyak juga barangan cenderahati kat sini. Macam T-shirt, Fridge Magnet, Hand Bag dam macam-macam lagi lah. Sempat lah juga kami membeli sedikit sebanyak kat situ.

Habis shopping kat situ nak kami dah tak tau nak ke mana. Tekak dah kering dah ni. Nampak 7 Eleven kami masuk cari air. Aku capai 7-up botol besar dengan harga SD3.10. Huuuuhhh convert duit Malaysia jadi RM7.50.

Seberang jalan kami nampak Bugis Junction, so masuk kat dalam sejukkan badan dengan air con. Yang menarik tentang Bugis Junction ialah bangunan lama yang diberi nafas baru. Ruang antara jalan di tutup dengan bumbung polycarbonate terus cahaya dan dilengkapi dengan air con. Paparan depan masih kekalkan bangunan pre war tetapi didalam bangunan telah diubah suai dengan konsep moden. Aku terikir jugak kenapa Petaling St kita tak sebegini walaupun Petaling St telah dibumbung tapi keadaan dalamnya masih agar tidak kemas dan kotor.


Aku terlupa lak nak ambil gambar kat sini.

Selepas menyejukkan badan kami teruskan penerokaan kami. Naik bas awam di kota singa. Tapi nak kemana? Hentam je la….China Town. So kami tanya pada seorang warga singapura macam mana nak pergi. Dengan ramah dia bagi tahu kami cara nak pergi dengan crossing bangunan depan jalan ambil bas no….arrrh aku tak ingat. Bila kami nak crossing jalan dia belari datang kat kami sambil bagi tahu kami tak perlu crossing bangunan depan sebaliknya boleh ambil bas di seberang jalan saja. Eemmm ramah juga warga singapura.

Pengangkutan awam di kota singa memang bagus. Bas bersih, panjang dan 2 tingkat. Sampai di China Town kami turun dan masuk salah satu komplek kat situ. Aku ternampak pulak kedai kamera. Haaa aku nak tanya Canon 450D. Taukeh tu kata SD999.00 untuk 450D dan SD850.00 untuk 1000D. Nak beli ke tak….pikir punya pikir tak jadi beli walaupun harganya lebih murah dari JB.

Dari China Town kami naik bas sekali lagi. Kat bas stop kami tanya seorang warga singapura lelaki cina dalam umur 20-an kat mana pusat jualan barangan eletrik. Dia dengan ringan tulang kata kat aku “Ooohhh…I can check for you” sambil merujuk peta kat bas stop tu. Bila kami bagi tau kami nak beli kamera dia kata “Ok….I can show you where is the mall. You can follow me take this bus”. Dia bawa kami terus ke pusat jualan barangan IT. Lupa pulak namanya. Thanks buddy, you’re such nice guy!

Sebelum pulang ke JB kami singgah di Raffle Place. Tempat dimana tugu kota singa tersergam. Kat sana bangunan pencakar langitnya tinggi-tinggi dan cantik-cantik. Persekitarannya juga bersih. Yang menarik minat aku bangunan Maybank. Ada jugak wakil Malaysia kat sini.




Kota Singa - Nampak tu Wakil Malaysia Di Singapura



Tinggi-tinggi jugak bangunan kat sini




Terowong Pejalan Kaki. Bersih Tak? Tak de Vandalisme


My beloved son at Small Lion Statue




Time balik ke JB kami naik MRT dari Raffle Place ke Kranji. Dari situ kami naik bas Causeway Link dengan tambang SD2.50 untuk kami bertiga.




Raffle Place MRT Station


Lengoh kaki berjalan sehari suntuk di Singapura. Satu yang menarik bagi aku di kota singa ini ialah “Ask Singaporean”, they are nice people!!!

Tuesday, June 9, 2009

Cheras-Kajang-Johor Bahru

Semalam setelah 3 hari 2 malam berada di JB/Singapura kami pulang semula ke Cheras/Kajang. Lega rasanya bila sampai ke rumah sendiri.

Perjalanan ke JB hari Sabtu lepas agak sesak dengan kenderaan menghala ke Nilai, PD dan Ayer Keroh. Maklumlah cuti sekolah dan kena pulak Sabtu tu cuti DYMM Agong. Perjalanan terus yang boleh makan masa dalam 3 ½ jadi 5 jam.



Macam biasa kalau dah cuti sekolah Laluan ke Nilai mesti sesak

Ramai jugak bercuti di Ayer Keroh

Masa dalam perjalanan ni aku nampak satu couple...rasanya bukan orang tempatan mungkin dari timur tengah. Couple ni naik Gen2. Si perembuan dalam kereta tu sampai terkeluar badan dari kereta nak ambil gambar kesesakan lalu lintas. Siap nampak bra jalur-jalur hitam putih. Aku tak kisahla apa dia nak buat, cuma dalam keadaan begitu dengan motorsikal yang lalu celah-celah kereta akan mengundang bahaya. Kalau diragut dek mat rempit kan ke naya namanya. Jadi bahan berita antarabangsa pulak nanti. Ok la aku tak nak cerita pasal mat rempit kat sini. Lebih kurang pukul 4.00 ptg selepas smooth journey aku sampai di Skudai/JB.

Alhamdullilah... sampai dah kat Skudai/JB


Aku tak berapa familiar dengan jalan-jalan di JB ni kecuali sekitar pusat Bandar JB. Macam mana nak ke hotel penginapan kami di Tanjung Puteri. Nasib baik ada GPS kat hand phone. Tapi hampeh jugak sebab peta yang ada dalam GPS to tak up to date. Banyak jalan di sekitar CIQ Bukit Chagar dah berubah. Terpusing-pusing jugaklah kami kat situ.

My N95 with Garmin

Berehat sekejap kat hotel dan selepas anak lelaki aku mandi kat swimming pool, kami ronda-ronda kat town JB.





Johor Bahru June 2009




Permandangan di selat tebrau



Kami berhenti di Danga Bay. Shop sikit-sikit…..perut pun dah lapar. Cari tempat makan jumpa la ikan bakar. Belasah je laahhhh. Orang kata makan kat JB lebih mahal dari KL. Hasilnya aku rasa sedikit mahal dari KL tapi tak terlalu overshoot. Cuma air yang kami pesan harganya agak membingungkan. Lai Chi Kang + Fresh Orange + Teh O Ais = RM10.00

Esoknya kami ke Singapore. Nak naik apa ni? Kereta atau bas? Mana senang? Naik bas ke atau pandu kereta sendiri. Esok je lah pikir dah letih dah ni.

Friday, June 5, 2009

Jalan-Jalan Cuti Sekolah

Esok aku nak ke JB. Mem yang ada urusan kat Pasir Gudang. Perancangan awal pada mulanya nak balik kampong Mem di Pengkalan Kubur Kelantan. Cuti sekolah lagi pun dah lama dah kami tak balik Kelantan sejak raya tahun lepas. Boleh jugak shopping kat zon bebas cukai Pengkalan Kubur.

Sememangnya aku memang jarang balik kampong sama ada Kelantan atau kampong aku di Perak. Aku dan Mem masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Sampai anak-anak komplen. Aku dah siap-siap ambil cuti Isnin nanti. Last-last minit kena lak ke JB. Cuma anak aku yang sulong balik ikut adik ipar aku hari khamis lepas.

JB mesti dah banyak berubah. Terakhir aku pergi JB tak silap tahun 2004. Kali ni terlajak dah sampai JB rasanya aku nak ke seberang tambak. Look see look see apa yang ada kat sana. Negara kecil yang dikatakan lebih maju dari Malaysia. Agak-agak senang ke tak bawak kereta sendiri kat sana. Aarrrhhh susah-susah sangat aku naik bas je dari JB. Sampai kat sana boleh cuba naik MRT diorang. Tak de la jugak aku tercangak-cangak tak tau jalan atau kena saman lalu lintas.

Thursday, June 4, 2009

Kehebatan Kambing Boer

Kambing Boer

Dari pemerhatian akula ternakan kambing amat menguntungkan. Manataknya hari raya puasa, raya haji, aqiqah dan sebagainya mesti kita cari kambing untuk dijadikan sembelihan. Bagi aku kalau aku ada tapak memang rasanya nak buat. Boer boleh membiak dengan cepat.

Kambing Boer ini setahu aku berasal dari Afrika tapi ada pulak katanya datang dari Australia. Induk Kambing Boer jantan yang original - Fullblood regisreted dianggarkan lebih kurang RM2,500.00 manakala induk betina Fullblood registered lebih kurang RM2,100.00 sekor. Induk Boer ni boleh dikacukkan dengan kambing lain untuk dapatkan kambing yang lebih bermutu dari kambing tempatan.

Terlanjur mencerita kehebatan Kambing Boer ini aku nak cerita sikit la….

Adalah seorang ahli perniagaan bertaraf Datuk ingin menceburkan diri dalam perniagaan livestock ni. Semasa melancong ke Cape Town bersama isterinya maka Datuk dan Datin ni sempatla melawat ladang ternakan Kambing Boer ni. Kat sana mereka dibawa melihat kandang kambing tersebut.

Pihak pengurusan ladang menugaskan seorang Mat Afrika ni untuk memberi penerangan tentang kambing-kambing mereka kepada Datuk dan Datin ni. Maka mereka melawat baka jantan kambing boer yang hemsem, gagah dan tegap. Kata Mat Afrika tu “ Si jantan ni sungguh hebat. Dia boleh mengawan sehingga 130 kali sehari!”

Terkejut Datuk dan Datin tadi…..Datin mencuit lengan Datuk sambil berbisik “Dengar tu…kambing pun boleh bertahan 130 kali dalam sehari. Yang awak ni seminggu sekali pun susah asyik sibuk memanjang”. Datuk diam je bila dengar Datin menyindir dia.

Mat Afrika tu terangkan lagi yang Si jantan akan mengawan dengan 50 ekor kambing betina yang berlainan mengikut turutan dan kesesuaian.

Datuk pulak cuit Datin sambil berbisik “Awak dengar tak….50 kambing betina yang berlainan. Bukannya 1 macam awak!!!”. Senyum Datuk tu macam kambing ni..... Apa-apapun kita sebagai manusia tidak bolehla ikut cara Kambing Boer tu nanti digelar orang perangai mengalahkan BINATANGGGGG.

Wednesday, June 3, 2009

Runtuh

Baru-baru ini kita lihat dan dengar 2 kejadian runtuhan berlaku. Pertamanya Jaya Shopping Center dan terbaru Stadium Sultan Mizan Gong Badak.

Jaya Shopping Center tu memang bangunan lama dah hampir sebaya dengan usia aku tapi Stadium Sultan Mizan Gong Badak baru sahaja berusia setahun jagung.


Kesilapan dan kelalaian kontraktor dikaitkan dengan kedua-dua runtuhan tersebut. Bagi Jaya Shopping Center mana mungkin ada 6 atau 8 jentera berat (hacker) kat tingkat atas bangunan. Bukan calang anak punya mesin. Dah tentulah lebihan beban tak mampu ditanggung oleh struktur bangunan. Yang peliknya macam mana pulak kontraktor tak ambil kira semua itu.

Nampaknya kat Negara kita ni mungkin belum ada pakar meroboh tapi pakar untuk meruntuhkan bumbung rasanya ramai.

Banyak kali juga kita dengar kes bumbung runtuh ni. Bumbung makmal runtuh la, bumbung itula, bumbung inilah macam-macam lah. Isu tanggungan kerosakan (DLP) bukanlah yang utama tetapi isu keselamatan awam. Bahagian yang runtuh pula adalah bahagian Grand Stand tempat VVIP duduk. Kalaulah ada game masa tu yang tak ke naya. Usah kata nyawa VVIP, nyawa orang biasa macam kita ni, tukang sapu, pekerja am, pengangkut sampah macam mana?

Arkitek dan Jurutera sekarang ni dah tak boleh tidur lena. Tanggung jawab yang besar sedang menanti.

Hati-hati musim runtuh telah tiba!!!!

Sumber gambar : Berita Harian